Bahana Silap SMS

30 11 2010

Ahad lepas, setelah pulang dari Taman Negara Pahang dan Jerantut, saya terus memunggah barangan ke dalam rumah dan terus ke pejabat untuk selesaikan persiapan pelaksanaan sistem aplikasi hospital fasa 2. Kebetulan, adik saya nak datang rumah saya dan minta tolong saya hantar dia dan kawannya ke Stesen Bas sementara di Bukit Jalil. Jadi keadaan sebegini memang agak kelam kabut bagi saya.

Ditambah pula dengan banyak perkara yang perlu saya fikirkan, saya berkomunikasi melalui SMS dengan adik saya. Cuma saya tersilap SMS ke nombor lama adik saya. SMS saya berbunyi begini, “Pukul 9 boleh tak abang ambil”.

Selepas mengirim SMS berkenaan saya pun terus melakukan kerja saya dan tak lama kemudian, ada panggilan dari no. adik saya tersebut tetapi saya tak sempat angkat. Lalu saya membuat panggilan dan diangkat oleh seorang perempuan yang bertanya kepada saya, nak bercakap dengan siapa. Saya yang menyedari bahawa nombor tersebut dah digunapakai oleh orang lain, terus meminta maaf.

Aduh, awat la terlupa delete nombor tu!

Ingat kan dah selesai babak tu, tiba-tiba ada satu nombor tak dikenali menghubungi saya dan saya angkat. Dengan nada yang agak marah dia bertanya, “Kamu ni siapa? Apa yang kamu cakap dengan orang rumah saya?”

Alamak, saya agak terkejut dengan situasi yang tak dijangka itu lalu menerangkan dengan sebaik mungkin bahawa saya berniat menghubungi adik saya tetapi saya terlupa yang nombor berkenaan sudah tidak digunakan oleh adik saya. Alhamdulillah akhirnya dia faham dan saya meminta maaf sekali lagi…

Legaaaaa….

Advertisements




Karenah Syasya dan Syafi

24 11 2010

Macam macam Aih Depa ni...
Hmmm… Habis si Kakak Syasya make up adik dia, Syafi Hana… Macam-macam aih depa ni… 🙂





Selamat Hari Raya Eidul Adha

16 11 2010

Pada kesempatan yang terhad ini, saya mengucapkan Selamat hari raya Eidul Adha kepada semua umat Islam. Semoga kita menghayati kembali ibadah korban yang dilaksanakan saban tahun, dan jika melakukan korban, janganlah berniat untuk menunjuk kepada orang lain yang kita melakukan korban kerana hanya Allah sahaja yang tahu sejauhmana keikhlasan seseorang itu di dalam melaksanakan ibadah.

Untuk tahun ini, saya dan keluarga tidak pulang ke kampung kerana keterbatasan bajet yang memerlukan kami berkorban berhari raya jauh dari pangkuan keluarga di Lembah Klang ini. Bulan depan, kami perlu balik lagi dan beberapa perkara yang perlu dilakukan yang memerlukan kos, membuatkan kami terpaksa berhari raya di sini sahaja.

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA!