Musim?

16 04 2015

Benarkah musim?

Setiap kali saya bawa anak ke klinik dan kemudian ada rakan/sahabat bertanya, “kenapa?”

“Demam:, jawab saya.

 

Lalu biasanya jawapan balas yang pantas yang akan saya terima ialah, “musim ni”.

 

Oleh kerana saya ada lima orang anak (Setakat ni 😉 ), saya memang berulang kali ke klinik dan biasanya jawapan yang diterima sama.

 

Musim!

Advertisements




Februari 2013…

14 02 2013

Ahhh… Sudah lama saya tidak posting apa apa. Kesibukan cukup menghambat diri daripada menukil apa apa. Namun, malam ini saya memaksa diri untuk menulis sedikit rasa yang terbuku di hati.

Februari 2012 cukup kritikal bagi saya dan keluarga. Tiga anak diserang demam campak menjadikan segalanya kelam kabut dengan begitu banyak cuti terpaksa diambil. Alhamdulillah emak dan abah serta mertua banyak membantu menjaga Syasya dan Syafi.

SyafiCampak SyasyaCampak SyazaCampak

Kini apabila menjelang Februari 2013 saya teringat kisah lepas. Saya berharap ia tidak berulang dalam apa jua bentuk kekalutan itu. NAmun takdir Allah, kesihatan anak anak dan saya agak terjejas dalam Februari 2013 ini. Bermula saya dan Syasya keracunan makanan setelah pulang dari Cameron Highlands dan dituruti dengan tiga anak yang lain Syafi, Syaza dan Hafie demam. Memang agak kelam kabut.

Yang paling serius adalah Syafi sehinggakan lebih seminggu demam masih belum kebah. Terpaksa disingkatkan tempoh cuti di Kedah/Penang dan bergegas balik ke KL untuk mendapatkan rawatan lanjut di HUKM. Alhamdulillah menurut Dr. Syafi diserang virus namun dan semakin ok. Hati bapa mana yang tak bimbang bila anak asyik muntah dan batuk sepanjang malam. Cukup merisaukan apatah lagi selera makan turut hilang dan berat badan anak susut dengan cukup ketara.

Apa pun saya bersyukur kerana, ia adalah ujian Allah yang perlu kita redha dengannya. Saya yakin ada sesuatu yang baik akan Allah kirimkan selepas semua ujian ini, InsyaAllah…





Demam

7 07 2009

Hari ni, saya dapat MC (Cuti Sakit). Kepala terasa berat dan selsema serta cirit birit. BErmula sejak tengahari semalam dan berlanjutan sehingga hari ni. Bila demam dan selesema serta sedikit batuk terus saya ke klinik untuk pemeriksaan. Maklumlah H1N1 @ Selesema Babi masih berleluasa ketika ini.

Risau juga sebab seorang rakan sekerja baru pulang dari bercuti di luar negara dan kemudian dia dan rakannya demam. Rakannya disahkan terkena H1N! ni. Lepas tu ada dua lagi rakan sepejabat demam.

Alhamdulillah bila jumpa doktor, saya cuma demam biasa dan diminta berehat. Hmmm… Best nya rehat dan tidur waktu tengahari macam ni. Oklah setakat ni dulu, dah terasa nak tidur pulak 😉