Memang Bertuah

22 04 2010

Hmmm… Alhamdulillah bulan ni penuh dengan rezeki yang Allah kurniakan. Terasa cukup bersyukur dan rezeki datang dari banyak cabang. Mudah-mudahan berterusan, InsyaAllah…

Sekadar entri ringkas…

Bulan lepas, saya berkesempatan hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan sekadar mencuba untuk cabutan bertuah. Alhamdulillah dapat 4 tiket menaiki kenderaan amphibia wawa splash. Tapi untuk kanak-kanak. Tak pa lah sebab memang saya dan isteri dah plan nak naik sebelum ni. Jimatlah RM30 untuk Syasya dan kebetulan saya dan isteri boleh menikmati diskaun 20% harga tiket kami.

La ni ada lagi tiga tiket lagi yang sah sehingga 30 April 2010. Nak offer kepada sesiapa yang nak. Siapa cepat dia dapat… Cepat… Boleh hubungi saya…

Alhamdulillah memang bertuah…

Advertisements




Selamat Hari Lahir Abah

13 04 2010

Selamat Hari Lahir buat Abah…

Terima kasih atas segalanya…

Semoga panjang umur dan murah rezeki, InsyaAllah…

p/s: Sapa yang ada kat rumah malam ni untung. Tawaran malam ni ja. Hehehe…





Layan…

8 04 2010

Mood Final Piala FA 2010…

Layan…

Segala persiapan sudah diatur… Jom Pi Stadium Bukit Jalil!!!





Palestine Dihurung Kesusahan

6 04 2010

Mungkin tidak ramai yang menyedari ketika ini, saudara kita di palestine sedang menghadapi liku-liku kesukaran yang amat mencengkam terutamanya di Semenanjung Gaza dan juga di sekitar Masjidil Al-Aqsa. Mungkin kita terlalu asyik dibuai dengan kenikmatan hingga seringkali terlupa saudara kita di sana yang sedang bertarung nyawa mempertahankan kedaulatan negara mereka dan juga kedaulatan Islam daripada diperonyok oleh zionis laknatullah.

Tambah menyedihkan apabila kebanyakan negera Islam, hanya membisu tanpa melakukan tindakan konkrit malah ada yang tidak segan silu bersekongkol menambah penderitaan mereka. Mesir umpamanya menyekat keperluan asas penduduk Gaza yang terkepung secara geografi oleh Israel apabila pelampau Yahudi sedikit demi sedikit merampas tanah-tanah milik penduduk Palestine.

Kini Masjid Al-Aqsa pula menjadi sasaran. Mereka mahu membina sebuah kuil suci kebanggaan Israel pada jarak kira-kira 200 meter dan ia juga merangkumi kawasan bawah tanah Masjid Al-Aqsa! Sanggupkah kita melihat pencabulan sebegitu dilakukan. Mengapa media-media kita tidak begitu memfokuskan kepada situasi terkini ini? Akhirnya ramai antara kita yang hanyut dibuai fantasi kehidupan. Jika ia diteruskan kemungkinan ia akan memberi kesan kepada Masjid ketiga paling suci dalam agama kita.

Pencerobohan yang berlaku ke atas Masjid Al-Aqsa memberikan gambaran jelas betapa, keadaan Masjid Al-Aqsa berada dalam keadaan kritikal. Sedikit demi sedikit, Israel akan melakukan apa yang terdaya untuk menghancurkan Islam.

Kesilapan rakyat Palestine ialah mereka tidak bersatu pada. Terpecah kepada Fatah dan Hamas. Fatah  dilihat lebih menurut kehendak Israel dan barat amnakala Hamas lebih konsisten dalam perjuangan mereka sungguhpun ditekan kiri dan kanan. Jika rakyat Palestine bersatu padu, Israel akan menghadapi kesukaran memecah benteng Palestine.

Kadangkala rakyat Palestine sendiri apabila berada jauh dari negara mereka, mereka pula bersikap endah tak endah dan melampau. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya dengan beberapa pelajar Palestine beberapa tahun lalu ketika saya bekerja di sebuah kafe Internet. Dengan selamba dan rasa seronok mereka melayari laman web porno dan tidak serik ditegur pulak tu. Dari segi perlakuan pula, memang mereka nampak agak biadap. Mungkin juga tanggapan saya tidak mewakili kepada keseluruhan warga Palestine kerana saya hanya melihat beberapa pelajar Palestine sahaja tetapi ia melambangkan betapa mereka tidak menghhayati perjuangan saudara mereka di negara mereka.

Di peringkat yang lebih luas, sudah pasti perpecahan Umat Islam menjadikan Israel begitu bermaharajalela. Obama? Saya pernah menulis tentang Obama. Memang jelas, seperti apa yang saya agak, Obama akan mengikut telunjuk Yahudi walaupun terdapat sedikit perubahan dalam beberapa tindakan yang melibatkan dengan hubungan negara Islam tetapi secara dasarnya tetap sama.

Agak-agaknya kalau Masjidil Aqsa dirobohkan apa reaksi dan tindakan kita?





6 Tahun: Suatu Bingkisan Ringkas

6 04 2010

Alhamdulillah, semalam genap enam tahun saya merantau ke Kuala Lumpur ini. Cukup banyak yang telah saya pelajari dan juga kesilapan yang telah saya lakukan. Sesungguhnya ia merupakan suatu pengalaman yang amat berharga dan tidak ternilai. Mulanya saya tidak berhasrat untul berada lama di kota yang penuh dengan pelbagai cabaran ini tetapi akhirnya, mungkin saya terpaksa mengakui yang rezeki saya sememangnya di sini.

6 tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Kalau anak-anak dah nak masuk darjah satu. Begitu juga dengan pengalaman yang saya kutip selama ini. Dalam persekitaran yang serba individualistik ini, sebenarnya masih lagi terdapat  suasana kejiranan yang saya inginkan tetapi tidak banyak. Apa yang perlu kini ialah, saya mencari jalan bagaimana untuk mengatasi semua ini dengan penuh bijaksana.

Paling saya risaukan ialah perkembangan anak-anak saya. Bagaimana pendekatan yang terbaik untuk membesarkan mereka dalam suasana sebegini. Sememangnya langsung tidak sama dengan suasana saya membesar dahulu. Peningkatan kes-kes jenayah dan kebejatan sosial yang lain harus saya lihat dengan penuh teliti agar ia tidak menjangkiti anak-anak saya.

Lantas saya sudah pun merangka perancangan-perancangan tertentu untuk itu dan saya sentiasa berdoa agar ia berjaya. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang.

Dari segi kerjaya, terlalu banyak yang saya tidak berpuas hati tentang pencapaian saya. Saya kena berusaha dengan lebih gigih dan tekun. Banyak yang perlu saya perbaiki. Jika perlu ‘melompat’ untuk mencari cabaran baru, saya perlu lakukannya. Buat masa ini, saya akan terus berjuang. Mudah-mudahan berjaya, InsyaAllah…

Sekadar coretan ringkas setelah enam tahun berkelana di sini…