Undian: Perlukah Pilihanraya Semula di Perak?

5 02 2009

Sorry sentuh politik sikit. Saya just nak tahu pendapat sahaja…





Anak Migran Israel Terima Tawaran Obama Jadi Ketua Staf White House

8 11 2008

WASHINGTON: Anggota Dewan Perundangan Demokrat dari Illinois, Rahm Emanuel, migran dari Israel yang merupakan seorang Yahudi Amerika telah menerima tawaran Barack Obama yang baru dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk berkhidmat sebagai Ketua Staf di White House.

Menurut Fox News, Emanuel, 49, yang lahir di Chicago merupakan anak kepada Benjamin, seorang doktor yang dilahirkan di Israel manakala ibunya, Martha pula merupakan warga Yahudi Amerika dan kini bertugas di organisasi hak sivil di Chicago.

George Stephanopoulos menerusi ABC News memetik Obama berkata, beliau menyukai Emanuel kerana “dia tahu polisi, tahu politik dan tahu Capitol Hill White House”.

Dalam pada itu, Emanuel melahirkan rasa terharu dengan tawaran yang diberikan itu.

“Saya tahu sesuatu tentang White House dan saya rasakan, itu adalah salah satu faktor mengapa Obama ingin saya berkhidmat dengannya,” katanya.

Barack Obama mencipta sejarah bergaya dengan memenangi pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS).

AS pernah memiliki senator dan gabenor masyarakat kulit hitam tetapi ini kali pertama seorang menjadi presiden.

Source: http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/7/mstar_berita/20081107090758&sec=mstar_berita (08/11/2008)

Hmmm… Macam saya habaq awai sebelum ni. Pengaruh Yahudi memang amat sukar dibuang dari pentadbiran Amerika.

Apa pun masih terlalu awal untuk menilai Obama.

Kita tunggu dan lihat…





Harapan Menggunung Terhadap Obama

6 11 2008

Nampaknya isu Obama ini begitu serius dibicarakan oleh rakyat Malaysia. Hmmm… Sememangnya Obama adalah seorang pemimpin yang cukup diharap untuk mengubah lanskap politik dunia. Saya meneliti beberapa ucapan tahniah dari pemimpin kita sama ada kerajaan BN atau pun pakatan rakyat. Semuanya senada mengharapkan berlakunya perubahan dalam dasar luar Amerika.

Tindakan pertama beliau amatlah dinanti oleh dunia. Di sini kita akan dapat buat penilaian awal sama ada Obama bakal mengkuti jejak langkah Bush atau beliau berani merubah keadaan. Antara yang bakal kita lihat ialah:-

1. Dasar Amerika terhadap krisis di Palestin, Iraq, Iran, Afghanistan.
2.  Hubungan Diplomatik dengan Israel.
3. Perspektif Pengganas
4. Status tahanan Teluk Guantanamo.
5. Tindakan segera memulihkan ekonomi Amerika.

Itu antara beberapa perkara yang akan diperhatikan dan penilaian awal akan dilakukan berdasarkan perkara tersebut. Sebagai seorang pemimpin negara besar, sudah pasti beliau akan terdedah dengan pelbagai kritikan dan tidak lekang dari lensa media. Begitu juga dengan pelobi-pelobi Yahudi yang sudah lama bersiap sedia mempengaruhi beliau.

Sebab itu saya berasa pesimis dengan harapan menggunung semua pihak yang mahu menyaksikan berlaku perubahan besar bagi Amerika. Dalam tulisan saya sebelum ini saya dah jelaskan berkenaan hal tersebut dan saya sentiasa berharap saya salah!

Sebenarnya kita sebagai umat Islam harus meletakkan diri kita sebagai ejen peneraju perubahan terlebih dahulu. Mengharapkan orang lain melakukan perubahan adalah sesuatu yang amat berisiko. Dalam keadaan dunia kini, kita harus mengakui bahawa kita sudah jauh ketinggalan tetapi kita masih mampu mengejar dengan syarat perpaduan umat Islam berada pada satu tingkat yang cukup jitu. Hmmm… Melihatkan keadaan semasa dalam negara, ia memang jauh panggang dari api.

Berbalik kepada isu Obama, setakat artikel ini ditulis, carian saya menerusi news.google.com masih lagi belum ada berita tentang langkah pertama Obama. Mungkin dalam tempoh 24 jam lagi akan ada tindakan pertama Obama yang bakal menjadi bualan hangat serata dunia. Yang pasti harapan terhadap Obama menggunung tinggi.

Saya amat berharap saya salah… Sama-sama kita nantikan…





Obama Menang Presiden US

5 11 2008

Obama memang diletakkan harapan tinggi untuk menjadi jambatan antara US dan negara-negara Islam yang sentiasa dianggap sebagai pengganas di mata Negara Uncle Sam tersebut. Latar belakang Obama yang berasal dari Kenya dan pernah menetap di Indonesia dan pernah beragama Islam sedikit sebanyak menjadi taruhan walaupun ada pro dan kontra.

Dilihat muda, lebih berkarisma dan bijak berhujah, Obama memang menjadi pilihan rakyat Amerika yang sudah cukup bosan dengan dasar luar mereka dan mereka mahu kebimbangan diselubungi kemelesatan ekonomi dapat diredakan.

Obama menggunakan pendekatan kempen yang lebih segar dengan menggunakan sepenuhnya kuasa Internet dan juga kempen konvensional serta berani menghuraikan dasar-dasar baru kepada rakyat Amerika. But for me, saya berasakan bahawa sesiapa pun yang menjadi pemimpin US tidak akan memberikan perbezaan yang jelas dalam dasar terhadap negara Islam.

Terrorist atau pengganas sudah sinonim dilabel kepada apa jua yang bersangkutan dengan Islam. Ini kerana pengaruh Yahudi sudah pun meresap ke dalam kedua-dua parti yang terbabit di US iaitu Demokrat dan Republikan. Mubaligh mubaligh Yahudi sudah pun merekrut cendekiawan muda Yahudi dan diletakkan di kedua-dua belah kem parti. Mereka ini memainkan peranan besar dalam pembentukan dasar-dasar parti tersebut. Jadi siapa yang menang pun akan melalui mereka sebelum setiap dasar dapat dimuktamadkan.

Cendiakawan Yahudi ini begitu bijak dan pintar berhujah. Mereka mampu menghuraikan keadaan politik dunia semasa menurut perspektif mereka dan cukup bijak mempengaruhi pemimpin mereka. Tidak hairanlah kita boleh lihat dasar Bush yang cukup tempang apabila kita tahu bagaimana personaliti Bush hingga ada penganalisis menganggap Bush seperti ‘rusa masuk kampung’.

Walaupun ramai memperkatakan tentang dasar baru oleh Obama yang akan mengubah senario politik dunia ke arah kebaikan, saya lebih berasa skeptikal jika diturut senario yang wujud di US. Saya berharap pendapat saya salah dan Obama ada keberanian untuk melakukan reformasi politik di negara yang menganggap mereka adalah Polis dunia.

Cuma pengalaman lepas menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang menang Presiden US akan mengikut telunjuk penasihat-penasihat Yahudi ni. 

Mana tahu kali ini ada perubahan… Wallahu’alam.

Apa pun Tahniah Obama!