Selamat Hari Raya EidulFitri 1432H

1 09 2011

Alhamdulillah, sekali lagi kita berkesempatan untuk bersua pada bulan Syawal yang mulia ini setelah sebulan berjuang di bulan Ramadhan. Bagi saya peringkat awal Ramadhan bermula dengan baik tetapi pada pertengahannya agak kurang istiqamahnya dan diperbaiki pada penghujung Ramadhan. Nampaknya masih lagi bukan Ramadhan yang terbaik dan harapnya dapat lagi peluang bertemu dengan Ramadhan lagi tahun depan.

Apa pun, saya dengan rendah hati memohon jutaan ampun maaf atas segala kesilapan dan ketelanjuran yang telah saya lakukan sama ada secara sengaja atau tak sengaja. Sesungguhnya kita adalah insan yang lemah dan sentiasa melakukan kesilapan.

Saya juga berdoa agar kita semua dapat meraikan kedatangan Syawal ini dengan penuh kegembiraan dan dalam masa yang sama tidaklah melampaui batas yang telah dianjurkan.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN 





Selamat Hari Raya Eidul Adha

16 11 2010

Pada kesempatan yang terhad ini, saya mengucapkan Selamat hari raya Eidul Adha kepada semua umat Islam. Semoga kita menghayati kembali ibadah korban yang dilaksanakan saban tahun, dan jika melakukan korban, janganlah berniat untuk menunjuk kepada orang lain yang kita melakukan korban kerana hanya Allah sahaja yang tahu sejauhmana keikhlasan seseorang itu di dalam melaksanakan ibadah.

Untuk tahun ini, saya dan keluarga tidak pulang ke kampung kerana keterbatasan bajet yang memerlukan kami berkorban berhari raya jauh dari pangkuan keluarga di Lembah Klang ini. Bulan depan, kami perlu balik lagi dan beberapa perkara yang perlu dilakukan yang memerlukan kos, membuatkan kami terpaksa berhari raya di sini sahaja.

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA!





Terima Kasih

28 09 2010

Alhamdulillah, terima kasih semua yang hadir ke rumah terbuka Aidilfitri saya.

Maaf atas sebarang kekurangan memandangkan ini kali pertama saya anjurkan dan dalam beberapa keadaan saya tak dapat nak kawal semua sewaktu penuh dengan tetamu hingga saya perlu menggunakan dua bilik untuk menampung tetamu yang ramai.

Kepada yang mesej dan telefon tidak dapat hadir, tiada masalah. InsyaAllah di kelapangan yang lain, kita bertemu jua…

Mulanya rasa macam tak akan memenatkan sebab menggunakan catering. Tak perlu memasak cuma pi ambil makanan dan hidangkan. Tetapi rupa-rupanya cukup memenatkan! Dari pagi dah kena ambil makanan mengangkut barang berseorangan tatkala wife menguruskan rumah dengan ‘gangguan’ Syasya dan Syafi.

Bila malam, badan terasa cukup penat dan mata amat mengantuk. keesokan paginya jenuh nak cuci dan angkut pula peralatan. Fuh! Memang memenatkan. Nasib baik saya ambil cuti, jika tidak memang terlena di meja pejabat jadinya.

Apa pun, terima kasih semua dan InsyaAllah jika ada rezeki, saya akan buat lagi…





Selamat Hari Raya Aidilfitri

10 09 2010

Pada kesempatan yang terhad ini, saya sekeluarga memohon ampun maaf zahir dan batin.

Maaf Zahir Batin kepada semua!





Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

20 09 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga...