Pest Control / Kawalan Perosak

8 09 2016

anona-logo-1

Bagi sesiapa yang perlukan khidmat Pest Control / Kawalan Perosak, saya syorkan hubungi ABS Pest Control menerusi www.kawalanperosak.com atau hubungi terus En. Nasrul Azizi – 013.266.8081

whatsapp-image-2016-09-08-at-12-01-27

 





Belasungkawa: Muhammad Ali The Greatest

4 06 2016

Catatan Ringkas

muhammadaliSelepas Kejohanan Badminton Ampang Jaya Badminton Club Championship, saya terus ke kedai jiran saya untuk makan tengahari. Sebelum makan, saya sempat membelek berita dunia menerusi telefon saya. Alngkah terkejutnya apabila mendapat berita pemergian seorang insan yang amat saya kagumi, MUHAMMAD ALI.

Saya tidak lahir pada zaman kegemilangan beliau. Pada zaman saya Abdul Malik Tyson aka Mike Tyson yang sedang berada di puncak. Biasalah anak lelaki minat bab bab tinju ni. Tetapi pada waktu tu, liputan media agak terhad tak seperti sekarang, maklumat bersepah di hujung jari. Taip sedikit sahaja, berjuta info keluar.

Apabila saya mengkagumi Mike Tyson, ayah saya bercerita tentang kehebatan Muhammad Ali yang katanya jauh lebih hebat. Mike Tyson memang saya kagumi sebab baru beberapa das tumbukan dah TKO! Tetapi sebenarnya Muhammad Ali jauh lebih hebat kata ayah saya. Sengaja dia tidak mahu menang terlalu pantas bagi menghiburkan peminatnya.

Selepas zaman internet baru lah puas saya lihat dokumentari dan kisah hidup beliau…

Walaupun beliau bercakap besar tetapi itulah salah satu karektor Muhammad Ali yang dikagumi ramai kerana beliau membuktikannya. Popularitinya membuatkan ia diminati segenap lapisan masyarakat dunia ketika itu sehingga kan ketika Muhammad Ali bertarung, penjenayah pun berhenti daripada melakukan jenayah semata mata hendak menyaksi kehebatan Muhammad Ali! Wow!

Kemudian penglibatan sebagai tokoh yang berusaha mendamaikan Perang Teluk… Muhammad Ali juga menderita dengan Sindrom PArkinson yang membuatkan beliau tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa

Kemudian yang paling saya ingat pada Sukan Olimpik Atlanta 1996, Muhammad Ali secara mengejut dipilih sebagai penyala obor Sukan Olimpik setelah satu dunia tertanya tanya siapakah yang bakal mendapat penghormatan tersebut.

Sehinggalah mendapat berita pemergian beliau sebentar tadi.

Al-Fatihah…

Damailah Engkau di sana

p/s: Sekadar catatan ringkas

 





Sambal Belacan Ekspres

18 02 2016

Saya ke kedai makan untuk menjamu selera.

Biasalah, tak lengkap kalau tidak disertakan dengan Sambal belacan. Namun ketika itu, sambal belacan dah habis, lalu saya terus bertanya kepada pekerja kedai makan tersebut, “En., sambal belacan dah habis?”

 

“Sikijap saja. Kita nak buat yang baru”, jawab pekerja Bangladesh tu.

 

Saya pun memerhati… Diambilnya cili, belacan dan beberapa bahan lagi terus dimasukkan dalam blender. Kemudian semuanya dikisar. Tak sampai seminit, dia tuangkan semua dalam satu bekas.

“OK. Siap!”, katanya

Terus saya ambil. Hmmm sedap jugak sambal belacan ekspres ni!

 





Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-88

17 01 2016
Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-88

Daulat Tuanku

Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Pada hari Ahad, 17 Januari 2016, bersamaan 07 Rabiulakhir 1437 H

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku

Ikhlas dari Patik Rakyat Negeri Kedah Darulaman…





Detik Hitam Bolasepak Malaysia: UAE 10 Malaysia 0

4 09 2015

Mungkin akan ada yang anggap saya tidak patriotik apabila mengeluh, kesal dan mengkritik bolasepak Malaysia. Namun percayalah di sudut hati paling dalam, kecintaan saya terhadap bolasepak negara tetap utuh. Siapa yang mampu tersenyum dengan situasi sekarang?

Segalanya tampak seperti tiada harapan. Tiada kesudahan. Episod malang bolasepak Malaysia berterusan bagai tiada titik noktah. Malaysia sebenarnya ramai tokoh yang hebat dalam bolasepak, namun kelibat mereka sentiasa ‘dipancung’ gara gara dilihat sebagai ancaman kepada pihak yang berkuasa. Contoh paling klasik ialah Arwah Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil (DAB).

Kini, pada pemerhatian saya tokoh yang paling sesuai dalam keadaan sekarang.

Saya tak berselera nak mengulas panjang. Dalam media sosial dah jadi bahan jenaka tak terkawal.

BERUBAHLAH FAM

 

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2018/PIALA ASIA 2019: UAE 10 MALAYSIA 0

 

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya tewas 10-0 kepada UAE pada perlawanan ketiga Kumpulan A saingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, malam tadi.

UAE mendahului 4-0 pada 25 minit pertama permainan menerusi jaringan Mohanad Salem pada minit ke-16, Ali Mabkhout (m-22), Ahmed Khalil (m-23) dan Habib Al Fardan (m-25).

Jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh kemudian membawa keluar penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat dan memasukkan Zamir Selamat pada minit ke-29.

Namun ia tetap tidak dapat menghalang UAE kendalian Mahdi Ali menambah tiga lagi gol menerusi jaringan kedua peribadi Khalil dan Mabkhout pada minit ke-29 dan ke-33 serta jaringan Mohamed Ahmed, minit ke-39.

Kedudukan separuh masa pertama, UAE mendahului 7-0.

Babak kedua bersambung, Malaysia cuba menguji benteng pertahanan UAE, namun percubaan Junior Eldstal pada minit ke-51 sedikit tersasar manakala rembatan Amri Yahyah tiga minit kemudian tepat ke arah penjaga gol UAE, Ali Khasif.

Dollah kemudian terpaksa memasukkan penjaga gol ketiga, Khairul Azhan Khalid pada minit ke-62 selepas Zamir mengalami kecederaan.

Gawang Malaysia terus dibolosi apabila Khalil dan Mabkhout masing-masing melengkapkan hatrik menerusi jaringan minit ke-70 dan ke-75 untuk kedudukan 9-0.

Khalil melengkapkan jaringan keempat peribadinya menerusi gol ke-10 UAE pada minit ke-78.

Seterusnya, Malaysia akan menanti kunjungan Arab Saudi yang membelasah Timor Leste 7-0 di laman sendiri malam tadi, untuk perlawanan keempat di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

KOMEN JURULATIH MALAYSIA, DOLLAH SALLEH

“Saya tak tahu apa terjadi malam ini terutama bahagian pertahanan. Kami beri gol-gol mudah. Tiga atau empat gol boleh dianggap gol mudah dan semuanya membawa kepada kemusnahan kepada pasukan kami.

 “UAE juga mempamerkan persembahan cukup baik terutama Omar Abdulrahman (pemain No 10), seorang pemain cukup hebat dan dia ternyata ‘membunuh’ setiap pemain kami.

 “Saya tak jangka boleh kena sampai 10 gol. Memang saya tahu bukan mudah nak menang di sini dan sebab itulah saya letak sasaran mahu seri. Tapi dengan cara UAE bermain dan pemain kami pula saya tak tahu apa jadi kepada mereka, segalanya musnah.

 “Seperti yang saya katakan, persiapan kami hanya tiga ke empat hari. Bukan mudah nak main macam UAE yang saya katakan mereka pasukan terbaik di Asia. Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE.

 “(Ditanya adakah dirinya akan meletak jawatan) Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini.”

UAE: 1-Ali Khasif (K); 18-Mohammed Fawzi (19-Ismail Ahmed 32′), 6-Mohanad Salem, 23-Mohamed Ahmed, 3-Walid Abbas; 10-Omar Abdulrahman, 4-Habib Fardan (15-Ismail Al Hammadi 64′), 5-Amer Abdulrahman, 8-Majed Hassan; 7-Ali Mabkhout, 11-Ahmed Khalil (2-Mohamed Al Akbari 79′).

MALAYSIA: 22-Khairul Fahmi Che Mat (1-Zamir Selamat 29′) (23-Khairul Azhan Khalid 62′); 16-S Kunanlan, 2-Afif Amiruddin, 15-Junior Eldstal, 6-Amirizdwan Taj Tajuddin (13-Razman Roslan 37′), 21-Zubir Azmi; 19-Wan Zack Haikal Wan Nor, 8-Safiq Rahim (K), 13-Nasir Basharudin, 12-Ahmad Hazwan Bakri; 17-Amri Yahyah.

Pengadil: Abdulrahman Ibrahim Al Jassim (Qatar)

sumber: fam.org.my (04/09/2015)




TIGA Tempat Yang Paling Menenangkan Saya

3 09 2015

TIGA Tempat Yang Paling Menenangkan Saya (Di Malaysia)

1.  Kampung Tanjung Radin, Pendang, Kedah

2.  Pulau Langkawi, Kedah

3.  Sintok, Kedah

 

Di Kampung Tanjung Radin lah yang paling saya rasa tenang dan damai. Mungkin disebabkan saya memang lahir di situ. Entahlah… Tetapi bila saya kembali ke sana, perasaan itu cukup terasa.





Penyelesaian Masalah Lipas Dalam Kereta

7 08 2015

Saya pernah menulis Masalah Lipas dalam kereta. dan juga Perangkap Yang Tidak Disangka serta Masalah Lipas Dalam kereta.

 

Akhirnya saya mendapat penyelesaian masalah lipas di dalam kereta saya. Suatu penyelesaian yang saya tak sangka dan amat murah tetapi hasilnya TERBAIK! Alhamdulillah…

lipas6

Perangkap Lipas dan Cicak

Bagaimana ia bertindak?

Dalm set perangkap ini, anda akan mendapat satu kotak untuk diletakkan di tempat sasaran. Di dalam kotak itu sudah diletakkan gam dan diberi satu umpan yang akan menarik perhatian lipas (lihat gambar)

Tak sampai seminit letak

Tak sampai seminit letak

Hasil Hari Pertama

Hasil Hari Pertama

lipas3

Akhirnya, setelah 5 perangkap saya dapat memerangkap kira kira 850 ekor lipas. MasyaAllah banyaknya lipas dalam kereta saya. Sekarang saya cuma pasang untuk pastikan generasi yang baru menetas juga terperangkap.

lipas5

Harganya di Pasaraya Besar cuma RM7.50! Dalam tu ada 5 set.

Cuba lah!