Ramainya Polis

19 05 2009

Semalam, selepas pulang dari kerja, terus saya melakukan rutin biasa iaitu mengambil Syasya dahulu di Daycare. Kemudian, saya menuju ke apartmen saya dan sebaik sahaja palang pagar dibuka, saya perasan kehadiran begitu ramai anggota polis.

Ada yang beruniform dan ada yang berpakaian preman. Saya tertanya-tanya dalam hati, ada kes apa? Kemudian saya melihat ada beberapa orang penduduk berbual dengan polis-polis tersebut.

Saya terus parkir motor di tempat parkir motor dan kebetulan, ada penduduk yang berbual dengan polis tadi berbual dengan rakannya. Saya menghampirinya dan bertanya, “Ada apa polis ramai-ramai ni?”

“Ada kes curi kereta. Dua bijik kereta hilang tadi”
“Kereta hilang?”, tanya saya lagi
“Ya, walaupun dalam kawasan apartmen yang dikawal pengawal. Owner kereta yang hilang itu kata dia parking sekejap sahaja tengok-tengok dah tak ada”
“Hmmm… Sekarang ni memang orang nak curi kereta,” tegas saya  sambil saya ceritakan betapa mudahnya nak curi kereta (sila rujuk entri “Mudahnya Nak Curi Kereta”).

“Antara jalan yang menyusahkan pencuri ialah pasang pengunci stereng. Walaupun ia bukan jaminan tetapi pencuri selalunya akan mengelak mengambil masa yang lama,” tegas saya sambil mereka menggangguk setuju.

“La ni kena tengok CCTV, sama ada berfungsi atau tak, kalau ada, mudah sikit, kalau tak berfungsi atau tidak berkualiti, memang susah!” Sambung saya lagi.

Kemudian saya terus bergerak naik rumah saya sambil fikirkan nak kena upgrade pengunci stereng saya nampaknya!





Curi Kereta

24 04 2009

Hmmm… Masih ingat dengan entri saya Mudahnya Nak Curi Kereta?

Entri tersebut, saya dapat beberapa feedback dari sahabat tentang apa yang saya bicarakan dalam entri tersebut iaitu sistem keselamatan kereta. Kemudian, saya mendapat info dari saudara ahmad07 yang membangunkan sebuah blog berkaitan dengan entri saya itu.

Beliau sebenarnya menggunakan sistem yang ditawarkan kepada saya tempohari tetapi terdapat beberapa masalah. Beliau telah huraikan dengan lebih lanjut dalam blog beliau – CURI KERETA.

Apa yang beliau dedahkan, adalah sama seperti mana yang saya fikirkan dan meklumbalas sahabat-sahabat. Saya berpendapat, sekiranya ia mudah dipasang, biasanya mudah untuk ditanggalkan atau diatasi. Jadi, keputusan untuk tidak menggunakan sistem tersebut adalah tepat.

Apa pun, sama-sama kita renungkan…





Mudahnya Nak Curi Kereta

7 04 2009

Sabtu minggu lepas, saya dan isteri beserta anak ke Tasik Permaisuri. Saya nak jogging manakala anak dan isteri beriadah di taman permainan Kanak-Kanak. Elok sahaja saya parking, ada seorang lelaki datang menyapa saya,”Bang ambil masa sikit boleh?”

“boleh”
“Abang sayang kereta abang?”
“ya,”  jawab saya ringkas.
“Kereta Waja abang ni kalau hilang, abang sedih tak?”
“memanglah sedih”
“Apa perasaan abang kalau saya kata, kereta abang ni senang sahaja nak dicuri”

Saya diam sahaja. Tunggu respon dia.

“Kereta Waja ni senang sahaja nak curi,” sambungnya lagi.
“Macam mana?” Saya nak tahu jugak senang macam mana…
“Baiklah saya tunjukkan,” katanya sambil menyeluk tangannya di bahagian atas tayar hadapan. Diselaknya pelapik dan menarik sesuatu secara automatiknya terbuka bonet depan kereta saya.

“Abang tahu apa saya nak buat lepas ni?”
“tak tahu”
“Kalau saya pencuri, saya akan potong wayar alarm tu,” sambil menunjukkan kepada wayar alarm.

“Lepas tu, apa saya akan buat? Saya akan bukak pintu kereta abang, saya tiada kunci, abang tahu macma mana nak bukak?”
“Tak tahu”
“Dia tunjuk pada kotak fius dan dia kata di situ dia boleh unlock kunci kereta”
“Hmmm…”
“Abang tahu macam mana saya nak start enjin kereta?”
“Tak tahu”

“Guna duit syiling 20 sen sahaja!” Jelasnya sambil menunjukkan duit Syiling 20 sen dan dia pun menunjukkan cara nak hidupkan enjin menggunakan duit 20 sen. Cuma letak pada kepala enjin tu dan pulas. Terus hidup enjin.

“Senang kan?”
“Ya, senang”
“Sekarang ni apa abang nak buat kalau nak selamatkan kereta abang? Sekarang ni orang curi kereta bawah 30 saat! Dan jual kadang kadang pada harga RM200 ja. Abang bayar bulan bulan pun lima ratus lebih orang jual RM200 ja! Angin tak?” Katanya sambil menunjukkan keratan akhbar yang dibawanya.
“Memanglah frust”

“Apa kata, abang cuba produk kami, kalau orang dapat bukak, ia tak akan dapat start kerana ia dikawal oleh sistem kami. Kalau abang nak start, abang kena ada kad atau remote control, barulah enjin dapat dihidupkan”
“Hmmm… Canggih”

Lepas tu dia pun terangkan bermacam kelebihan produknya. Pada saya memang bagus tetapi saya nampak kelemahannya sebab dia kata dia boleh tolong pasangkan dan bayar pendahuluan RM20. Lepas tu, ikut ansuran bulanan. Harga lebih kurang RM1.6K.

Hmmm… Puas dipujuknya tetapi, saya tak dapat nak beri keputusan sebab kosnya memerlukan saya membuat perancangan lebih lanjut. Saya tak suka sangat buat secara ansuran. Saya lebih suka secara cash melainkan amaunnya amat besar seperti pembelian rumah, kereta.

Tapi secanggih mana pun, tetap ada kelemahannya. Saya nampak kelemahan sistem tu. Tengok cara pasang pun mudah, kalau orang tu ada pengetahuan tentang sistem tu, senang ja nak buang.

Hmmm… Tengah dok pikiaq lagi… Tapi memang mudah sungguh orang nak curi kereta!