Pesta Sukan Hari Wilayah Persekutuan 2009

23 02 2009

Hmmm… Letihnya badan… Dua hari berkampung di Putrajaya menyertai Pesta Sukan Hari Wilayah 2009. Saya masuk futsal. Hmmm… Badan dah pun berat tetapi teammate berjaya cover dengan cemerlangnya. First Day, kami menang 2-0 dan 3-0 untuk layak ke pusingan kalah mati. Saya mewakili HKC Muda (Gabungan HKC Otai dan Muda) yang diwakili oleh Casttelo, Lanabulu, own, bad, Ayen, Lie Bizkut, Am, saqafie dan zurul. Manakala Team HKC Junior pula menang 3-1 dan 4-1 pada hari pertama (21 Febuari 2009).

Hari kedua, Team saya menang 1-0 pada pusingan kedua untuk layak ke suku akhir. Manakala team junior menang 1-0. Pada pusingan ketiga, kami menang 1-0 manakala team junior tewas. Jadi hanya kami layak ke suku akhir. Suku akhir memang mendebarkan. Kami ketinggalan sejak awal separuh masa kedua tetapi akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pasa saat-saat akhir menerusi Lanabulu. Alhamdulillah…

Kemudian ditentukan oleh penentuan sepakan Penalti. 3 sepakan awal akan menentukan pemenang. Giliran kami adalah selepas pasukan lawan. Sehinggalah sepakan terakhir oleh Bad. Bad perlu masukkan ke dalam gol tetapi ditepis keluar oleh penjaga gol dan pemain lawan dah bersorak gembira namun pengadil mengarahkan sepakan diambil semula kerana Bad melakukan sepakan tanpa sempat pengadil meniup wisel dan Bad berjaya menyempurnakannya. Alhamdulillah…

Kemudian sudden death. Saya ditugaskan mengambil sepakan penalti. Saya memang tak suka ambil penalti. Tapi saya yakinkan diri dan rembat sekuat hati dan masuk. Sampailah sepakan kelima, pemain mereka gagal menyempurnakan sepakan penalti dan Saqafie menjadi wira apabila berjaya menyudahkan penalti terakhir untuk kami layak ke separuh akhir.

Di Separuh Akhir kami bertemu dengan SPA B yang berjaya membuli kami. Rupanya depa ex-player Kedah dan negeri lain. Memang power! Tapi depa kalah kat final. Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat kami berjaya menewaskan gomo gomo FC dengan 2-1. Jadi dapatlah kami hadiah medal dan RM500. Jadi wang kemenangan dihabiskan dengan makan-makan di Alamanda Putrajaya dan bakinya dibahagikan sesama kami.

Hmmm… Alhamdulillah thanks to all my teammate yang cukup supportive. Letihnya badan. Setakat ini sahaja ringkas dari saya.





Futsal Terbuka UKM Attop – Day 2

9 02 2009

Hari kedua (08/02/2009) tak seindah hari pertama. Sebabnya kami kena lawan sesama sendiri. Bayangkanlah, HKC hantar 3 team kena dalam ranting yang sama! team saya HKC Otai kena lwan dengan HKC Muda dan pemenang antara kami kena lawan dengan HKC Junior. Adoi!

Team saya tewas dengan team HKC Muda dengan 2-1. Semua dah tau cara main masing-masing dan itu menyebabkan agak sukar nak buat sesuatu. Lagi pun sesuai dengan status depa yang masih muda (rasa macam dah tua. Hehehe), stamina memang depa pegang. Tu yang kena gol last minute.

Apa pun saya disebabkan team Junior yang dapat nombor empat, ada lebihan dua pingat saya dan Mat Jan turut diberikan pingat atas kapasiti salah seorang pengurus pasukan. Hmmm… Tapi Syasya yang ciwi lebih.

InsyaAllah akan ada lagi tournament yang akan disertai. Last week di Cyberjaya tapi tewas peringkat kumpulan. Maybe next two weeks di Bukit Jalil pulak kot.

Thanks to all HKCian yang memeriahkan kejohanan hingga ada yang sanggup sponsor team HKC kerana cukup meriah dan sporting. Thanks juga kepada all team mates yang bekerja keras dalam perlawanan dan memberi kerjasama yang amat jitu. InsyaAllah bertemu lagi dalam siri yang lain.





Futsal Terbuka UKM Attop – Day 1

7 02 2009

Alhamdulillah… Hari ni kesemua team HKC berjaya melepasi pusingan pertama (liga) untuk layak ke suku akhir esok. Malangnya esok team saya HKC Otai kena lawan dengan HKC Muda di Suku Akhir. Bertembung sesama sendirilah pulak! Apa pun HKC Junior akan berentap dengan Rockholic.

Barisan HKC Otai... Berdiri (Zurul, Zaffan, Din, Saiful), Duduk (Palie, Aiman) Tiada dalam gambar (Fahmi & Lie Bizkut)

Hehehe… Nampak sangat perut saya yang semakin sihat tu. Hehehe… Perlawanan pertama tadi menentang MU B (Kelab Penyokong MU Malaysia) di mana kami menang 3-0. Aiman Score sebiji dan saya score dua biji hasil kemantapan rakan sepasukan. Kalau ikut nak lari memang dah tak berapa larat dah nak bawak badan yang semakin membesar ni tapi rakan sepasukan memang marvelous sebab setting bola yang cantik untuk saya lakukan penyudah. Saya just tunggu di atas dan tunggu umpanan sahaja. Hehehe…

Sedang mengancam kubu lawan walaupun tak larat dah...

Game kedua menentang N9futbol iaitu Kelab Penyokong Negeri Sembilan di mana kami berjaya menewaskan mereka dengan keputusan 4-1. Saya score sebiji, Zaffan 2 bijik dan Din sebijik.

Gaya ja lebih sedangkan dah semput dah. Hehehe...

Perlawanan ketiga, saya tak main sebab balik rumah jaga anak dan isteri pulak. Wife kurang sihat lagi pun dah layak dah untuk peringkat suku akhir esok. Game ketiga, HKC Otai berjaya tewaskan Kelate.net iaitu Kelab Penyokong Kelantan 2-0 hasil jaringan Lie Bizkut dan Aiman.

Thanks to team mate yang cukup berdisplin mengikut taktikal yang diatur. InsyaAllah esok kita akan cuba yang terbaik!

p/s: Foto Thanks to udang_kara@Iqbal