Sehari Yang Penuh Cerita

17 06 2010

Sabtu lepas, saya bergerak dari Cameron Highlands ke rumah mertua di Sungai Bakap, Pulau Pinang saya setelah tamatnya kursus pengurusan stress. Setelah mengharungi liku-liku jalan Cameron – Simpang Pulai, saya masuk ke lebuharaya PLUS setelah menghantar sahabat saya Sya’hed di Tol Simpang Pulai. Apabila masuk ke lebuhraya, saya dapati ia cukup sesak tetapi perjalanan masih lagi lancar sambil sesekali menyaksikan beberapa kemalangan yang berlaku lantas saya berdoa agar perjalanan saya selamat sehingga sampai ke destinasi.

Walaupun terasa letih, saya masih lagi tidak mengantuk untuk memandu, jadi saya meneruskan perjalanan ke rumah mertua. Alhamdulillah selamat sampai.

Kemudian selepas Maghrib, saya sudah pun berjanji dengan sahabat saya, Ammar Yasser yang cukup lama saya tidak jumpa untuk menghadiri kenduri perkahwinan beliau di Tanjong di kawasan Lebuh Maqbul. Kali terakhir bertemu ketika graduasi beliau pada 2003. Sebelum bertolak, saya bertanya sama ada ia mengganggu atau tidak memandangkan waktu malam bagi pengantin adalah waktu yang …

Setelah beliau juga beria-ia ingin berjumpa, saya meneruskan perjalanan. Cuma kali ini setelah kereta saya bergerak, bunyi yang agak bising di bahagian bonet depan berterusan. Biasanya sekejap sahaja bunyi bising tersebut. Saya terus bergerak dan selepas melewati tol Bukit Tambun, saya merasakan kelainan pada kereta saya. Tiba-tiba ada bunyi seperti meletup dan kereta saya bergegar seketika. Saya sangka tayar kereta saya meletup tetapi saya lihat, kereta saya masih lagi stabil dan tiada tanda-tanda seperti kereta pecah.

Saya tertanya-tanya, apakah yang berlaku tetapi masih lagi meneruskan perjalanan sambil cuba meneka apa yang berlaku. Tiba-tiba, radio saya terhenti. Saya cuba on kan semula radio tetapi tetap senyap. Aik, apa sudah jadi dan tiba-tiba saya perasan lampu kereta saya tidak menyala. Aik!

Berdebar-debar perasaan saya ketika itu seketika kemudian, saya dapati kereta saya suah tidak berkuasa lagi walaupun saya cuba menekan pedal minyak serapat mungkin. Alamak, apa dah jadi dan dengan pantas saya memberi signal ke kiri dan Alhamdulillah tiada motor di sebelah kiri dan cukup cantik lagi, saya dapat berhenti betul-betul di penghujung pengadang besi PLUS dan ada sedikit kawasan lapang. Alhamdulillah juga, saya sememangnya bergerak di laluan kiri dan kereta di belakang tidak menghentam kereta saya ketika kereta saya sudah tidak berkuasa.

Kemudian, saya cuba menghidupkan enjin namun gagal. Saya syak bateri saya bermasalah. Dalam keadaan yang agak gelap, saya memasang lampu kecemasan. Saya terfikir, kalau lampu kecemasan masih menyala, bateri masih lagi ok. Mungkin masalah lain. Lalu saya melihat kepada punca bunyi bising sebelum ini terus saya lihat tali alternator yang rupa-rupanya putus. Adoi!

Terus, saya berhubung dengan seorang rakan yang abag iparnya merupakan bos PLUS Jawi untuk bantuan PLUS namun usaha saya dan rakan gagal menghubungi abang iparnya. Hmmm… dan tiba-tiba ada seorang lelaki bermotor dari laluan bertentangan melintas dan bertanyakan saya apa masalahnya. Lalu saya memaklumkan bahawa alternator belt putus. Lalu dia menghubungi rakannya seorang mekanik untuk membantu.

Ketika menanti, rakannya tiba, saya terfikir juga tentang suasana yang agak gelap di kawasan tersebut dna cukup risau jika ada motor yang tidak perasan kereta saya dan merempuh kereta saya. Ketika ini baru terfikir tentang alatan kecemasan yang perlu ada. Mujurlah ada lampu suluh hamba Allah tadi. Lalu kami mengawal dengan memberi isyarat kepada motor yang masuk dalam laluan kecemasan agar mengelak dari kami.

Namun, kami nyaris dilanggar!

Yang paling mengejutkan ia dari arah bertentangan. Ada sebuah motor yang melawan arus tetapi bergerak dengan cukup laju hampir melanggar kami. Berdegup kencang jantung saya! Jadi kami lebih berhati-hati. Dan selepas itu rakannya seorang mekanik datang dan melihat masalah kereta saya. Lalu saya maklumkan bahawa alternator belt tu putus.

“Benda ni ta dak nak putuih kalau tak dak pasai!” Kata pomen tersebut.
“Sebelum ni memang agak bising sikit bunyinya tapi sat ja. Lepaih dua tiga minit, dia tak bunyi dah” Kata saya menjelaskan keadaan.

Lalu dia melihat kepada kenderaan saya. Setelah diperiksa, dia mendapati bahawa alternator saya bermasalah. Dia mendapati pusingan pada alternator tersebut amat berat, jadi tali alternator tu tak selari dengan tali di depan lalu akhirnya bila sampai tahap maksimum, ia putus. ┬áBila ia putus, alternator dah tak berfungsi dan sebab itu radio dan lampu kereta saya terjejas. Mujur beliau ada bawak alternator. Terpaksalah saya ganti. Hmmm… Terbang duit…

Ketika itu abang ipar saya sampai memberikan pertolongan dan rakan saya Ammar dah telefon, kenapa tak sampai lagi, lalu saya maklumkan bahawa kereta saya rosak dan dia sanggup menanti cuma, dia nak keluar sekejap ke Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas untuk mengambil barang.

Setelah lama dibaiki, dan bila dah nak siap, barulah kereta peronda PLUS sampai. Tetapi waktu tu semuanya dah selesai.

Lalu, saya perlu ke mesin ATM di tol juru untuk membayar kos pembaikan. Oleh kerana, saya mengguna touch n go, saya agak bermasalah untuk masuk ke kiri jalan yang sibuk untuk ke Stesen Minyak Shell. Saya bergerak dengan perlahan dan apabila mendapat ruang, saya terus pecut untuk ke sebelah kiri tetapi tiba-tiba ada kereta yang melakukan U-Turn di depan saya dan nyaris terlanggar. Alhamdulillah selamat.

Selepas selesaikan pembayaran, saya bergerak dan berhenti untuk menelefon Ammar di hentian R&R Juru. Oleh kerana kereta agak banyak, saya terpaksa berhenti di kawasan yang agak gelap di penghujung R&R tersebut. Kereta saya parking betul-betul di belakang sebuah Proton Iswara yang saya lihat dah lama parkir di situ. Elok sahaja saya parkir di situ, tiba-tiba saya nampak suasana kelam kabut dalam kereta tersebut dan dengan jelas saya nampak sepasang kekasih sedang gelabah memakai pakaian mereka. Ya Rabbi! Tak lama kemudian mereka beredar dengan pantas. Hmmm…

Setelah menelefon Ammar, saya pun bergerak ke rumah beliau, namun saya tersilap jalan apabila termasuk ke Jalan Sungai Pinang. Kemudian saya terus nak pusing balik tetapi sekali lagi tersilap ambil jalan ke Jelutong. Akhirnya saya nak kembali ke jalan menghala Georgetown tetapi saya dihimpit oleh sebuah kereta yang dipandu secara bahaya. Akhirnya saya tersalah masuk lorong di depan TESCO lalu terpaksa berpusing balik menerusi jalan Gelugor/USM. Akhirnya saya sampai juga ke rumah sahabat saya tetapi jam dah 11.45 malam.

Waktu itu, Ammar dan isterinya masih lagi di Kompleks Tabung Haji dan saya dijamu terlebih dahulu oleh orang tua ammar yang memang saya kenali. Terasa begitu lazat setelah bermacam perkara berlaku dan begitu lapar. Hehehe… Alhamdulillah, kira-kira 12.30 malam, Ammar tiba di rumah. Dah lama tak jumpa tetapi saya tak mampu nak berbual lama disebabkan penat dan dah larut malam. Cuma kerinduan untuk bertemu seorang sahabat terubat setelah tujuh tahun tidak bertemu. Ammar kini bertugas di Sarawak, jadi sukar nak jumpa.

Jam 1.15 pagi saya beredar tetapi saya cukup kagum dengan penduduk kawasan tu yang begitu pakar parking kereta dalam keadaan yang amat sempit laluannya. Memang mengkagumkan!

Apa pun, memang hari itu akan saya kenang…

Advertisements




Repair Kereta

30 03 2009

Semalam, saya terpaksa habiskan masa tengahari untuk ke bengkel membaiki kereta. Hmmm… Sambil tu saya check masalah gear yang saya maklumkan sebelum ini, rupa-rupanya bukan gear box yang rosak tetapi pemegang gear tu yang longgar. Nak tukar tapi stok tak ada. Yang tu kena tunggu dulu.

Yang dilakukan semalam:-

1. Tukar Tangki Air Wiper
2. Service Stering (Flush & Add New Oil)
3. Service Aircond
4. Pasang Klip Pelapik Tayar depan
5. Perbetulkan wiring signal kanan
6. dll.

Semua sekali kena RM560 termasuk kos buruh. Hmmm… Terbang lagi duit !





Update: Kereta Rosak

25 03 2009

Hmmm… Saya tempohari memang pening bila fikirkan kereta yang bermasalah. Bab hos bocor, saya tak kisah sangat tapi bab gear yang memeningkan saya. Saya buat survey, kalau rosak gearbox dan tukar baru bagi WAJA adalah lebih kurang RM9K termasuk upah!

Adoi! mana nak cekau sampai RM9K?

Dua malam lepas, saya nak ke Klinik bawak wife medical check up. Sebelum saya start enjin kereta, saya baca Bismillah dan harapkan keajaiban berlaku. Saya teringat cerita seorang kawan tentang seorang lelaki warak yang naik motor tapi tak isi minyak pun sebab minyak motornya tak pernah habis.

Orang kata dia gila tapi orang warak itu kata, dia percaya yang gerakkan motor itu adalah Allah dan bukan minyak. Minyak hanya perantara. Orang warak tu cukup yakin kepada Allah. Memang keimanan orang warak itu sangat kuat hingga beliau tak perlu isi minyak motor. Benar atau tidak cerita tu saya tak pasti tetapi itulah yang diceritakan oleh salah seorang kawan saya.

Saya pulak waktu menghidupkan enjin dan berdoa dalam hati agar ia kembali pulih seperti sedia kala. Saya tanamkan tekad dan Alhamdulillah gear kereta saya berfungsi seperti biasa. Saya cuba lagi dan berjaya. Alhamdulillah…

Mungkin ada something wrong sebelum ni. Saya pun sukar nak jelaskan sebab saya bukan pakar sangat dalam bab kereta ni. semalam saya gunakan ke pejabat pun tiada masalah dah.

Cuma la ni kena perbetulkan hos yang bocor. Bila saya tengok bawah dashboard yang ni yang bocor (rujuk gambar).

Air menitik dari situ…

Masalah ni tak kritikal sangat, cuma tak boleh biar lama sebab takut berkulat kereta nanti…





Masalah Kereta

23 03 2009

Hmmm…

Tengah pening kepala…

Kereta bermasalah…

1. Hos Air cond bocor sampai bertakung air dalam kereta sebelah tempat duduk pemandu.

2. Semalam bila saya di trafik light. Saya masukkan ke Gear ‘N’ dan tarik handbrake.

Untuk makluman kereta saya adalah Proton Waja 1.6 Auto tahun 2001.

Masalah bermula bila lampu hijau. Saya masukkan kembali ke gear ‘D’ lepas turunkan handbrake tetapi tak jalan macam biasa. Jadi saya tarik pulak ke gear ‘3’ baru jalan macam biasa. Bila dah mula jalan, saya tolak semula gear ke ‘D’ dan ia bergerak seperti biasa.

Selepas dari itu, saya kena mula gerak dengan gear ‘3’ bukan ‘D’ seperti kebiasaannya.

Apa masalahnya?

Adakah gear box kereta saya rosak? atau masalah lain?

Thanks atas respon…

Adoi, pening kepala fikirkannya…