Tips: Hentikan Langganan Gameszone.com.my

7 01 2017

Hari pertama bekerja di tahun 2017, saya tiba tiba dikejutkan dengan satu mesej SMS yang mengucapkan selamat datang atas langganan ke atas http://www.gameszone.com.my dan saya akan dikenakan caj sebanyak RM2 seminggu! Amboi! Tiba tiba sahaja… Saya tak pasti macamana boleh dapat mesej tersebut sedangkan saya tak pernah melanggan atau hantar SMS langganan. Ini sudah lebih!

Lalu saya call Celcom Sutomer service dengan mendail 1111 (Bagi pelanggan Celcom) dan mereka mengatakan ada banyak cara langganan boleh dilakukan dan ini adalah pihak ketiga dan mereka tidak boleh berbuat apa apa. Apa lagi, memang benganglah saya sebab tak pernah pun langgan apa apa atau hantar apa apa SMS. Ni cara nak curi duit. Saya dinasihatkan agar menghantar mesej STOP ALL kepada nombor tersebut yang mana saya lakukan.

 

Tetapi saya tidak puas hati, terus saya hantar emel ke support@gameszone.com.my untuk minta mereka hentikan langganan ‘HARAM‘ tersebut. Alhamdulillah mendapat respon yang baik. Saya akan tunggu 10hb ini sama ada ia berkesan atau tidak. Jika tidak, saya akan buat tindakan selanjutnya. Saya akan kemaskini di sini nanti hasilnya…

KEMASKINI

Alhamdulillah saya dah tak terima apa apa SMS dari gameszone.com.my lagi dah selepas 10hb Januari 2017

Advertisements




Tip Menghubungi Orang Yang Sibuk

22 11 2016

Sedikit tips untuk mereka yang ingin berhubung dengan Orang yang sibuk terutamanya ahli politik atau pun selebriti dengan Syarat tipssudah anda sudah mengetahui nombor telefon mereka.

Untuk telefon terus, biasanya mereka sukar angkat disebabkan mesyuarat, perbincangan, aktiviti dll. Jika anda Whatsapp pun sukar untuk mereka balas. Saya pernah bertemu seorang ahli politik yang cukup sibuk. Katanya, dia tak sempat untuk membaca Whatsapp yang dikirimkan kepadanya kerana baru tinggal 2 jam dah lebih seribu mesej masuk. Katanya, kalau melalui SMS, lebih cepat beliau baca kerana mesej melalui SMS tak banyak dan beliau akan beri respon yang lebih pantas.

Saya gunakan cara ini (hantar SMS) untuk berurusan dengan seorang selebriti dan berhasil berbanding menghantar Whatsapp yang sampai sekarang masih belum beliau baca.

Jadi, Cubalah hantar SMS berbanding Whatsapp untuk urusan urusan penting.

 





Bahana Silap SMS

30 11 2010

Ahad lepas, setelah pulang dari Taman Negara Pahang dan Jerantut, saya terus memunggah barangan ke dalam rumah dan terus ke pejabat untuk selesaikan persiapan pelaksanaan sistem aplikasi hospital fasa 2. Kebetulan, adik saya nak datang rumah saya dan minta tolong saya hantar dia dan kawannya ke Stesen Bas sementara di Bukit Jalil. Jadi keadaan sebegini memang agak kelam kabut bagi saya.

Ditambah pula dengan banyak perkara yang perlu saya fikirkan, saya berkomunikasi melalui SMS dengan adik saya. Cuma saya tersilap SMS ke nombor lama adik saya. SMS saya berbunyi begini, “Pukul 9 boleh tak abang ambil”.

Selepas mengirim SMS berkenaan saya pun terus melakukan kerja saya dan tak lama kemudian, ada panggilan dari no. adik saya tersebut tetapi saya tak sempat angkat. Lalu saya membuat panggilan dan diangkat oleh seorang perempuan yang bertanya kepada saya, nak bercakap dengan siapa. Saya yang menyedari bahawa nombor tersebut dah digunapakai oleh orang lain, terus meminta maaf.

Aduh, awat la terlupa delete nombor tu!

Ingat kan dah selesai babak tu, tiba-tiba ada satu nombor tak dikenali menghubungi saya dan saya angkat. Dengan nada yang agak marah dia bertanya, “Kamu ni siapa? Apa yang kamu cakap dengan orang rumah saya?”

Alamak, saya agak terkejut dengan situasi yang tak dijangka itu lalu menerangkan dengan sebaik mungkin bahawa saya berniat menghubungi adik saya tetapi saya terlupa yang nombor berkenaan sudah tidak digunakan oleh adik saya. Alhamdulillah akhirnya dia faham dan saya meminta maaf sekali lagi…

Legaaaaa….





Hanya Dengan Sedikit Kecuaian Hilang Semuanya…

13 05 2009

Hmmm… Apa nak kata ya. Terasa sedikit sedih atas apa yang berlaku. Semuanya disebabkan kecuaian diri sendiri. Nak undo balik dah tak dapat dah. Aduh. Kecewanya… Nak kata apa lagi, redha sahajalah…

Sebenarnya, apa yang saya maksudkan ialah kesilapan saya yang nak kurangkan storage inbox SMS dalam telefon bimbit saya. Mesej dah mencecah hampir 300 dan dah nak penuh apatah lagi, malam ni ada perlawanan Melibatkan Kedah, jadi saya kena kosongkan inbox dan hanya tinggalkan mesej-mesej penting sahaja.

Peringkat pertama, saya buang mesej tinggal 154 mesej sahaja yang tinggal. Kemudian bila sambung peringkat kedua tinggal 32 mesej sahaja yang tinggal. Itu pun yang penting-penting sahaja. Selepas tu dapat satu mesej baru dan saya nak delete mesej tersebut, tetapi dalam keadaan mengantuk saya delete dan apabila interface minta kepastian, saya tekan “Yes“. Hasilnya kesemua mesej dalam inbox terpadam !

Terus saya hilang mengantuk. Rasa menyesal dan rugi. Alamak, nak dapatkan semula dah tak dapat dah. Aduh! Apa nak buat, redha sahajalah, mujurlah ada beberapa mesej penting saya sempat salin butirannya. Hmmm… Terima sahajalah………………….