Terima Kasih

28 09 2010

Alhamdulillah, terima kasih semua yang hadir ke rumah terbuka Aidilfitri saya.

Maaf atas sebarang kekurangan memandangkan ini kali pertama saya anjurkan dan dalam beberapa keadaan saya tak dapat nak kawal semua sewaktu penuh dengan tetamu hingga saya perlu menggunakan dua bilik untuk menampung tetamu yang ramai.

Kepada yang mesej dan telefon tidak dapat hadir, tiada masalah. InsyaAllah di kelapangan yang lain, kita bertemu jua…

Mulanya rasa macam tak akan memenatkan sebab menggunakan catering. Tak perlu memasak cuma pi ambil makanan dan hidangkan. Tetapi rupa-rupanya cukup memenatkan! Dari pagi dah kena ambil makanan mengangkut barang berseorangan tatkala wife menguruskan rumah dengan ‘gangguan’ Syasya dan Syafi.

Bila malam, badan terasa cukup penat dan mata amat mengantuk. keesokan paginya jenuh nak cuci dan angkut pula peralatan. Fuh! Memang memenatkan. Nasib baik saya ambil cuti, jika tidak memang terlena di meja pejabat jadinya.

Apa pun, terima kasih semua dan InsyaAllah jika ada rezeki, saya akan buat lagi…

Advertisements




Jemputan Rumah Terbuka

23 09 2010

Assalamualaikum…

Sukacita dimaklumkan, saya menjemput semua pembaca blog saya untuk hadir ke rumah terbuka Aidilfitri yang akan saya adakan pada 26 September 2010 di rumah saya di alamat A-07-06 Monte Bayu, Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur bermula jam 2 petang.

Kehadiran anda amatlah dialu-alukan…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…

MAAF ZAHIR BATIN





Galeri Hari Raya Eidul Fitri 1431H/2010

15 09 2010

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN





Selamat Hari Raya Aidilfitri

10 09 2010

Pada kesempatan yang terhad ini, saya sekeluarga memohon ampun maaf zahir dan batin.

Maaf Zahir Batin kepada semua!





Bajet Raya 2010

9 09 2010

Hari ni 30 Ramadhan, saya masih lagi di pejabat. Masih bekerja…  Sekejap lagi akan bertolak ke kampung. Ke Sungai Bakap ambil anak dan isteri sebelum terus ke Alor Setar.

Raya kali ini memang agak menguji ketahanan saya dari segi aspek kewangan. Baru masuk rumah baru hingga habis semua simpanan dan kemudian raya pulak. Kalau kampung dekat, tiada masalah tapi kos dari KL ke Kedah termasuk tol dan minyak dll mencecah RM300. Paling kurang memang kena ada RM300. Itu baru belanja balik tak termasuk belanja lain-lain lagi.

Memang jenuh saya melakukan bajet raya apatah lagi banyak perkara yang perlu dilakukan… Alhamdulillah ada juga pendapatan sampingan. Itu pun bakal menjadi habuan untuk bayar hutang kepada orang lain.

Apa pun, kena sentiasa berjimat cermat… Harap-harap ada rezeki lain yang datang, InsyaAllah…





Menghormati Ramadhan

7 09 2010

Pada hari pertama memulakan puasa, saya perasan ada seorang penjual nasi lemak Melayu yang saya yakin Islam berniaga Nasi lemak pada waktu pagi kira-kira 200 meter sebelum Masjid Kg. Cheras Baru dari arah rumah saya. Selepas Masjid dalam 200 meter pun ada satu lagi penjual nasi lemak Melayu yang saya juga yakin Islam berniaga nasi lemak. Pada bulan Ramadhan ia seharusnya tidak berlaku kerana ia boleh menggalakkan orang Islam tidak berpuasa.

Selepas lebih kurang seminggu berpuasa, saya lihat sudah tiada kelibat peniaga nasi lemak yang berniaga sebelum masjid. Alhamdulillah mungkin sudah insaf atau pun sudah pun diserbu penguatkuasa. Tetapi yang berniaga selepas masjid tu masih lagi terus berniaga.

Sepanjang saya lalu, saya hanya nampak hanya bangsa bukan Melayu sahaja yang beli daripada mereka. Minggu lepas barulah saya nampak wanita Melayu membeli nasi lemak di situ. Tapi dia membawa anak kecil, jadi elok kita bersangka baik kerana mungkin makanan itu adalah untuk anak kecilnya. Hari ini dah 28 Ramadhan, saya lihat pula seorang lelaki Melayu yang saya yakin Islam yang wajahnya saya agak sudah mencecah 60-an membeli nasi lemak di situ.

Hmmm… Entahlah… Kenapalah peniaga tu masih berniaga dan tidak menghormati Ramadhan. Mungkin kerana cemburu dengan kedai Mamak yang dipenuhi dengan geng bertopi kaledar dan plastik hitam kot…





Ranking Alexa www.saifulazrul.net

7 09 2010

Saya agak terkejut melihat ranking saya adalah pada kedudukan 461,438! Untuk makluman semua, ranking Alexa di www.alexa.com, adalah antara penanda aras untuk mengukur populariti sesuatu web. Dari berbilion web yang ada dalam dunia, kalau dah masuk dalam top sejuta pun dah kira cukup memberangsangkan.

Yang saya cukup terkejut, web saya yang tak ada apa-apa sangat ini masuk dalam top sejuta! Biar betul! dan menjadi top 100000 di India! Pelik? Sebab apa ya? Saya menulis dalam bahasa melayu…

Hmmm… Entahlah…

Jadi, para pengiklan kalau nak mai iklan, mai la! Hehehe…