Khidmat Masyarakat: Sumbangan Untuk Maahad Tahfiz An Nur

29 10 2012

Kepada yang ingin menyumbang bolehlah transfer/bank in kepada akaun Maahad Tahfiz Annur seperti butiran berikut:-

Nama Akaun MAAHAD TAHFIZ AN-NUR
No Akaun 562478123076
Email support@tahfizannur.com
Tel 013-3990239

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.tahfizannur.com/index.php.

Semoga amalan kita hari ini mendapat berkat dan rahmat daripada Allah, InsyaAllah…





Matalah Masalahnya

1 10 2012

“Aduh perutku! Perutku yang malang! Oh, matilah aku! Tolonglah lakukan sesuatu… aduh, ah!”

Pesakit itu menekan perutnya. Dia mundar-mandir dan bercakap seorang diri.

Doktor membaringkannya di atas katil dan berkata: “Bertenang, sila bertenang.”

Doktor menyelak bajunya dan memeriksa lalu dia menjerit dengan kuat: “Aduh, perlahanlah sikit! Apa kena denganku ni?”

Setelah selesai memeriksanya, doktor bertanya, “Apa yang awak makan?”

“Aku telah makan roti hangus dengan begitu banyak.” Doktor menurunkan semula bajunya dan mengelap peluh di dahinya dengan sapu tangan.

“Baiklah. Rupanya, awak sudah makan roti hangus yang banyak. Wahai pembantuku, di manakah kamu?”

Pembantu doktor menjawab dari bilik yang lain: “Ya tuan, saya di sini. Apa yang tuan mahu?”

 “Cepat bawakan ubat mata, untuk kuititiskan ke dalam mata pesakit ini.”

Pesakit itu berasa aneh. Dia menyoal: “Aku sedang sakit perut, kenapa doktor mahu titiskan ubat ke dalam mataku pula?”

Doktor tersenyum dan berkata: “Masalah utamanya ialah mata awak. Jika awak memiliki mata yang jelas dan sihat, awak tak akan makan roti yang hangus!”

Penulis: Maulana Fakhruddin Ali Safi

Maulana Fakhruddin Ali Safi merupakan seorang pengarang dan penyair yang hebat di zaman Safavid pada abad ke-16 Masihi. Lataif At-Tawaif merupakan kitabnya yang paling terkenal. Karangannya mahsyur dengan ketajaman pandangan dan penceritaannya diselangi dengan jenaka dan sindiran yang lucu. Cerita pendek ini adalah salinan semula dari kitab tersebut.

sumber: email