Terima Kasih Nuffnang & TGV

29 06 2011

Pada hari Lahir saya tempoh hari, saya menerima email ini.

 

Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!

As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you’ve been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed 🙂

Feel free to drop by and collect your passes from the Nuffnang office before 6 July 2011(Wednesday). Our office is open from 9am – 6pm on weekdays (with the exception of public holidays), and is located at;

12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.

You are allowed to appoint a representative to collect the passes on your behalf should you not be able to collect the passes yourself. Do make sure to provide your representative with the email address that you used to register with Nuffnang though, as we will need it as verification of identification upon collection of the passes.

Once again, happy birthday and we hope you enjoy yourselves with the complimentary passes! Don’t forget to give TGV Cinemas a little shoutout for being so awesome if you decide to blog about this birthday surprise 😉

*Terms and conditions apply.
Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.

Jadi saya ambil masa rehat tengahari untuk ke sana. Hmmm… Tengok google maps dan kenal pasti lokasi  tetapi bila sampai saya tersalah haluan. Penat mencari. Bila tanya orang, orang akan jawab tak pernah dengar atau pun depa ingat Jalan Pasar. Tanya lagi pekedai, depa kata, depa cuma tau Jalan Yap Kwan Seng ja. Lastly baru saya teringat yang saya tertukar haluan waktu turun Monorail tu. Lalu saya pusing balik tetapi agak jauh sikit nak pusing melalui Dang Wangi dan Jalan Doraisamy. Last sekali jumpa.

Kena plan dengan wife bila nak pi. Kami bukan kaki wayang, jadi sesekali best jugak…

Terima Kasih Nuffnang & TGV !

Advertisements




Nuffnang Update II

11 02 2009

Saja nak update tentang Nuffnang. Ada juga yang bertanya. Cubalah… Dapat sikit pun tak palah. Lama-lama jadi bukit…

Ni dah masuk minggu ketiga dan dah dapat collect RM6.50 kira oklah tu. Saya target setahun RM100 bolehlah cover duit hosting.

La ni dok cari jalan lagi, macam mana nak tambah bagi jadi lebih banyak. Hehehe… Apa pun bersyukurlah dengan apa yang kita dapat dan dalam masa yang sama berusaha tambah lagi…





Nuffnang Update

2 02 2009

Hmmm… Lihat gambar di bawah

Ni hasilnya, baru seminggu saya join dah dapat RM2.75. Kira ok lah. Kalau anda punyai ramai unique visitor sehari, memang boleh jana sedikit income. Kalau anda ada beribu-ribu unique visitor sehari dan mereka klik banner anda, memang boleh.

Akaun saya walaupun sikit, oklah… Syarat di Nuffnang, selepas akaun cukup RM50 baru boleh tuntut. Cek akan dihantar kepada penama yang didaftarkan. Jadi pastikan anda menggunakan nama yang betul ketika proses pendaftaran Nuffnang.

Selamat Mencuba!





Tutorial Nuffnang

1 02 2009

Pernahkah anda dengar tentang Nuffnang?

Apa itu Nuffnang? Nuffnang ialah sebuah blog yang diasaskan oleh dua anak muda berketurunan Cina yang menyediakan medium pengiklanan kepada blog blog. Lebih kurang begitulah maksudnya.

Contohnya apabila ada pengiklan yang mahu mengiklankan barang mereka, mereka akan memaklumkan kepada Nuffnang dan memberi material tersebut kepada Nuffnang. Jadi para bloggers yang mendaftar dengan Nuffnang dan memasukkan kod nuffnang dalam blog mereka akan dapat melihat iklan tersebut dalam blog mereka.

Sekiranya ada pelawat yang melawat blog anda dan klik pada banner iklan tersebut, ia akan menjana pendapatan kepada anda berdasarkan jenis keahlian anda. Jika anda adalah ahli biasa, satu klik anda akan dapat RM0.15 sahaja. Jika anda adalah ahli gliteratti, anda akan menjana RM0.25 bagi satu klik oleh pengunjung website anda. Untuk mencapai taraf ahli gliteratti, anda haruslah tidak melanggan medium pengiklanan yang lain dalam blog anda seperti adbrite, advertlets, adsense dll.

Contoh yang saya buat anda boleh masuk ke Laman Saiful & Huda dan Laman Back Up Diari Saiful. Kalau ada iklan Nuffnang terpapar, tolonglah klik. Hehehe… Cuma Kadang kala ia tidak terpapar.

Saya lihat ramai dari sahabat bloggers saya yang menggunakan blogspot dan mempunyai jumlah pengunjung yang agak memberansangkan. Jadi, jika anda mahu anda boleh ikuti tutorial ini. Jika ada masalah, InsyaAllah saya akan bantu.

Pertama:-

Layari Laman Nuffnang di www.nuffnang.com.my.

Kedua:-

Sign Up as a Blogger seperti mana yang dalam bulatan pink di atas. (Sila Klik Imej untuk paparan yang lebih jelas)

Ketiga:-

Isikan Maklumat Lengkap. Pastikan nama anda adalah seperti yang tertulis dalam Nombor Kad Pengenalan. Ini penting kerana, ia akan menghantar cek kepada anda atas nama tersebut.

Keempat:-

Tunggu email untuk pengaktifan. Apabila anda terima email tersebut, anda aktifkan akaun nuffnang anda.

Kelima:-

Log in akaun anda pada Laman Nuffnang. Dan Klik pada butang yang berwarna hijau seperti dalam gambar di atas.

Keenam:-

Tambah Blog anda dengan klik pada Butang “Blog Manager”. 

Ketujuh:-

Kemudian, masukkan maklumat blog anda.

Kelapan:-

Tambah Script Nuffnang dalam Blog Anda. Klik pada Butang berwarna hijau seperti dalam gambar di atas. Kemudian Klik Butang “Add Ad”.

Kesembilan:-

Masukkan, kod-kod sumber yang dipaparkan ke dalam blog anda.

Untuk tutorial memasukkan skrip tersebut ke dalam blog anda, anda blog pilih jenis blog anda berdasarkan pilihan yang ada pada Laman Nuffnang tadi (Sila Rujuk Gambar).

Selepas anda masukkan kod skrip tersebut, akan terpapar iklan oleh Nuffnang pada blog anda. Jadi jika ada yang klik, anda akan mendapat ganjarannya. Ada juga pengiklan yang membeli bandwidth anda. Ini biasanya untuk blog yang cukup ramai pengunjung. Yang ni saya dah cuba dan dapat dalam masa 3 bulan RM300. Tapi kesemuanya masuk duit Kelab saya lah kerana saya letakkan pada website kelab saya. Yang personal, baru sahaja setting seperti yang anda lihat screen shot di atas.

Pendapatn bergantung kepada pelawat blog anda yang klik iklan Nuffnang tersbut, jika ramai yang klik, banyaklah pendapatan anda! Seminggu sekali, Nuffnang akan update pendapatan anda. Anda boleh semak menerusi akaun anda di Nuffnang.

Bagaimana? 

Nak cuba? Mudah kan?

Saya akan cuba bantu setakat yang termampu jika anda ada masalah. Sambil sambil menulis, sambil menjana pendapatan!