Gambar Anak Menakan Sulung

19 02 2009

Update sikit…

Inilah gambar anak menakan sulung saya yang saya terima dari adik saya, Shaukhi. Rujuk Entri saya semalam.

Cute dan comel !





Alhamdulillah… Tahniah

18 02 2009

Alhamdulillah… Ketika Maghrib tadi, adik saya, Mohamad Shaukhi dikurniakan cahayamata sulung perempuan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah. Nampaknya sama hari lahir dengan adik saya sorang lagi, Shukri. Boleh depa celebrate sekali birthday nanti. Hehehe…

Nampaknya Syasya dah ada saingan. Hehehe… Syasya kena ready dipanggil Kak Long la. Ini bermakna cucu kedua dalam family saya. Dua-dua perempuan. Saya pulak, InsyaAllah jika tiada halangan bulan September nanti. Tak tahulah lelaki ka perempuan tetapi yang paling penting selamat dan sihat semuanya.

Tadi adik memaklumkan anaknya terpaksa ditahan di NICU terlebih dahulu. Apa pun Tahniah… Bertambah meriah raya nanti. Saya pun tak pasti bila nak balik Kedah… Tak sabaq nak tengok anak menakan sulung. Hmmm… Nak bagi hadiah apa ya?





Selamat Hari Lahir

12 11 2008

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada adik saya Mohamad Shaukhi Che Lah yang ke-28.

Shaukhi adalah adik pertama saya (bermakna anak kedua sebab saya sulung). Dulu sewaktu kecil, memang kami macam anjing dan kucing. Hehehe… Kenangan kecik kecik dulu. La ni tak lah macam dulu. Bila dua dua dah berumahtangga dan semakin dewasa.

Buat Shaukhi, semoga berjaya dalam hidup dan jaga Azira baik-baik, maklumlah dah nak dapat anak dah…





My First Digital Camera

22 10 2008

Assalamualaikum…

Sebelum ni, saya selalu tengok orang begitu asyik dengan kamera depa. Dari awai dulu sewaktu kamera biasa hingga ke zaman kamera digital. Saya tak pernah berpeluang memilikinya. Saya bukanlah orang yang rajin bergambar dan suka bergambar. Saya bukannya teruja sangat dengan kamera.

Tetapi wife saya cukup sukakan kamera dan selalu minta saya tangkap gambar pada waktu waktu tertentu sampaikan kena pinjam dari kawan-kawan atau saudara mara. Serba salah jadinya saya.

Balik raya hari tu, beraya di Kedah. Famili saya memang kalau hari raya, bergambar sefamili bukanlah satu kebiasaan. Biasalah orang susah. Hehehe… Dulu abah cuma ada kamera usang yang bila kami beli kodak bubh dan tangkap gambaq, gambaq rosak. Hehehe… Lepas tu Shaukhi yang beli digital kamera barulah bermula sikit minat kepada bidang fotografi ni.

Jadi, saya pun dah plan dengan wife dan Alhamdulillah kami dah pun memiliki sebuah kamera digital baru iaitu Olympus mju 1040. La ni tengah dok explore fungsi-fungsi yang ada. Yang tu saya tugaskan kepada wife saya yang cukup ciwi dengan kamera tu. Hehehe…

My First Digital Camera
My First Digital Camera

Kira ia masih baru lagi dalam pasaran. Keluar dari kilang 25 Ogos 2008 dan masuk pasaran Malaysia September 2008 dan saya beli pertengahan Oktober 2008. Buat masa ini, ia adalah kategori 10 Megapixel yang termurah dalam pasaran untuk kamera yang berjenama.