Selamat Menyambut Hari Merdeka

31 08 2010

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara. Sesungguhnya dari segi zahir kita sudah pun merdeka tetapi persoalan untuk diri saya dan rakan-rakan sekalian, adakah kita benar-benar Merdeka?

Sama-sama kita muhasabah kembali kesemuanya…

Advertisements




Selamat Hari Lahir Anak-Anakku

30 08 2010

Hari ini 30 Ogos 2010 adalah hari ulangtahun kelahiran ke-4 Syasya Hana dan empat hari lagi adalah hari lahir pertama Syafi Hana. Selamat Hari Lahir Walid dan Ummi ucapkan mudah-mudahan Syasya dan Syafi akan menjadi seorang insan yang berguna dan solehah. InsyaAllah Ummi dan Walid akan terus memberikan didikan dan kasih sayang semampu mungkin buat Syasya dan Syafi, InsyaAllah…

InsyaAllah, hujung tahun ini Syasya dan Syafi akan dapat adik 🙂





Statistik Forum

26 08 2010

Ni saya masukkan statistik Forum saya untuk hari ini…

dan dari negara mana mereka datang

Nampaknya, para spammers cukup ‘meminati’ forum saya. Hehehe… Tak pa, saya dah ketatkan kawalan 🙂





Saya Create Forum Porno?

26 08 2010

Alkisahnya, saya ada create satu Forum untuk ex-classmate saya. Mulanya agak meriah tetapi dengan kehadiran facebook, saya menyerah kerana tarikannya lebih kuat kepada semua. Saya lihat banyak forum yang dah suram selepas adanya facebook.

Oklah, saya pun semakin jarang menjenguk forum yang saya create. Akhir sekali pada bulan Febuari lepas.

Sebulan lepas, saya mendapat satu SMS dari sahabat saya, “Saiful, apa dah jadi dengan forum kita?”

Lalu saya membalas, “Biasalah dah lama saya tak masuk jadi banyaklah spammers”

Beberapa hari lepas saya mendapat email dari seorang legal advisor dari sebuah negara di Afrika meminta saya membuang content pornografi yang melibatkan client beliau. Jika tidak, saya akan menghadapi tindakan undang-undang.

Ha! Bukan kepalang terkejut saya dibuatnya…

Jadi terus saya buka semula forum yang sudah lima bulan saya tidak jenguk. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat ahlinya sudah mencecah 4000 user! Biar betul? Kemudian ada lebih 4000 posting yang kebanyakannya berbentuk pornografi! Ya Rabbi… Apa dah jadi ni?

Saya dah pun setkan sebenarnya syarat untuk mendaftar di mana pengguna perlu memasukkan kod yang dipaparkan pada imej secara rawak untuk elakkan spammers tetapi tidak berkesan rupanya. Puas saya memikirkan bagaimana saya hendak membuang semua topik tersebut memandangkan features pada forum tersebut agak terhad kerana ia adalah Forum percuma. Alhamdulillah saya dapat idea bagaimana hendak menyelamatkannya.

Apa pun, memang salah saya kerana tidak memantau dengan rapi forum tersebut. Dan saya terus mengetatkan syarat pendaftaran dengan menambah approval dari saya. Baru lima minit saya kuatkuasakan syarat tersebut dah masuk 17 waiting list untuk approval! Amboi, famous sungguh forum saya no… Tak boleh jadi ni…

Kali ni saya akan pantau dengan lebih rapi!





Serba Salah

26 08 2010

Semalam, saya ke Bazar Iftar di Sri Permaisuri. Hasrat di hati nak makan Nasi Lemak daun pisang yang berharga RM1. Ada dua gerai yang menepati selera saya dan isteri tapi satunya dah tutup. Jadi saya pun cuma ada satu pilihan sahaja. Cuma saya terpaksa menanti agak lama kerana di situ hanya seorang kakak yang membungkusnya sedangkan penuh gerai tu.

Saya menanti dan terus menanti. Saya berada di barisan hadapan sebelah tepi. Saya mengerti yang masih ada yang lebih awal dari saya menanti. Ada seorang tu nak beli 10 bungkus. Saya pula memesan 5 bungkus. Kemudian tiba-tiba kakak tu serah kepada saya 5 bungkus dan dengan spontan saya membayar. Lalu ramai merungut kerana mendakwa mereka menanti lebih lama.

Saya rasa bersalah kepada dua orang pembeli yang saya tahu lebih awal dari saya, lalu saya menawarkan untuk memulangkan kembali nasi lemak tu kepada kakak tu kerana saya sanggup menunggu namun ditolak oleh kakak tu. Jadi terus orang merungut dan memarahi kakak tu. Saya tawarkan sekali lagi agar yang lebih awal tu tak merungut tetapi kakak tu masih enggan.

Hmmm… Terpaksalah saya beredar dengan rasa serba salah. Entah macam mana saya secara automatik membayar sewaktu disua dengan nasi lemak tersebut. Rasa simpati pulak kepada kakak tu. Dahlah berseorangan berniaga, terpaksa melayan begitu ramai pelanggan…

Hmmm… serba salah jadinya…





Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

11 08 2010

Alhamdulillah… Kita masih lagi berkesempatan mengucup kenikmatan Ramadhan pada kali ini. Mudah-mudahan ia menjadi Ramadhan terbaik buat kita semua, Insyaallah.

Pada kesempatan kali ini, saya ingin memohon ampun maaf kepada semua atas sebarang kesilapan yang mengguris hati anda tidak kira melalui percakapan, penulisan, perbuatan atau apa sahaja. Sama-samalah kita bergerak menjadi insan yang lebih baik tatkala perjalanan kita kepada-Nya semakin hampir.

Salam Ramadhan buat semua dari saya sekeluarga…

A child stands idle while her mom performs terawih prayers last night at the Tunku Mizan Zainal Abidin Mosque in Putrajaya. Muslims across Malaysia begin fasting today. – Bernama pic

p/s: Apabila membaca portal berita malaysianinsider, ternampak wajah yang saya kenal. Rupa-rupanya anak-anak dan isteri saya. Lagi gambar dalam fotoweb bernama.