Politik Pejabat

26 03 2010

Bidang politik memang cukup menarik minat saya. Saya amat amat berminat menganalisis perkembangan politik semasa sama ada peringkat kebangsaan atau pun dunia. Penuh dengan warna dan drama menjadikan politik sebagai suatu subjek yang tidak membosankan. Yang paling saya suka ialah mempelajari corak pemikiran strategis dalam kotak pemikiran ahli politik.

Tafsiran mereka tidak sama seperti kebanyakan orang. Setiap jurus tindakan kadang kala mempunyai banyak sasaran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Retorik dalam politik cukup berseni hinggakan kita tidak menjangka ia akan berlaku dan juga sukar untuk meneka bagaimana pengakhirannya kelak. Musuh boleh jadi sahabat dan sahabat boleh jadi musuh. kadangkala sekelip mata! Menarik bukan?

Namun, saya tidak berminat untuk menceburi bidang politik. Mungkin suatu masa nanti akan tiba tetapi yang pastinya masih belum ada perancangan ke arah itu.

Itu politik secara umumnya tetapi apa yang ingin saya coret di sini ialah politik pada skop yang lebih kecil iaitu politik pejabat.

Sebelum graduasi di UUM dahulu, saya pernah dijemput oleh Sekolah Teknologi Maklumat UUM untuk menyampaikan ceramah dan tips kepada bakal peserta praktikum. Yang paling utama saya tekankan ketika itu ialah Jangan sesekali campurtangan dalam politik pejabat!

Pengalaman saya menyaksikan betapa hebatnya pergeseran dalam politik pejabat ketika membuatkan saya banyak merenung kembali perjalanan yang bakal saya tempuh kelak. Itulah kerenah manusia. Tidak pernah puas dengan apa yang ada. Saya hanya memerhati dan tidak mahu campur tangan  walaupun ada pihak yang mahu menarik saya memihak kepada pihak tertentu. Jadi pengalaman ketika praktikal itu saya curahkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya ketika itu.

Masa berlalu…

Tiba alam pekerjaan, saya pasti setiap organisasi ada kisah yang tersendiri. Sehingga kini saya tetap dengan pendirian saya, tidak menyebelahi mana-mana pihak walaupun hakikatnya ia sedikit sebanyak menyukarkan perjalanan tugas saya. Lebih parah kalau orang atas ‘bertempur’, sudah pasti yang menjadi mangsa adalah orang bawahan. Ia memang cukup sukar.

Namun bagi saya, biarlah kita jalankan amanah yang diamanahkan dengan sebaik mungkin tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Kalau ada yang ingin mencatas, biarlah. Saya tetap yakin dengan rezeki Allah. Mungkin rezeki kita dalam bentuk yang lain. Andai kita ikhlas, tidak ada apa yang perlu ditakutkan.

Biarlah yang berperang itu terus ‘berperang’ dan kita doakan agar kedamaian menyusup dalam hati mereka agar segalanya menjadi lebih indah dan ceria. Bagi saya, saya tetap dengan pendirian saya…





Tahniah

25 03 2010

Sebagai warm up, saya ingin mengucapkan tahniah kepada adik saya, Mohamad Fazli yang baru menerima ijazah minggu lepas di PWTC. Maaf sebab tak boleh nak belanja banyak sebab tengah kering waktu tu.

Apa pun tahniah sekali lagi. Semoga berjaya dalam hidup dunia dan akhirat, InsyaAllah…

p/s: Nanti kami pi Langkawi, sediakan apa yang patut tau!





Le Tour De Langkawi 2010

1 03 2010

Hari ini bermulanya Le Tour De Langkawi 2010.

Kalau zaman saya study dan banyak masa lapang dahulu, saya memang mengambil tahu tentang kejohanan ini dan menanti di tepi jalan menyaksikan perlumbaan ini. Beberapa kali juga saya menang hadiah sempena kejohanan ini terutamanya melalui slot Radio 1 KL, Arena Sukan (Cukup Nostalgik slot ini kepada peminat sukan terutamanya bolasepak suatu ketika dahulu)

Cuma hari ini saya cuma nak berkongsi kedukaan Tun Mahathir Mohammad sebagai pencetus kejohanan ini, yang kecewa apabila Langkawi tiada dalam kejohanan kali ini dan juga beberapa kejohanan edisi sebelumnya. Sewaktu di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dahulu, Dato’ Pengurus Besar LADA sendiri dalam satu mesyuarat melahirkan rasa kecewanya apabila Langkawi tidak dimasukkan ke dalam senarai lokasi perlumbaan sedangkan nama Langkawi itu digunakan.

Atas sebab kos ia diketepikan. Apa pun harapnya penganjur dapat kembali merenung perkara tersebut!