Berlapang Dada lah

28 12 2016

 

Mutakhir ini, terlalu banyak perbalahan antara manusia berlaku. Kegagalan menguruskan perbezaan menjadi antara faktor. Fitrah manusia mahukan dirinya dianggap betul tetapi tidak salah untuk kita mengenetepikan ego kerana tak semua yang melalui fasa kehidupan sama seperti kita. Sudah pasti sisi pandangan mereka berbeza dengan kita.

Sama sama lah kita berlapang dada atas apa jua perbezaan. Kita raikan dengan penuh hikmah. InsyaAllah sama sama dirahmati Allah, InsyaAllah.

 

*Nota: Imej adalah dari carian google

 





Peritnya Persediaan Sekolah Anak

26 12 2016

Sewaktu kecil dahulu, bila nak buka sekolah, saya sering idamkan peralatan dan pakaian sekolah baru. Bila abah dah beli memang terasa begitu seronok dan gembira. Tapi lama kelamaan, saya lihat wajah Abah macam menyembunyikan sesuatu.

Kemudian, fahamlah saya tentang sukarnya untuk mencari sumber kewangan demi memuaskan anak anaknya. Saya hampir tak masuk ke MRSM kerana ketiadaan wang tetapi Mak Njang saya telah memberi beberapa ratus ringgit untuk saya mendaftar dan membeli semua keperluan maktab.

Bila di sana, Alhamdulillah Pak Cik saya juga sering memberi bantuan kewangan kepada saya. Dan sebab itu saya dah kurang meminta kepada Abah sampaikan ada Cikgu yang perasan seluar saya dah terlalu ketat. Terima Kasih Cikgu Jarini Jusoh yang berikan sehelai seluar kepada saya. Katanya suami beliau tersalah beli.

Kemudian di tingkatan 4, saya mendapat biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Dan ketika ini, saya banyak membeli keperluan saya dengan wang kemenangan hadiah hadiah peraduan. Rasanya beratus ratus hadiah saya menang dengan jumlah wang mencecah ribuan ringgit. Peralatan alat tulis memang terlebih lebih.

Dapatlah serba sedikit meringankan beban Abah yang terpaksa menyara enam anak. Memang berat.

KINI, saya pula merasai detik detik itu. 4 anak bersekolah! 1 masih kecil. Memang bulan Disember menjadi begiti rumit. Banyak perkara perlu dilihat. Anak anak masih belum mengerti erti kesukaran dalam situasi ekonomi sekarang. Fuh! Memang mencabar!

Perbelanjaan tadika yang paling mahal. Kemudian peralatan dan kelengkapan sekolah anal anal di sekolah kebangsaan. Boleh pengsan jadinya. Hehehe… Apa pun usaha kena usaha walaupun banyak cabarannya.

Kalau ada jutawan Arab nak sponsor, boleh bagi thru Paypal saya saifulazrul@gmail.com. Hehehe… Gurau ja tapi kalau ada betul betul jutawan nak bagi, OK ja. Hehehe…

Buat para ibu bapa yang lain, bertabahlah πŸ™‚





Puisi Pilihan: Kalah Atas Sejadah

24 12 2016

KALAH DI ATAS SEJADAH

Di atas sejadah
Sedang mengadap Allah
Dan
Fikiranmu menerawang tanpa arah.

Gila!
Engkau bagai tidak tahu engkau sedang berdepan dengan siapa
Dia Tuhan!
Bukan raja!
Bukan sultan!
Dari Dia engkau diciptakan
Kepada Dia engkau akan dikembalikan.

Dia al-Qahar!
Dia berhak buat hidupmu menderita
Dia boleh buat matimu begitu azab lagi terseksa
Dia berkuasa mencampakkanmu ke neraka dengan darjah penyeksaan yang sentiasa bertambah berlipat ganda!

Sayang sekali!
Kadang engkau lupa dia ar-Rahman
Engkau tidak pandai mengambil kesempatan
Tidak pandai meminta belas kasihan
Tidak pandai merayu sedangkan Dia tertunggu-tunggu permintaanmu
Engkau menuntut kebahagiaan dari makhluk sedangkan Dialah yang berkuasa menghantarkan kebahagiaan dalam pelbagai bentuk!

Justeru
Begitulah
Jangan kau hairan andai hidupmu resah gelisah
Jangan kau persoalkan mengapa hidupmu terbelenggu masalah juga musibah lalu tak henti-hentinya engkau berkeluh kesah.
Engkau tahu kenapa?
Kerana engkau telah kalah di atas sejadah!

-Bonda Nor

*Nota: dipetik dari sebaran whatsapp





Zoo Johor: Amat Berbaloi

17 12 2016

Ketika menanti masa untuk daftar masuk Hotel di Johor Bahru ini, saya tak pasti ke mana hendak dituju. Isteri saya pula sudah pun masuk ke Dewan untuk berkursus dan saya dengan lima orang anak mencari ke mana hendak dituju.

Kemudian terjumpa dengan Zoo Johor. Bila tengok harga tiket, terus saya bawa anak saya masuk. Apa tidaknya, ia amat murah!

 

Dewasa RM2. Kanak kanak RM1!

Memang murah dan berbaloi baloi. Saya puji Kerajaan Negeri Johor yang mengendalikan Zoo ini. Amat berbaloi.

 

Anak anak pun gembira melihat haiwan haiwan yang jarang mereka saksikan. Antaranya Harimau, Singa, buaya, badak air, Unta, Kuda, Gajah, Seladang, Burung Unta, Rusa, Ungka, Beruang, Ular, Kucing Batu, Landak dll

 

Terima Kasih Zoo Johor!

 

 

 





Tips Mengelakkan Pensel Warna Hilang

15 12 2016

Ni adalah berdasarkan posting isteri saya di Facebook beliau. (Abaikan shortform yang digunakan)

Bila sel2 otak ummi plak yg berhubung 💡💡💡

Alkisahnya cuti2 ni gemar pulak bebudak nih mewarna pastu sepah2 kaler merata cerok..jnuh la ummi ngutip kaler/pensel bagai celah2 meja kosi bwh katil..
Ada la hr tu tnmpk dlm FB..ibu kretip tu ikat kaler2 ank2 dia gini tp guna tali…so, ummi pun dh cuba buat tuk kaler2 kt rmh yg sepah2 ni…ok fine, lega ummi dh tertambat smua kaler..tengkiu ilmu yg manfaat tuk ummi yg penat kutip kaler pensil 😂
.
Ptg ni ummi buat tuk pensil kaler ank2 ummi yg nk masuk sek thn dpn lak..(sorg thn 1, sorg lg thn 2…yg kakak dh besar xpayah tambat2 dh)…
Tergerak hati nk tambat jgk tu sbb, pengalaman dr sebelum2 ni..bleh dkatakan dekat 10 set kaler pensil ummi kena beli sepanjang tempoh bljr setahun tu…bru sbln masuk sek dh hilang sebatang dua kaler..nk tgu smpai bln 3..abis tgl 3 batang je, pastu beli lagi..lagi..dan lagi..
Jenuh ummi…
.
Kali ni nk try n error….nk tgk brp lama bleh btahan kaler dorg nih..bleh sampai setahun tak..haha
Sesaja kongsi ngn kawan2 FB, sbb ada yg tny kda cemana buat..so, bleh tgk cara buat dia kt tiap gmbar bwh ni..bleh la cuba buat tuk ank2 😂
Semoga bermanfaat tuk semua 😍😙

 

Bahan bahan yang diperlukan

 

Proses tambat dlu pensil2 kaler ni dgn riben..kda gna glue gun, kuat skit lekat dia.

 

Pastu..dh siap tambat riben di kaler pensil..proses tocangkan dia plak 😂
Make sure ada satu riben yg panjangnya di ‘extra’ kan supaya senang nk masukkn ring keychain nnt..
Next..guna glue gun jgk..pastu simpul kejap2 dgn riben lain plak.
Pastu nnt tpulang la nk hiaskan bunjut tu cemana..
.
Klu yg kda buat tu..letak ring keychain..lekatkan button hiasan skit..pastu keychain dia print n liminate pic dorg..sng klu hilang nmpk muka n nama dorg..kikiki..

 

Dah..siap, bleh la guna..xpayah pikir dh kaler hilang xcukup 1 ke xcukup 2 ke..smua dh kena tambat..😂
Klu nk buat tuk pensil pun boleh, kda buat jgk tuk pensil dorg..spare takut hilang yg lain tu..ada backup yg tertambat tu 😝
Ok..itu je, simple..selamat mencuba 😊

 

 

 

 





Lemahnya Diri Ini

14 12 2016

Kalau dibandingkan sosok tubuh saya dan Insan dalam gambar di bawah ini, saya yakin, saya jauh lebih bertenaga dan kuat. Kalau angkat besi, berpuluh puluh kilogram tiada masalah…

Namun selepas menyaksikan gambar tersebut, terasa begitu lemahnya diri ini berbanding insan tersebut. Untuk mengangkat takbiratul ihram dirasakan begitu berat sedangkan beliau walaupun badan disaluti wayar wayar perubatan tetapi tetap ringan mengangkat Takbir dan mendirikan solat.

Betapa lemahnya diri ini… Terlalu banyak yang perlu diperbaiki.

 

AL-FATIHAH buat Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 





Daulat Tuanku… Allahuakbar

13 12 2016

 

*Nota: sumber gambar adalah dari carian google





Salam Maulidur Rasul

12 12 2016

 

ASSALAMUALAIKUM ..
_ISNIN 12 Disember 2016_

Malam tadi, ketika minum kopi, β˜• saya merasa sedikit pahit..😖 Namun tetap juga la saya minum..

Dan pada ketika air kopi tinggal suku, baru la saya perasan, saya lupa kacau kopi dan susunya.. 😅

Apabila saya kacau, kopi yang tinggal suku itu, terasa sangat manis pula.. 😫 Terlalu manis sehingga tidak mampu saya telan..

Agaknya itu la resam hidup.. Ada kalanya kita lupa, yang ‘manis’ itu ada di dasar.. Perlu dicari.. Dan kiranya kita malas mencari, maka hanya pahit la yang dapat kita nikmati..

Ada waktunya juga, pada ketika teringat berkenaan ‘manis’ itu, segalanya sudah terlewat..

Mujur la, Allah sudah membantu ‘membancuh’ hidup kita antara yang pahit dan manis.. Kerana hidup pasti kurang maknanya kiranya hanya berkenaan yang pahit-pahit saja.. Atau yang manis-manis saja..

Makanya, hirup la hidup dengan senyuman, 😃 dan tak perlu hiraukan sangat apa orang nak kata dan umpat belakang kita..😷 Sebab memang kita manusia tidak-lari dari ketidaksempurnaan !! 😜

Ucap la syukur Alhamdulillah untuk satu lagi peluang kita menghirup udara di bumi Allah swt

Salam Sejahtera…
Salam perjuangan..
Salam kasih sayang..

Selamat menyambut Maulidurasul

 

 

Nota: Ini bukan karya saya. Diterima menerusi group whatsapp

 

 





Beribadat Tetapi Jangan Sampai Menyusahkan Orang Lain

9 12 2016

whatsapp-image-2016-12-06-at-07-52-21

Kredit gambar kepada pemilik asal. Saya terima melalui WhatsApp.

 

Saya pernah terlewat Solat Jumaat di Masjid berhampiran rumah saya. Banyak kali terjadi saya terkandas disebabkan sikap jemaah yang meletak kenderaan sesuka hati. Di tempat saya, adalah kawasan perusahaan yang sememangnya banyak lori dan treller akan lalui. Apabila kenderaan jemaah diletakkan sesuka hati sehingga kenderaan lain terkandas, sememangnya amat dikesali apatah lagi ia akan mengundang persepsi tidak baik di kalangan masyarakat non Muslim.

 

Apa salahnya, kita parkir kereta jauh sedikit. Biar tidak menyusahkan orang lain. Kasihan kepada mereka yang terkandas sehingga terpaksa menunggu anda habis solat Jumaat. Kalau ada yang dalam kecemasan, pastinya keadaan lebih kecoh.

 

Marilah kita gandakan amalan ibadat kita tetapi dalam masa yang sama, kita pastikan ia tidak menyusahkan khalayak ramai. Sekian, teguran untuk diri saya sendiri dan semua.





Sumbangan PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM NURUL IHSAN

6 12 2016

 

Assalamualaikum w.t.b. dan Salam Sejahtera,

Yang dihormati saudara/saudari dan muslimin/muslimat yang dirahmati Allah,

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM NURUL IHSAN adalah sebuah rumah penjagaan anak-anak yatim di Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan. Pusat ini amat memerlukan sumbangan derma tuan/puan bagi menguruskan pusat jagaan tersebut. Untuk itu bagi tuan/puan yang berminat untuk berbuat demikian bolehlah menyampaikan wang pos/kiriman wang pos/cek atas nama *TABUNG NURUL IHSAN* di alamat:

 

BENDAHARI NURUL IHSAN,
(ASRAMA KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM)
Kg. Talang Tengah,
31120 Sg. Siput (U),
Perak Darul Ridzuan.

 

atau dikreditkan terus, atau menggunakan perkhidmatan β€˜*inter-bank transfer*’ ke akaun CIMB BANK bernombor: *7030173428.*

Turut disertakan bersama dengan email adalah β€˜attachment’ surat rayuan sumbangan dan borang sumbangan untuk makluman dan tindakan tuan/puan.

Sebarang kemusykilan sila hubungi

*PENGURUSAN NURUL IHSAN *
*(TEL: 05-5984708 / 019-5774553) *

 

Sekian untuk tuan/puan yang budiman, terima kasih.

 

 

Yang benar,

b/p Bendahari
Jawatankuasa Persatuan Kebajikan
Anak-Anak Yatim NURUL IHSAN

(*Makluman: Email ini adalah salah satu dari beberapa email yang turut sama berusaha mencari dana untuk operasi Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan*).

 

suratnurulihsan