Penyelesaian Masalah Lipas Dalam Kereta

7 08 2015

Saya pernah menulis Masalah Lipas dalam kereta. dan juga Perangkap Yang Tidak Disangka serta Masalah Lipas Dalam kereta.

 

Akhirnya saya mendapat penyelesaian masalah lipas di dalam kereta saya. Suatu penyelesaian yang saya tak sangka dan amat murah tetapi hasilnya TERBAIK! Alhamdulillah…

lipas6

Perangkap Lipas dan Cicak

Bagaimana ia bertindak?

Dalm set perangkap ini, anda akan mendapat satu kotak untuk diletakkan di tempat sasaran. Di dalam kotak itu sudah diletakkan gam dan diberi satu umpan yang akan menarik perhatian lipas (lihat gambar)

Tak sampai seminit letak

Tak sampai seminit letak

Hasil Hari Pertama

Hasil Hari Pertama

lipas3

Akhirnya, setelah 5 perangkap saya dapat memerangkap kira kira 850 ekor lipas. MasyaAllah banyaknya lipas dalam kereta saya. Sekarang saya cuma pasang untuk pastikan generasi yang baru menetas juga terperangkap.

lipas5

Harganya di Pasaraya Besar cuma RM7.50! Dalam tu ada 5 set.

Cuba lah!





Masalah Lipas Dalam Kereta

1 08 2015

Saya pernah menulis Masalah Lipas dalam kereta. dan juga Perangkap Yang Tidak Disangka.

Masalah lipas tetap berlaku sehinggalah seorang jiran saya mengesyorkan racun lipas ini.

Bagaimana ia bertindak?

lipasNas1

Racun lipas ini diletakkan di dalam kereta. Sebaiknya diumpan dengan secebis makanan (seperti gambar di atas). Kemudian, lipas akan memakan racun ini dan kembali ke sarang atau kawasan mereka. Selepas beberapa ketika, lipas ini akan mati dan bangkainya akan dijadikan makanan oleh lipas lain dan lipas lain juga akan mati.

lipasNas2

 

lipasNas3

Menerusi kaedah ini, saya berjaya mengurangkan jumlah lipas dengan agak banyak dalam kereta saya.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi seperti dalam poster di bawah:-

lipasNas4





Perangkap Yang Tidak Disangka.

23 02 2011

Saya pernah menulis Masalah Lipas Dalam Kereta.

Saya mendapat beberapa respon dari rakan-rakan. Megat dah beri saya racun lipas yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah lipas dalam keretanya. Terima Kasih Megat. Saya masih belum mencubanya.

Adam pula menyarankan agar saya menggunakan Bygon khas untuk menangani masalah lipas. Sebelum ni saya guna yang nyamuk, memang tak jalanlah. Tapi saya juga masih belum mencubanya…

Sebab apa saya tidak mencubanya?

Sebab saya telah menjumpai perangkap yang tak disangka !

Dalam masa beberapa hari saya mampu memerangkap/membunuh lebih kurang 200 lipas (Kebanyakannya yang bersaiz kecl dan halus). Mungkin ramai yang terkejut dengan jumlah lipas tersebut. Ya! Memang benar. Sebab itu ia menjadi masalah kritikal bagi saya. Penuh dengan lipas kereta saya.

Apa perangkap tu?

Kisahnya begini… Pada suatu hari, saya ke pasar malam untuk membeli makanan dan dalam masa yang sama, saya membeli air soya dalam cawan untuk menghilangkan dahaga. Sesudahnya saya selesai berurusan di pasar malam, saya pun kembali ke rumah dengan menaiki kereta. Setibanya di rumah, saya meninggalkan cawan air yang hanya berisi ketulan ais di dalam kereta.

Keesokannya, saya terkejut apabila melihat hampir 50 ekor lipas kelemasan dalam cawan tersebut. Ia masuk melalui straw dan apabila keluar dari bahagian bawah straw, terus lemas. Jadi apa lagi, terus saya beli satu lagi air dalam cawan dan minum sampai habis hingga tinggal ketulan ais sahaja. Tunggu ais tu cair dan biarkan semalaman. Saya lihat, hasil yang sama.

Alhamdulillah…

Saya berjaya memerangi masalah lipas walaupun tidak sepenuhnya. Masih ada dua tiga ekor yang tinggal. Cuma risau takut telur yang masih ada akan menetas untuk datangnya generasi baru.

Nak lihat? (Yang ni waktu dah tinggal sikit)

Memang perangkap yang tak disangka !





Lipas Dalam Kereta

9 01 2011

Bila ada anak kecil, sudah pasti sisa makanan yang kecil seperti serdak biskut atau kek atau muntah anak menjadi perkara biasa di dalam kereta anda. Keadaan sebegini memang tidak dapat dielakkan dan sudah tentu ia menarik perhatian makhluk yang tidak diundang iaitu LIPAS.

Itulah yang terjadi pada kereta saya. Kebelakangan ini ia semakin kronik dengan pertambahan jumlah lipas yang semakin banyak. Amat merimaskan! Pelbagai cara telah saya ambil untuk atasi masalah ini tetapi tidak mendatangkan hasil. Bubuh kapur lipas, sembur racun serangga, perangkap lipas dan lain-lain gagal.

Cuma kini, bila anak-anak ada di kampung, tiada lagi sisa makanan yang tertinggal di dalam kereta, jadi kuranglah sikit masalah lipas ni.

Kalau anda cara untuk atasi masalah tersebut, bolehlah tinggalkan komen di bawah. Terima kasih…