Kuala Lumpur Sebelum Hujan

1 07 2015

Kuala Lumpur sebelum Hujan. Subhanallah…

A post shared by Saiful Azrul Che Lah (@saifulazrul80) on

Pemandangan daripada balkoni rumah saya

Advertisements




Rumah Baru

29 07 2010

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas selama ini, saya akhirnya berpindah ke kediaman baru. Lebih menggembirakan hati ialah kediaman ini adalah milik saya! Sememangnya ia suatu kenikmatan yang cukup sukar digambarkan. Kadang kala semacam tidak percaya tetapi itulah realitinya. Alhamdulillah…

Cuma apabila memasuki kediaman baru, saya terpaksa menggunakan hampir kesemua sumber kewangan saya. Walaupun sudah pun merancang perbelanjaan tetapi ternyata saya terlepas daripada mengambilkira beberapa faktor yang dilihat seperti kecil tetapi besar impaknya. Hmmm… Jadinya memang sumber kewangan saya amat amat kritikal ketika ini. Kesemua tabungan dah pun habis. Nak tak nak kena harungi juga buat beberapa ketika dengan harapan ada rezeki lain yang datang ketika ini, InsyaAllah…

Satu lagi masalah yang amat mencengkam saya ialah ketiadaan internet di rumah baru. entah apa masalahnya TM, masih gagal membekalkan talian tetap ke kediaman baru kami dan akaun Streamyx kami pula masih berjalan. Hmmm… Harap-harap ia akan dapat diatasi segera. Ketiadaan internet memang amat membataskan kerja-kerja saya. Adoi…

Apa pun, saya akan tulis lebih lanjut mengenai kediaman baru saya nanti. Kepada sesiapa nak mai ziarah, hubungi saya dan kita aturkan…





Mengejar Waktu

27 05 2010

Lama juga saya tak menulis.

Sebenarnya saya kini bekerja keras untuk mengejar waktu. Maksudnya? Alhamdulillah rumah yang saya beli sudah pun diberi VP dan menerima CF. Memandangkan saya terpaksa mengeluarkan hampir RM2K sebulan sejak November lepas hanya untuk kos rumah, saya rasa ia cukup berat dan cukup membebankan. Jadi hendak atau tidak, saya terpaksa kejan.

Lalu saya janji dengan pemilik rumah yang saya sewa sekarang, untuk mengosongkan rumah pada akhir Jun dan masuk ke rumah baru pada akhir Jun. Justeru saya terpaksa bekerja keras mengatur temujanji dengan kontraktor-kontraktor untuk proses renovasi rumah. Bukannya renovasi major, cuma minor tetapi memandangkan ia di ibu kota, saya tidak dapat lari daripada menanggung kos yang tinggi. Aduh!

Saya terpaksa keluar sekejap pada waktu kerja untuk mengadakan sedikit perbincangan dengan kontraktor yang saya lantik. Saya memang dah tak sabar nak masuk rumah tetapi dengan pelbagai halangan, ia memang sedikit sukar. Untuk melakukan renovasi, saya perlu membayar RM3K kepada pihak pengurusan. Cukup tinggi! Saya kena hantar pelan renovasi dan menanti kelulusan oleh konsultan. Saya amat berharap agar ia dapat dilakukan dalam masa tiga minggu. Nak atau tak, akhir Jun, saya kena kosongkan rumah sewa sekarang.

Alhamdulillah saya dah ada rumah sendiri dan nilai rumah saya melonjak RM100K daripada harga saya beli pada 2007. Mungkin juga akan naik lagi disebabkan banyak permintaan. Banyak ejen hartanah yang bertanya sama ada saya nak jual rumah saya atau tidak tetapi bagi saya, saya memang beli untuk saya duduk. Ada banyak sebab saya beli rumah saya ini. InsyaAllah saya akan coret nanti.

Buat masa sekarang, saya memang nak masuk rumah baru cepat-cepat…

Harapnya semua berjalan lancar, InsyaAllah…