Tenang

27 01 2011

N05 DUN Tenang.

Jika anda mencari maklumat tentang Pilihanraya Kecil N05 DUN Tenang, maaf ia bukanlah apa yang anda cari kerana saya ingin mencoret sesuatu yang lain dari pilihanraya DUN Tenang yang berkait dengan perkataan “TENANG”. Bagaimanapun, saya ingin mengucapkan selamat mengundi kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang agar bertindak bijak memilih yang terbaik. Pilihlah dari segenap aspek termasuk aspek Kerohanian dan keagamaan yang sebenarnya adalah teras paling utama dan kemudian barulah aspek lain. Bertindaklah dengan bijak!

Kembali kepada apa yang ingin saya coretkan… Kalau tengok falsafah hidup yang saya ingin capai ialah ketenangan hati. Boleh rujuk motto yang ada di atas blog saya iaitu Keredhaan Allah & Ketenangan Hati: Impian Abadi. Jadi, banyak perkara saya akan cuba juruskan kepada dua matlamat tersebut. Ketenangan hati ini bila dipecahkan akan mencakupi banyak aspek dan salah satunya aspek kewangan.

Dalam keadaan semasa, berlakunya pelbagai kenaikan harga barang. Eh bukan kenaikan tetapi penyelarasan :), saya perlu merancang kewangan dengan penuh displin dan teliti. Banyak pembacaan dilakukan disamping menjadualkan semula beberapa aspek kewangan serta cuba menambahkan pendapatan agar kedudukan kewangan keluarga menjadi kukuh sekaligus ia mampu memberikan ketenangan hati kepada saya.

Hidup di kota kosmpolitan ini, ternyata cukup menguji. Kalimah syukur harus sentiasa tersemat di hati ketika kita tidak mampu mencapai beberapa perkara kerana ia adalah penawar. Walaupun kita tidak mendapat apa yang diidamkan tetapi kita wajib bersyukur kerana apa yang kita ada , ada orang lain tak mampu memilikinya. Sebab itulah dalam konsep bersyukur, saya teringat pesan Ustaz dan Ustazah agar melihat orang yang kurang bernasib baik daripada kita. Contohnya bila kita berkereta kita jangan lihat orang yang ada kapal layar/helikopter/jet peribadi tetapi kita lihat orang yang hanya bermotorsikal. Jika kita bermotorsikal, kita jangan lihat orang yang berkereta tetapi melihat orang yang berbasikal. Dan jika kita hanya mampu berbasikal jangan lihat orang yang mampu menggunakan motorsikal tetapi renunglah kepada orang yang hanya mampu berjalan. Jika anda hanya mampu berjalan janganlah pandang kepada orang yang mampu bermotorsikal tetapi pandanglah kepada insan-insan tiada kaki untuk berjalan. Kepada orang yang tiada kaki untuk berjalan janganlah lihat kepada mereka yang ada kaki dan mampu berjalan tetapi lihatlah kepada jasad yang tidak bernyawa yang tidak mampu berjalan. Begitulah seharusnya diterapkan konsep bersyukur terhadap apa yang kita miliki dan kita harus yakin bahawa semakin kita bersyukur, semakin banyak ganjaran yang Allah akan berikan kepada kita. Cuma pesan Ustaz dan Ustazah konsep itu janganlah pula kita terapkan dalam aspek usaha kita kerana sikap cukup dengan apa yang ada tidak akan mengubah diri kita kepada yang lebih baik.

Hmmm… Bila memikirkan ketenangan dari aspek kewangan saya terjumpa sebuah buku yang berjudul,”HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG” tulisan Shamsuddin Kadir di Laman PTS. Proses pembelian secara online cukup mudah dan pantas. Cuma apabila saya terima buku tersebut, saya tidak berkesempatan membacanya. Dua hari lepas setelah hampir sepuluh hari saya terima, saya mula membaca buku tersebut namun saya dapati ada kecacatan iaitu lebihkurang 12 halaman kosong. Lalu saya terus menghantar maklumbalas kepada PTS.

Saya menjangkakan mungkin berlaku kerumitan untuk saya mendapatkan naskhah yang sempurna namun sangkaan saya meleset kerana tidak sampai 30 minit, saya sudah dihubungi oleh pihak PTS dan mereka dengan penuh tanggungjawab meminta maaf dan menawarkan naskhah ganti tanpa sebarang caj! Terima Kasih! Saya sungguh teruja dengan pengalaman khidmat pelanggan yang begitu efektif dan menyenangkan. Jadi saya dengan hati yang gembira mencadangkan anda berurusan dengan pihak PTS. Di bawah saya sertakan sekali email yang saya terima daripada pihak PTS.

Assalamualaikum Tuan Saiful Azrul,

Terima kasih kerana memilih dan membaca buku terbitan kami.

Dengan rasa takzim, kami pohon maaf atas ralat cetakan pada naskah yang diperolehi berkenaan.

Sudah menjadi keutamaan kami untuk mengutamakan kepuasan membaca para pembaca. Namun, atas sebab isu hakcipta, bahagian softcopy tidak dapat kami emelkan. Kami pohon maaf atas kesulitan ini dan juga ralat terhadap buku yang Tuan terima itu.

Sebagai alternatif, kami akan menggantikan naskah yang rosak berkenaan secara percuma, dan kos penghantaran akan ditanggung oleh kami. Untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan logistik ,kami memerlukan maklumat yang berikut;

1. Nama pengirim
2. Nombor untuk dihubungi,
3. Alamat penghantaran, dan
4. judul dan kuantiti buku yang rosak.

Sekali lagi, terima kasih kerana membaca buku-buku terbitan kami. Semoga insiden ini tidak menjejaskan keyakinan Tuan terhadap produk-produk terbitan kami di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Assalamualaikum Tuan Saiful Azrul,

Terima kasih kerana memilih dan membaca buku terbitan kami.

Dengan rasa takzim, kami pohon maaf atas ralat cetakan pada naskah yang diperolehi berkenaan.

Sudah menjadi keutamaan kami untuk mengutamakan kepuasan membaca para pembaca. Namun, atas sebab isu hakcipta, bahagian softcopy tidak dapat kami emelkan. Kami pohon maaf atas kesulitan ini dan juga ralat terhadap buku yang Tuan terima itu.

Sebagai alternatif, kami akan menggantikan naskah yang rosak berkenaan secara percuma, dan kos penghantaran akan ditanggung oleh kami. Untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan logistik ,kami memerlukan maklumat yang berikut;

1. Nama pengirim2. Nombor untuk dihubungi,3. Alamat penghantaran, dan4. judul dan kuantiti buku yang rosak.

Sekali lagi, terima kasih kerana membaca buku-buku terbitan kami. Semoga insiden ini tidak menjejaskan keyakinan Tuan terhadap produk-produk terbitan kami di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Sebenarnya saya pernah hadapi kes lebih kurang begini dua tahun lepas. Pernah saya tulis di sini.





Le Tour De Langkawi (LTDL) 2011

23 01 2011

Hari ini akan bermulanya LTDL 2011 di Langkawi.

Rasa gembira kerana Langkawi kembali dimasukkan ke dalam lokasi jelajah berprestij ini. Jika sebelum ini Langkawi disisihkan walaupun namanya digunakan pada Tajuk Kejohanan, tetapi kini ia kembali dimasukkan ke dalam senarai lokasi jelajah. Alhamdulillah…

Saya pernah menulis tentangnya di sini sebelum ini.

Diharapkan ia dapat berlangsung dengan jayanya!

Untuk Maklumat rasmi LTDL 2011 bolehlah klik Laman Web LTDL 2011.





Tahniah PASKAL TLDM

22 01 2011

Tahniah diucapkan kepada pasukan PASKAL TLDM yang berjaya melakukan misi menyelamat Kapal MT Bunga Laurel (Bunga Laurel tu macam mana?) daripada tawanan Lanun Somalia semalam. BErita-berita tersebut boleh dibaca di sini, sini dan sini. Mungkin sahabat saya Rozeman yang ada pengalaman belayar tahu keadaan genting sebegitu. Nampaknya dengan strategi yang betul, ia dapat dilakukan dengan jayanya.

Pastinya beberapa rakan saya dan juga jiran dalam pasukan TLDM berasa bangga dengan kejayaan ini.

Sebenarnya saya dulu tertanya-tanya mengapa Lanun Somalia ini begitu mengganas dan sukar dibendung. Setelah saya lakukan beberapa pembacaan, dapatlah saya simpulkan ia sebenarnya berpunca dari rasa tidak puas hati segolongan rakyat Somalia ke atas sikap rakus kapitalis yang mengutip kekayaan hasil bumi Somalia tanpa memberikan ganjaran setimpal buat Rakyat Somalia. Atas rasa dendam dan tidak puas hati itulah mereka bertindak balas melalui cara ini.

Ketidakadilan ini, harus dilihat secara serius oleh pihak yang bertanggungjawab (ada ka, pihak yang nak bertanggungjawab?) agar kesejahteraan di rantau itu lebih terjamin.

Apa pun Tahniah buat pasukan PASKAL TLDM kerana membanggakan Negara!

p/s: Teringat kisah wira negara yang menyelamatkan keadaan di Somalia sewaktu Jeneral Farah Aided berkuasa suatu ketika dahulu tetapi apabila difilemkan oleh Hollywood, fakta sebenar diolah seolah-olah Amerika yang menjadi wira….





Anak Tak Sah Taraf

19 01 2011

Ketika dalam pemanduan pulang dari Alor Setar Isnin lepas, saya membuka Kedah FM, saluran radio yang selalu saya buka bila berada nun di utara. Ketika itu waktu lepas Asar dan biasanya ada program berbentuk keagamaan. Tajuk yang dibicarakan ketika itu ialah “Anak Tak Sah Taraf” atau yang selalu orang sebut Anak Luar Nikah.

Anak Tak Sah Taraf ini ialah anak yang terhasil dari penzinaan, bukan dari perkahwinan yang sah atau pun melalui persetubuhan Syubhah.

Banyak yang dikupas oleh penceramah iaitu Ustazah Faridah Ahmad, Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Negeri Kedah. Antaranya orang selalu pandang serong kepada Anak Tak Sah Taraf sedangkan mereka tidak berdosa apa-apa. Yang berdosa ialah ibu bapa mereka. Pandangan serong masyarakat ini adalah SALAH.

Antara lain yang ingin saya sentuh ialah statistik yang beliau kemukakan iaitu setiap 17 minit 17 saat akan lahir seorang anak Tak Sah Taraf. Memang suatu angka yang amat menggerunkan. Menurut beliau lagi lebih kurang 257 000 anak tak sah taraf didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negaran sejak tahun 2000 hingga Julai 2008. Kalau ambik statistik hingga 2010, mungkin lagi banyak.

Kalau ikut statistik tu 257 000 anak bermakna lebih kurang 500 000 orang dah berzina! Itu yang ada hasil dan jika tiada hasil kita anggap sebagai 50% bermakna sudah 1 juta orang berzina di Malaysia dan saya pernah terbaca satu artikel yang membuat unjuran sehingga 2 juta rakyat berzina di Malaysia dengan menganggap kes yang dilaporkan cuma 25%. Jika benar congakan tersebut bermakna ia merupakan suatu fenomena yang amat dahsyat dan kita harus memikirkan jalan penyelesaian yang paling ampuh. Sebenarnya jalan penyelesaiannya sudah pun ada cuma kita sahaja yang tidak menguatkuasakannya.

Perbincangan di Radio Kedah FM pada petang tersebut ternyata banyak memberi input berguna dan juga amaran kepada Masyarakat kita agar kembali kepada jalan yang benar. Sesuatu harus dilakukan…





www.saifulazrul.net

16 01 2011

Untuk makluman, ini hanyalah Laman Back Up www.saifulazrul.net. Jadi untuk maklumat terkini, sila ke www.saifulazrul.net.

Terima Kasih





Selamat Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-83

16 01 2011
Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-83

Daulat Tuanku

Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena  Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Pada hari Ahad, 16 Januari 2011, bersamaan 11 Safar 1432 H

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku

Ikhlas dari Patik Rakyat Negeri Kedah Darulaman…





Kemalangan

14 01 2011

Alhamdulillah saya cuma luka yang amat kecil dan rasa sedikit pedih di tangan dan betis akibat kemalangan baru sebentar tadi.

Kisahnya begini, saya menunggang motorsikal dan melalui lorong yang paling tepi sekali (sebelah kiri). Laluan agak sibuk dan memang agak sukar kalau kita nak menyeberang jalan kerana kenderaan tak putus-putus. Jadi dari laluan bertentangan ada sebuah kereta Kenari yang nak menyeberang jalan. Lalu kereta-kereta di laluan saya memberi laluan tetapi bagi penunggang motorsikal di bahagian tepi sekali memang tak nampak. Tiba-tiba sahaja ada kereta Kenari di depan mata dan saya tidak sempat brek lalu melompat dan motor saya terlanggar kereta Kenari tersebut.

Alhamdulillah saya tak dilanggar motor di belakang dan pemandu Kenari tu terus memecut meninggalkan tempat kejadian. Alhamdulillah motor saya pun OK, cuma calar sedikit. Hmmm… Ni yang membuatkan saya semakin sayang dengan motor ni :). Ini kali keempat saya kemalangan dengan motor saya sekarang ni, HONDA EX5 yang dah berusia 15 tahun.

Apa pun… Alhamdulillah selamat.