Perangkap Yang Tidak Disangka.

23 02 2011

Saya pernah menulis Masalah Lipas Dalam Kereta.

Saya mendapat beberapa respon dari rakan-rakan. Megat dah beri saya racun lipas yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah lipas dalam keretanya. Terima Kasih Megat. Saya masih belum mencubanya.

Adam pula menyarankan agar saya menggunakan Bygon khas untuk menangani masalah lipas. Sebelum ni saya guna yang nyamuk, memang tak jalanlah. Tapi saya juga masih belum mencubanya…

Sebab apa saya tidak mencubanya?

Sebab saya telah menjumpai perangkap yang tak disangka !

Dalam masa beberapa hari saya mampu memerangkap/membunuh lebih kurang 200 lipas (Kebanyakannya yang bersaiz kecl dan halus). Mungkin ramai yang terkejut dengan jumlah lipas tersebut. Ya! Memang benar. Sebab itu ia menjadi masalah kritikal bagi saya. Penuh dengan lipas kereta saya.

Apa perangkap tu?

Kisahnya begini… Pada suatu hari, saya ke pasar malam untuk membeli makanan dan dalam masa yang sama, saya membeli air soya dalam cawan untuk menghilangkan dahaga. Sesudahnya saya selesai berurusan di pasar malam, saya pun kembali ke rumah dengan menaiki kereta. Setibanya di rumah, saya meninggalkan cawan air yang hanya berisi ketulan ais di dalam kereta.

Keesokannya, saya terkejut apabila melihat hampir 50 ekor lipas kelemasan dalam cawan tersebut. Ia masuk melalui straw dan apabila keluar dari bahagian bawah straw, terus lemas. Jadi apa lagi, terus saya beli satu lagi air dalam cawan dan minum sampai habis hingga tinggal ketulan ais sahaja. Tunggu ais tu cair dan biarkan semalaman. Saya lihat, hasil yang sama.

Alhamdulillah…

Saya berjaya memerangi masalah lipas walaupun tidak sepenuhnya. Masih ada dua tiga ekor yang tinggal. Cuma risau takut telur yang masih ada akan menetas untuk datangnya generasi baru.

Nak lihat? (Yang ni waktu dah tinggal sikit)

Memang perangkap yang tak disangka !





Selamat Hari Lahir

18 02 2011

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada adik saya, Mohd Shukri dan juga anak saudara saya iaitu Irdina Qasrina mohd Shaukhi atas ulangtahun kelahiran hari ini.

Semoga panjang umur, murah rezeki, InsyaAllah…

p/s: InsyaAllah, saya akan kembali update blog ni setelah menghadapi jadual yang amat padat…





Ulasan Buku: Hidup Tenang Walaupun Berhutang

13 02 2011

Setelah selesai membaca buku ini, dapatlah saya lakukan sedikit ulasan terhadap buku ini.

Dalam kehidupan masa kini, agak sukar untuk lari daripada HUTANG. Apabila berhutang ia menjadikan kita hilang rasa TENANG. Justeru, perlu ada strategi yang betul dalam menguruskan kewangan kita. Merangka perbelanjaan dan memikirkan implikasi yang bakal berlaku dan yang PALING PENTING ialah MELAKSANAKAN PERANCANGAN yang kita laksanakan.

Mengurus kewangan tidak semudah yang disangka dan ia memerlukan pelbagai pandangan dari aspek lain agar kita mampu mengalihkan TEKANAN KEWANGAN kepada sesuatu yang memberi kita kepada KESELESAAN KEWANGAN. Jadi menerusi buku ini saudara Shamsuddin Kadir telah mengupasnya dengan cukup mudah untuk difahami. Bagaimana kita hendak menguruskan hutang dengan baik? Dapatkan naskhah anda di PTS atau layari Laman Web Shamsuddin Kadir.





Selamat Tahun Baru Cina

3 02 2011

Entri ringkas khas buat rakan-rakan berbangsa Cina yang menyambut Tahun Baru Cina. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai…