Ramainya Polis

19 05 2009

Semalam, selepas pulang dari kerja, terus saya melakukan rutin biasa iaitu mengambil Syasya dahulu di Daycare. Kemudian, saya menuju ke apartmen saya dan sebaik sahaja palang pagar dibuka, saya perasan kehadiran begitu ramai anggota polis.

Ada yang beruniform dan ada yang berpakaian preman. Saya tertanya-tanya dalam hati, ada kes apa? Kemudian saya melihat ada beberapa orang penduduk berbual dengan polis-polis tersebut.

Saya terus parkir motor di tempat parkir motor dan kebetulan, ada penduduk yang berbual dengan polis tadi berbual dengan rakannya. Saya menghampirinya dan bertanya, “Ada apa polis ramai-ramai ni?”

“Ada kes curi kereta. Dua bijik kereta hilang tadi”
“Kereta hilang?”, tanya saya lagi
“Ya, walaupun dalam kawasan apartmen yang dikawal pengawal. Owner kereta yang hilang itu kata dia parking sekejap sahaja tengok-tengok dah tak ada”
“Hmmm… Sekarang ni memang orang nak curi kereta,” tegas saya  sambil saya ceritakan betapa mudahnya nak curi kereta (sila rujuk entri “Mudahnya Nak Curi Kereta”).

“Antara jalan yang menyusahkan pencuri ialah pasang pengunci stereng. Walaupun ia bukan jaminan tetapi pencuri selalunya akan mengelak mengambil masa yang lama,” tegas saya sambil mereka menggangguk setuju.

“La ni kena tengok CCTV, sama ada berfungsi atau tak, kalau ada, mudah sikit, kalau tak berfungsi atau tidak berkualiti, memang susah!” Sambung saya lagi.

Kemudian saya terus bergerak naik rumah saya sambil fikirkan nak kena upgrade pengunci stereng saya nampaknya!


Tindakan

Information

4 responses

19 05 2009
Sinar Mentari

Sekarang ni, kejadian curi kereta memang menjadi-jadi. Teknologi secanggih mana pun tetap ada kelemahan dan pencuri sekarang dah educated. Hanya kepada Allah kita berserah setelah semua usaha dilakukan.

20 05 2009
Nazlan

semuanya bergantung pada nasib.. tawakal ja la.. keta member saya yg diimport secara terus dari luar negara dan dilengkapi dengan sistem keselamatan yg canggih, alat pengesan GPS dengan bayaran yuran tiap2 bulan mahal pun boleh kena curi.. hhehehe..

20 05 2009
redghost

kete ape yang kene curi tu…sila penuhkan borang dibawah:

MODEL:
JENIS:
TAHUN:

sekian

20 05 2009
admin

Sinar Mentari,

Benar, Setelah berusaha, serahkan kepada Allah…

Nazlan,

Otak manusia mencipta alat-alat tu, jadi pencuri ni pun dah study semua tu. Memang kena tawakal ja lah…

redghost,

Macam soalan periksa pulak. Saya tak pasti kereta apa. Tetapi saya syak HILLUX seperti mana kereta Mohd T yang hilang dulu sebab kat Apartmen saya ada banyak jugak saya tengok kereta HILLUX ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: