Rindu Alor Setar

18 04 2015

Entah berapa lama sudah kutinggalkan Alor Setar. Rasanya terakhir Hari Raya Puasa tahun lepas dan itu pun tiga hari sahaja. Bila teringat, pasti saya akan tonton video ini di youtube.

Berubah Angin?

15 04 2009

Hmmm… Sesekali saya terfikir…

Saya rasa kejauhan dari saudara mara. Hidup di kota metropolitan ini serba individualistik. Individualistik kadang kala bukan disebabkan oleh sikap tetapi ketiadaan masa menjadikan ia individualistik.  Saya rindukan suasana hidup di kampung. Kita kenal siapa jiran kita dan kalangan dalam komuniti kita

Menetap di Kota ini, semua bekerja dari pagi sampai malam. Bila malam semua dah letih dan nak rehat untuk mengharungi hari esok yang memenatkan. Begitulah survival setiap minggu. Nak kenal jiran pun jadi sukar hinggakan kadangkala tak tahu siapa jiran kita. Kadangkala nak kenal pun jadi risau, takut ganggu dan kadangkala jiran pula kunci rumah dengan pelbagai macam kunci atas alasan keselamatan. Sudah terbatas pergaulan dengan jiran.

Diri sendiri pun, kadangkala kerja tidak tentu masa…

Saya rindukan suasana yang tenang tak begitu terkejar-kejar dan suasana kemasyarakatan yang pernah saya kecapi dulu.

Sebab itu bila seorang rakan maklumkan ada peluang untuk balik kerja di Kedah, saya terus berangan. Hmmm…

Namun pelbagai halangan yang muncul. Adoi. Saya masih memikirkannnya secara serius. Kalau boleh Alhamdulillah… Boleh saya larikan diri dari Kota yang penuh dengan kesibukan ini. Membingitkan telinga. Mengusutkan jiwa.

Malam tadi saya tertarik kepada sebuah drama di ASTRO OASIS 106 bertajuk Cinta Sempadan. Saya terkenangkan suasana kampung dalam drama tersebut. Saya terkenangkan ketenangan yang ada. Kedamaian yang menyejukkan perasaan.

Damainya Panorama Desaku

Damainya Panorama Desaku - Alor Setar

Bila saya jenguk ke luar tingkap apartmen saya, saya rasa muak melihatkan hutan batu yang tidak menyejukkan mata. Kalau ada suasana kehijauan sawah padi, rasa cukup tenang. Bila nak hadapi masalah yang memerlukan kosentrasi yang tinggi, tak lah tertekan sangat.

Hmmm…

Perlukah saya berubah angin?

Saya masih memikirkan dari segala aspek…

Alor Star dieja "Alor Setar" semula

14 01 2009

14/01/2009

5:23pm ALOR SETAR 14 Jan. – Ejaan rasmi nama bandar Alor Star diubah balik kepada ejaan asal iaitu Alor Setar mulai sekarang.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini meluluskan perubahan ejaan itu atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ejaan asal Alor Setar diubah kepada ’Alor Star’ semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990-an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas. – Bernama

source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm  (14/01/2009)

p/s: Alhamdulillah… Anda boleh baca semula keluhan hati saya dalam entry kira-kira dua bulan lepas. Akhirnya ia kembali seperti yang sepatutnya! Tahniah Kerajaan Kedah! – Baca sini… Alor Setar vs Alor Setar.

Alor Star dieja “Alor Setar” semula

Alor Setar vs Alor Star

25 11 2008

Secara Peribadi, saya tidak bersetuju nama Alor Setar diubah kepada Alor Star. Namun ia telah diubah pada 21 Disember 2003 dan saya masih lagi menulis Alor Setar bukannya Alor Star. Saya bukanlah pakar bahasa, tetapi bagi saya nilai sejarah yang ada harus dikekalkan keasliannya.

Mungkin perkataan ‘star’ itu diambil untuk menunjukkan bintang yang nampak macam glamor dan eksklusif tetapi dari segi sejarah Alor Setar bermula dari sebuah Alor yang terdapat di situ pokok Setar atau dalam bahasa saintifiknya “Bouea macrophylla”.

Jadi menukar Alor Setar kepada Alor Star adalah tidak relevan sama sekali dan sedikit sebanyak boleh menghakis nilai sejarah yang ada pada nama Alor Setar. Bila masa berlalu nanti, anak cucu akan tanya kenapa nama Alor Setar. Alor Bintang ka?

Bagi saya biarlah keaslian nilai sejarah itu dikekalkan. Seingat saya ramai yang menentang tetapi Kerajaan Negeri Ketika itu masih lagi mengekalkan nama Alor Star sebagai nama baru. Mungkinkah kerajaan Negeri baru kali ini akan melihatnya sekali lagi?

Pada saya Alor Setar tetap Alor Setar! Bukan Alor Star!

Asal Usul Alor Setar

25 11 2008

Alor Setar sudah sekian lama berfungsi sebagai pusat pentadbiran negeri Kedah. Pada 2 Jun 1990 bandar ini merayakan ulang tahunnya yang ke-250. pembukaan Alor Setar bermula di kawasan tebing Sungai Kedah yang diapit oleh kuala sungai Anak Bukit dan kuala Alor Malai. Kawasan tebing Sungai Kedah itu sepanjang kira-kira satu perempat kilometer. Kawasan itu hanya perkampungan kecil yang terdiri daripada beberapa buah rumah kayu beratap rumbia semasa Sultan Muhammad Jiwa Azilin Muazzam Shah pertama kali menjejaki kaki di situ. Namun demikian, Sultan Kedah yang ke-19 itu sangat tertarik hati pada kedudukan kampung tersebut. Baginda kemudian berkenan untuk memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Istana Bukit Pinang ke kampung itu. Sejak dari itu kampung tersebut mula membangun dan terus menjadi tumpuan penduduk negeri Kedah.

‘Alor’ yang dimaksudkan pada nama Alor Setar ialah alur atau anak sungai yang kini dikenali sebagai Alor Malai cuma disebut ‘alor’. Perkataan ‘alor’ itu tidak digunakan sebagai nama tempat tetapi sebagai pernyataan rupa bumi di situ. Maka kawasan di kuala alur itu disebut ‘kuala alor’. Apabila orang Cina sampai ke situ mereka menambahkan perkataan ‘Malai’ di hujung ‘alor’ untuk membayangkan bahawa kawasan di tebing alur itu didiami oleh orang Melayu. Pada masa sebelum Siam menyerahkan Kedah kepada Inggeris pada tahun 1990, pangkalan di Kuala Alor itu sudah maju dan sibuk. Orang Melayu menggunakan pangkalan itu untuk memunggah barang dagangan yang dibawa dari Kuala Kedah. Perahu-perahu yang singgah di pangkalan itu dikatakan ditambat pada mana-mana pokok yang berdiri di tebing alur. Akan tetapi ceritanya berlainan ketika orang Melayu baru memulakan perkampungan di situ. Ketika itu perahu tidak banyak dan di tebing kuala alur itu terdapat sebatang pokok setar (juga disebut kundang) yang sangat tegap kedudukan pokok setar di tebing itu memudahkan pendaratan. Pada pokok setar itulah lazimnya perahu-perahu yang menggunakan pangkalan itu ditambat. 

Akhirnya perkataan ‘setar’ sempena nama pokok itu dicantumkan dengan ‘kuala alor’ untuk menghasilkan nama Kuala Alor Setar. Perkataan ‘kuala’ kemudian digugurkan daripada nama itu apabila kawasan perkampungan itu meluas dan pergantungan penduduk pada pangkalan itu menurun. Sehingga kini tiada seorang pun yang mengetahui bagaimana percantuman nama itu berlaku dengan lebih tepat. Menurut satu cerita, percantuman itu berlaku semasa seorang penduduk kampung itu berbual dengan kenalan barunya di Kuala Kedah. Selepas selesai menjual hasil kebunnya dipekan itu, dia berehat ditepi sungai untuk memulihkan tenagannya sebelum mudik ke kampungnya semula. Di situ dia didatangi seorang pemuda yang sedang mencari perahu untuk ditumpang balik ke kampungnya yang tidak jauh dari Kuala Kedah. 

“Hendak ke mana?” Tanya pemuda itu. “Kuala Alor,” jawab pemilik perahu itu. “Kuala alur?! Alur mana?” Tanya pemuda itu lagi. Termenung sebentar pemilik perahu itu. Kuala Alor yang mana lagi? Kemudian dia menjawab: “Kuala Alor… dekat pokok setar di hulu sungai!” “Ah, kuala alur setar!” Sejak dari peristiwa itu nama Kuala Alor Setar mula digunakan, tetapi tidak lama selepas itu ‘Kuala’ digugurkan.

source: http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?ttl_id=41&spesifik_id=143§ion=sm03 (25/11/2008)