Derma2u.com

22 03 2017

Saya telah melancarkan portal derma2u.com sebagai satu inisiatif persendirian untuk menjadi salah satu wadah bagi insan insan yang ingin melakukan amal jariah menyumbang kepada pihak yang memerlukan. Juga kepada organisasi yang memerlukan sumbangan dapat memberikan info untuk sumbangan disalurkan.

 

>> Derma2u.com <<<

Saya akan tambah baik lagi portal ini dari semasa ke sama. Mohon sokongan yang lain. Terima kasih

Wassalam

Advertisements




Sumbangan PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM NURUL IHSAN

6 12 2016

 

Assalamualaikum w.t.b. dan Salam Sejahtera,

Yang dihormati saudara/saudari dan muslimin/muslimat yang dirahmati Allah,

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM NURUL IHSAN adalah sebuah rumah penjagaan anak-anak yatim di Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan. Pusat ini amat memerlukan sumbangan derma tuan/puan bagi menguruskan pusat jagaan tersebut. Untuk itu bagi tuan/puan yang berminat untuk berbuat demikian bolehlah menyampaikan wang pos/kiriman wang pos/cek atas nama *TABUNG NURUL IHSAN* di alamat:

 

BENDAHARI NURUL IHSAN,
(ASRAMA KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM)
Kg. Talang Tengah,
31120 Sg. Siput (U),
Perak Darul Ridzuan.

 

atau dikreditkan terus, atau menggunakan perkhidmatan ‘*inter-bank transfer*’ ke akaun CIMB BANK bernombor: *7030173428.*

Turut disertakan bersama dengan email adalah ‘attachment’ surat rayuan sumbangan dan borang sumbangan untuk makluman dan tindakan tuan/puan.

Sebarang kemusykilan sila hubungi

*PENGURUSAN NURUL IHSAN *
*(TEL: 05-5984708 / 019-5774553) *

 

Sekian untuk tuan/puan yang budiman, terima kasih.

 

 

Yang benar,

b/p Bendahari
Jawatankuasa Persatuan Kebajikan
Anak-Anak Yatim NURUL IHSAN

(*Makluman: Email ini adalah salah satu dari beberapa email yang turut sama berusaha mencari dana untuk operasi Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan*).

 

suratnurulihsan





Sumbangan Kepada UKM – Give2UKM

21 11 2016

Sedikit hebahan bagi sesiapa yang ingin beramal dan mempunyai rezeki lebih untuk disumbangkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Memandangkan saya staff UKM, memang saya promosikan perkara ini. Hehehe…

Anda boleh klik link di bawah untuk melakukan sumbangan.

 

>>>Give2UKM<<<

( http://give2ukm.ukm.my/#donate&nbsp;)

 

Terima kasih atas sumbangan anda!

 

Anda boleh menyumbang dengan pelbagai cara (online payment) bermula dari minimum RM5 dan kesemua sumbangan akan digunakan untuk pembangunan UKM.

 

Semoga dirahmati Allah dan dikurniakan rezeki berlipat lipat ganda, InsyaAllah

 

give2ukm





Sumbangan Wakaf Akhirat

26 09 2016

Sumbangan Wakaf Akhirat

Projek Pusat Islam dan Ruang Solat Jumaat (Masjid)

Pusat Perubatan UKM

 

 

Sumbangan boleh disalurkan kepada Ahli JAwatankuasa Surau PPUKM (No. Akaun 8000742634 – CIMB) atas nama Hospital UKM dan sekiranya sumbangan secara internet banking sila nyatakan di Recipient Reference “Masjid PPUKM”. Resit Pengecualian Cukai boleh disediakan bagi mereka yang memerlukan.

 

sumbanganmasjidppukm

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Raja Zuiratun Nur di talian 0391455197/5240/5199 atau Prof. Dato’ Dr. Zainul Rashid – 0193288453 (emel: zainul3883@yahoo.com)