Rebat Tunai Punya Cerita Part III

3 03 2009

Tengahari tadi saya terus ke Pejabat Pos Bandar tun Razak dan terus minta borang untuk buat tuntutan rebat tunai setelah secara online gagal kerana dipaparkan maklumat sudah dituntut oleh orang lain. Hmmm… Nak tunggu hasil siasatan yang dijanjikan dah beberapa hari dah. Jadi saya buat tuntutan dulu.

Selepas mengisi borang dan menunggu giliran, akhirnya ia selesai dengan cukup pantas. Alhamdulillah…

Selesai kisah Rebat Tunai harapnya. Bagi sesiapa yang masih belum tuntut sila buat tuntutan sebelum 31 Mac 2009 ini kerana ia akan ditamatkan. Maybe hanya sekali sahaja kaedah ini diperkenalkan dalam hidup kita 🙂

Advertisements




Rebat Tunai Punya Cerita Part II

2 03 2009

Update kisah rebat tunai…

Setelah saya bertanyakan seorang sahabat di Pos Malaysia, beliau terangkan kepada saya yang rebat tunai itu masih belum diberikan kepada penama yang menuntut bayaran tersebut cuma dalam online system terpapar sebegitu. Jika saya ke kaunter pejabat pos, saya masih boleh menuntut rebat tunai tersebut.

Hmmm… Nampaknya saya boleh cuba selepas ini. Harap-harap ok dan selesai, InsyaAllah… 





Rebat Tunai Punya Cerita

27 02 2009

Semalam, saya cuba semak status rebat tunai saya secara online di Pos Online kerana saya baru sahaja renew road tax. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati pembayaran sudah pun dilakukan kepada penama lain! Adoi!

Terus saya check semula nombor plat yang saya key in dan saya lihat memang betul nombor pendaftaran kereta saya! 

RM625 tu!

Kemudian saya terus contact service centre Pos Malaysia tetapi tak dapat lalu saya tulis email aduan. Kemudian saya double check dengan Ambank nama atas geran. Memang sah nama saya. Kemudian saya call member di Pos Malaysia untuk bantu dan terus saya call service centre sekali lagi.

Nampaknya depa akan siasat bagaimana Pejabat Pos Jitra boleh bayar kepada orang lain sedangkan saya baru renew roadtax pada minggu lepas dan tarikh kuatkuasa ialah pada 25 Febuari 2009! Tarikh penama di atas tuntut adalah pada 09 November 2008. Mana boleh tuntut waktu itu!

Saya rasa maybe ada kesilapan key in. Apa pun, saya menanti hasil siasatan Pos Malaysia terlebih dahulu sebelum saya buat laporan polis jika ada unsur penyelewengan. Banyak RM625 tu dalam keadaan ekonomi sekarang ni. Hmmm…

Tunggu dan lihat dulu…