Sesekali Teringat: UPSR

18 05 2009

Ketika zaman kanak-kanak, saya bercita-cita nak masuk aliran agama. Maktab Mahmud adalah pilihan peribadi saya. Dalam sekolah, saya sentiasa bersaing dengan rakan-rakan sekelas untuk mendapat nombor 1 tetapi selalunya saya hanya akan dapat top 5 sahaja.

Yang paling saya tidak puas hati ialah bila saya dapat nombor 4. Saya rasa sistem di sekolah amat amat tidak adil kerana bila hari penyampaian hadiah, saya tak dapat hadiah sedangkan dari kelas-kelas lain dapat hadiah. Saya selalu merungut. Bayangkan, saya duduk dalam kelas nombor satu dan walaupun saya dapat nombor empat markah keseluruhan saya adalah lebih baik dari yang mendapat nombor 1 dalam kelas lain. Depa pulak yang dapat hadiah. Memang saya tidak berpuas hati.

Apa pun, saya tanamkan tekad untuk terus cemerlang dalam UPSR. Ketika itu hanya empat matapelajaran sahaja yang dinilai. Ketika percubaan dan ketika tuisyen, saya sentiasa mendapat kesemua A. Jadi saya kumpul kegeraman itu untuk saya score dalam UPSR.

Tiba hari penentuan. Saya berdebar-debar. Hati saya tak keruan. Saya dimaklumkan Cikgu penolong kanan sudah pun ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk dapatkan keputusan dan akan pulang ke sekolah kira-kira jam 10 pagi. Sungguh hati saya berdebar-debar.

Tiba-tiba, saya dimaklumkan perkhabaran gembira oleh seorang rakan sekelas yang memaklumkan saya mendapat 4A! Alhamdulillah, saya terlalu gembira dan saya terus bersalam dengan rakan-rakan yang lain. Tetapi rekasi mereka agak berlawanan. Mereka kelihatan tercengang dan kehairanan sambil bertanya saya kenapa.

“Saya dapat 4A!”
“Cikgu penolong kanan tak balik lagi, macam mana dah tau keputusan?” Soal mereka. Saya terpaku dan malu yang teramat sangat. Saya meraikan kegembiraan palsu. Cis, Berdebah sungguh kawan saya tu!

Lalu saya yang juga seorang pengawas membawa diri, saya buat buat jaga kawasan parkir basikal di blok belakang. Di situ, hanya saya seorang sahaja, jadi dapatlah saya cover rasa malu tadi. Dalam hati, saya semakin resah. Tiba-tiba saya jenguk dan nampak Cikgu penolong Kanan dah pun pulang ke sekolah.

Terus sahaja semua ke pejabat dan kami cuba membuka tingkap nako bilik pengetua hingga dihalau oleh kerani sekolah. Semua tak sabar-sabar menanti keputusan peperiksaan. Saya apatah lagi bila rasa malu sedemikian. Kemudian saya menunggu di luar pejabat dan seorang cikgu keluar untuk tampal keputusan di papan kenyataan. Semua mengerumuni cikgu tersebut dan seorang guru datang menghampiri saya sambil mengucapkan, “Tanhiah, kamu dapat 4A”.

Saya seolah-olah tidak percaya dan terpaku. Lalu saya berlari ke bawah dan menjenguk papan kenyataan. Entah berapa kali saya ulang tengok dan semak hinggakan saya terpaksa panggil beberapa rakan untuk turut mengesahkannya.

Alhamdulillah, apa yang saya hajati tertunai dan terus hilang rasa marah terhadap kawan yang telah ‘memainkan’ saya tadi. Mungkin ‘gurauan kasar’ itu adalah doa dan jadi makbul.

Apa pun, itulah antara Kenangan Pahit Manis di Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah. Selamat Hari Guru buat kesemua Guru yang pernah mendidik saya!


Tindakan

Information

12 responses

18 05 2009
redghost

saya tak pernah dapat no kurang dari dua angka….hahahaaha

18 05 2009
admin

redghost,

Tapi last sekali top student jugak kan sampai dapat masuk Degree Express? Yang paling penting output pada akhirnya nanti… 🙂

18 05 2009
aimran

haha..kelakar la saiful kena tipu dengan kawan. hahaha.. siap pi salam tu yg tak tahan tu.. hehe.. apa2 pon tahniah la jugak.

18 05 2009
admin

Hehehe… Excited sangat. Tapi bila sekali dah tau tertipu malu bukan kepalang. Alhamdulillah keputusan seperti yang dikelentong. Hehehe…

19 05 2009
mat tiara

slam singgah wei…link tu dari nor hisham mohamed boleh tukar ke mat tiara kot
heheh

19 05 2009
admin

mat tiara,

Nama penuh lagi afdhal 😉

3 09 2009
bingolala

setuju

19 05 2009
strengenge

Salam..

wah.. 4A tue..saya pun tak pernah dapat 5A dalam UPSR..ekekee…

bro saiful memang cekang arr..teror dalam akademik…

salute la…

19 05 2009
admin

Strengenge,

Biasa sahaja…

3 09 2009
bingolala

ape maksudnye

19 05 2009
amANI

sama cam Redghost untuk keputusan masa sekolah rendah, tapi dia lagi terer sebab dia dapat GPA 3 kat universiti.

20 05 2009
admin

Amanu,

Redghost memang dah terserlah keupyaannya ketika waktu kat maktab dulu 🙂

Tinggalkan Jawapan kepada amANI Batal balasan