Lipas Dalam Kereta

9 01 2011

Bila ada anak kecil, sudah pasti sisa makanan yang kecil seperti serdak biskut atau kek atau muntah anak menjadi perkara biasa di dalam kereta anda. Keadaan sebegini memang tidak dapat dielakkan dan sudah tentu ia menarik perhatian makhluk yang tidak diundang iaitu LIPAS.

Itulah yang terjadi pada kereta saya. Kebelakangan ini ia semakin kronik dengan pertambahan jumlah lipas yang semakin banyak. Amat merimaskan! Pelbagai cara telah saya ambil untuk atasi masalah ini tetapi tidak mendatangkan hasil. Bubuh kapur lipas, sembur racun serangga, perangkap lipas dan lain-lain gagal.

Cuma kini, bila anak-anak ada di kampung, tiada lagi sisa makanan yang tertinggal di dalam kereta, jadi kuranglah sikit masalah lipas ni.

Kalau anda cara untuk atasi masalah tersebut, bolehlah tinggalkan komen di bawah. Terima kasih…


Tindakan

Information

5 responses

10 01 2011
amANI

Sembur Bygon Tin Hijau. Yang tu paling berkesan setelkan lipas. Sembur bawah kapet/ kerusi belakang (kalau boleh lipat), bonet belakang. Biar semalaman dengan tingkap tertutup.

Jangan sembur kat getah2 hitam, nanti keras / rapuh.

11 01 2011
Saiful Azrul

amANI,
Terima kasih atas tips, mungkin sebelum ni saya guna tin merah. Kena tukar tin hijau pulak…

23 02 2011
Perangkap Yang tidak Sisangka. | Diari Saiful - Keredhaan Allah & Ketenangan Hati: Impian Abadi

[…] Perangkap Yang tidak Sisangka. Saya pernah menulis Masalah Lipas Dalam Kereta. […]

9 01 2013
Bad

Bro. Boleh cuba cara yang kawan saya berikan. Harap dapat membantu. Cuba guna Produk Perangkap Lipas (Cockroach Adhesive) dari Jepun. Murah, Berkesan dan DIY. Letak saja Lipas akan terperangkap. Boleh tengok produk ni di http://www.tenringgitshop.com.

7 08 2015
Penyelesaian Masalah Lipas Dalam Kereta | Diari Saiful - Keredhaan Allah & Ketenangan Hati: Impian Abadi

[…] pernah menulis Masalah Lipas dalam kereta. dan juga Perangkap Yang Tidak Disangka serta Masalah Lipas Dalam […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: