Bergembiralah Israel…. Buat Sementara Waktu

4 07 2013

morsi2

Apabila bangun dari tidur pagi tadi, sesudah solat Subuh, saya melayari Internet dan terpaparlah berita berita kejatuhan Kerajaan Islam Mesir akibat rampasan kuasa pihak tentera. Cukup mengganggu emosi apabila sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik dan berpaksikan Islam dijatuhkan sebegitu rupa. Maka bergembiralah Israel meraikannya. Namun awas, ia sebenarnya hanya sementara. Halanglah kebangkitan Islam, ia tidak akan berjaya. Islam pasti akan tetap bangkit. Itu janji Allah!

Apabila menerajui tampuk pemerintahan setelah legasi dikatator Hosni Mubarak, cukup banyak yang dilakukan oleh Dr, Morsi Al-Hafiz untuk mengembalikan sinar Islam di bumi anbiyak itu. Pembukaan semula sempadan di Gaza banyak memberikan ruang kelegaan kepada penduduk Gaza yang dibunuh secara senyap oleh Israel.

Dasar keras terhadap Israel menjadikan negara kejam itu tidak senang duduk. Penentangan terhadap kekejaman Bashar al Asad juga menjadikan Morsi tidak digemari oleh musuh musuh Islam. Mesir memainkan peranan penting dalam hal ehwal Islam seluruh dunia. Parlimen Mesir juga diwakili oleh majoriti para al-Hafiz.

Namun usaha usaha murni itu dicemburui oleh musuh Islam yang mengatur langkah untuk menyekat kebangkitan ini. Morsi digulingkan secara begitu kejam. Presiden pilihan rakyat diketepikan oleh pasukan tentera malah lebih menyedihkan lagi terdapat segolongan ulamak yang merelakan diri mereka diperalatkan sebagai boneka dalam drama ini. Cukup menyedihkan.

Draf perlembagaan Islam yang sedang dirangka kerajaan Morsi digantung. Alasan ekonomi dijadikan alasan utama pengambilalihan sedangkan mereka harus faham, untuk memperbaiki semula kerosakan lebih 30 tahun kerajaan Hosni Mubarak, pastinya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Ia memerlukan sedikit masa. Itu hanya alasan semata-mata.

Morsi kini menjadi tahanan rumah telah berikrar untuk terus berjuang walau terkorban nyawa. Kita berharap beliau dan para pejuang Islam yang lain terus bersabar mengharungi keadaan ini. Ini lah perjuangan. Pahit dan getir sudah pasti manakala kemenangan akan tiba setelah melalui jalan kesabaran yang tinggi.

Umat Islam seharusnya kembali bersatu dan menjadikan kisah ini sebagai iktibar dan teladan buat mengharungi masa hadapan.

morsiApabila berkuasa, legasi pemerintahan Hosni Mubarak masih lagi banyak menguasai media media arus perdana dan sistem kehakiman Mesir. Natijahnya, perjalanan pentadbiran Morsi tidak begitu lancar dan imej imej negatif disebar luas menerusi media untuk membangkitkan sentimen anti Morsi dan Ikhwanul Muslimin. Ditambah pula dengan suntikan halus anasir anasir luar terutamanya Israel dan Amerika, Morsi menjadi mangsa apa yang digelar ‘kebangkitan rakyat’.

Saya sempat melayari berita berita dari media barat yang begitu ‘meraikan’ kejatuhan Morsi. Ternyata itu yang dikehendaki oleh musuh musuh Islam tetapi malangnya masih ramai umat Islam belum dapat memahaminya secara jelas. Apa yang berlaku di Syiria dan Myanmar seharusnya membuka mata kita sebagai seorang Muslim.

Marilah kita sama-sama berdoa dan melakukan solat Hajat serta jika boleh melakukan Qunut Nazilah ketika Solat Jumaat esok untuk memohon kepada Allah agar Islam diberikan tempat yang sepatutnya dan diberikan kemenangan dalam perjuangan.

Janji Allah Pasti! Islam akan kembali bangkit.

Bergembiralah Israel… Buat sementara waktu…

Teruskan perjuangan!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!





Siapa Dr Mohamed Mursi?

4 07 2013

Morsi3MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau  pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/siapa-dr-mohamed-mursi-1.179064 (04/07/2013)





Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 8 Julai Ini

3 07 2013
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) — Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Rabu.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

– Pontian Kecil, Johor;

– Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;

– Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;

– Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;

– Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;

– Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;

Lokasi lain ialah:

– Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;

– Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;

– Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;

– Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;

– Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;

– Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;

– Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;

– Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;

– Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;

– Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;

– Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;

– Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;

– Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;

– Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;

– Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;

– Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;

– Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;

– Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;

– Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;

– Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;

– Menara Kuala Lumpur;

– Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan

– Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

— BERNAMA