Al-Fatihah – Pelakon Nasir Ali meninggal dunia kerana kencing manis

31 10 2008

31/10/2008 4:07pm

Oleh ABD. AZIZ ITAR

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Pelakon teater, drama dan filem yang terkenal dengan watak jahat, Nasir Ali meninggal dunia kerana penyakit kencing manis di kediamannya di Bandar Sri Permaisuri di sini pada pukul 3.45 pagi tadi.

Menurut isteri Allahyarham, Kadariyah Yup, 55, suaminya menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami demam pada awal pagi tadi ekoran penyakit yang dideritainya itu sejak empat tahun lalu.

Allahyarham yang berusia 55 tahun dan berasal dari Taiping dan dibesarkan di Butterworth itu menghidap kencing manis yang serius.

Nasir juga pernah dinasihati oleh doktor agar memotong ibu jari kaki kirinya bagi mengelakkan ia merebak.

“Pada 13 Oktober lalu, arwah telah dibawa ke HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) di Cheras kerana penyakit yang dihidapinya itu. Doktor mencadangkan agar ibu jari kaki kirinya dipotong supaya penyakitnya tidak merebak.

“Tetapi Allahyarham enggan dan keesokan harinya dibenarkan keluar dari hospital tersebut. Sejak saat itu, beliau lebih banyak berehat dan berpantang di rumah,’’ katanya ketika ditemui di kediamannya di Apartmen Cemara di sini.

Jelas Kadariyah, awal pagi tadi, kesihatan Allahyarham yang mempunyai empat orang anak dan dua orang cucu itu semakin tenat apabila keadaan suhu badannya panas menyebabkan beliau menghubungi ambulans.

Kata isteri pelakon yang mempunyai ijazah seni lakonan dari National University of Dramatic Arts, Sydney, Australia pada tahun 1994 itu, beliau sempat membacakan surah Yassin sebelum Allahyarham meninggal dunia.

“Selepas saya habis membacakan surah Yassin di sisinya, suami saya kelihatan diam tanpa berkata apa-apa, tetapi saya melihat air matanya mengalir. Tidak lama selepas itu barulah beliau meninggal dunia,’’ ujarnya.

Allahyarham yang dilahirkan pada 17 Januari 1953 sewaktu hayatnya terkenal sebagai aktivis teater dan merupakan Presiden Grup Teater Arts Kreatif yang ditubuhkannya pada 1989 dengan aktif berlakon serta mengarahkan teater.

Antara teater lakonan dan arahan beliau berjudul Jebat, Orliana, The Three Sister, Mac Back, Konvensyen Gila, Pran, Bus Stop dan Orang-Orang Kecil, selain turut berlakon filem seperti Mekanik, Hingga Hujung Nyawa dan Senario The Movie.

Tambah Kadariyah lagi, sepanjang karier sebagai pelakon, antara kejayaan Allahyarham ialah beliau pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Kurnia pada tahun 1995 dan Esah Swinger (1996).

Malah, Allahyarham juga pernah mengungguli anugerah Pengarah dan Pelakon Teater Terbaik pada 1987 menerusi teater berjudul Pran.

Nasir Ali atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Ali memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater pada tahun 1974 dan Liku-Liku Hidup merupakan teater pertama lakonannya yang dipentaskan di Kompleks Budaya Negara (sekarang dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Drama terbaru lakonan Allahyarham berjudul Alahai Anak Omak dan Kepadamu Kekasih telah menjalani penggambarannya sebelum bulan Ramadan lalu dan ia akan ditayangkan di televisyen tidak lama lagi.

source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm (31/10/2008)

 

Arwah adalah seapartment dengan saya. Saya di tingkat 12, Arwah di tingkat 2. Mula dulu saya ingatkan beliau adalah Z Lokman rupanya Nasir Ali. Saya taklah kenal rapat dengan Arwah, cuma tegur macam tu ja la. Pagi tadi saya bersiap awal untuk ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di DECTAR, UKM dan saya perasan macam ada something berlaku di apartmen saya. Oleh kerana saya pun tak berapa sihat saya just ignore.

Lepas Majlis kira-kira jam 12 tengahari saya terus kembali ke Apartmen dan nampak di surau ramai dengan orang dan ada van jenazah. Saya tak menjenguk pulak sebab dok pening kepala lagi. Last sekali bila balik ke ofis selepas Solat Jumaat, saya terbaca online news memaklumkan berita sedih tersebut.

Teringat last kenangan saya dengan Arwah ialah ketika beliau hampir terlanggar saya. Ketika itu saya tak perasan ada kereta, saya terus nak belok nasib baik saya sempat brek. Arwah pun macam kaget jugak waktu tu. Tu last sekali kira-kira dua bulan lepas kot.

Lepas tu dah lama tak bertembung dengan beliau dah hinggalah dapat news tadi.

Al-Fatihah…

Advertisements




Maaf

31 10 2008

Maaf, saya cuti sakit sepanjang minggu ni. Tak dapat nak update blog seperti biasa. InsyaAllah saya akan update dalam masa terdekat. Banyak cerita yang saya mahu kongsikan bersama. Teruskan membaca!





Apa itu Managed Beans?

23 10 2008

Managed Beans adalah apa sahaja JavaBeans yang digunakan oleh aplikasi yang didaftarkan (registered) dalam fail konfigurasi JSF (faces-confiq.xml). Apabila Aplikasi JSF dimulakan ia akan menghuraikan (parse) fail tersebut dan Beans akan boleh dicapai (available). Apabila Managed Beans dirujuk(Untuk contoh dalam EL Expression sebagai nilai kepada tag atribut komponen – dipanggil sebagai value expression), Managed Bean menyediakan fasiliti menyamakan Bean dengan memanggil default constructor method pada Bean. Jika ada properties yang dinyatakan, ia juga akan termasuk dalam default values yang dinyatakan.

Untuk menjelaskan Managed Bean, anda tambah satu entry dalam Fail Konfigurasi JSF (faces-config.xml) dengan member satu nama yang simbolik yang akan digunakan untuk merujuk dan mengenalpasti class yang akan digunakan untuk instantiate bean. Anda harus menggunakan nama yang simbolik untuk mengenalpasti Bean yang apabila anda perlu untuk merujuk Bean’s Properties dan method. Kerana anda menggunakan nama yang simbolik daripada merujuk terus kepada Bean secara terus, pembentangan (presentation view) akan diasingkan dari logik aplikasi, bermakna anda boleh mengubah model tanpa mengubah paparan (view).

Pada bila-bila masa anda boleh tambah Managed Beans ke dalam fail konfigurasi JSF (faces-config.xml) dengan sama ada mengedit XML secara manual atau pun menerusi Overview Editor untuk konfigurasi fail yang menyediakan creation dialogs dan boleh melayari fitur untuk mendapatkan rujukan fail class  untuk Bean anda.

Ini adalah sedikit yang dapat saya kongsikan bersama sesiapa yang sedang explore Bidang IT ni… La ni saya dok tengah buat research dalam bab-bab ni…





Tersilap Tarikh!

23 10 2008

Malam tadi, lepas ambil anak dan wife saya bergegas kejan depa cepat-cepat suruh bersiap nak pi Stadium tengok Semifinal Malaysia vs Vietnam kat Stadium Bukit Jalil. Wife saya memang tak ready terpaksalah dia cuba cepat. Dengan minyak tak kereta tak isi lagi kenalah isi minyak kereta dulu. Sudah isi minyak jam dah 8.27 malam. Adoi!

Saya try nak cepat tapi sangkut pulak dalam jam kat Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan. Cabaran betoi dengan ramai pengguna jalanraya dok guna jalan macam depa yang buat undang-undang sendiri ja! Sampai kat area Bukit Jalil nak masuk parking, saya tengok yang dok jaga parking tak dak pun. Aik! Tengok awat Stadium gelap ja. Rupanya saya tersilap tarikh. Patutnya malam esok (hari ini). Hahaha… Naya ja. Hehehe… Wife saya dah menjeling tajam dah. Siap bawak bendera Malaysia lagi tu!

Last sekali pi makan ja kat Food court situ. Tapi service memang out! Order bihun sup, langsung tak panas kuah sup tu! Bayangkan wife saya makan tak luak pun. Kesian kat dia. Saya pujuk dia pi tempat lain, dia tak mau. Hmmm… Dah kena banned dah kedai tu dalam list saya lepas ni.

Then terus balik dan rehat sambil dok teman wife tengok TV. Then tidoq…





My First Digital Camera

22 10 2008

Assalamualaikum…

Sebelum ni, saya selalu tengok orang begitu asyik dengan kamera depa. Dari awai dulu sewaktu kamera biasa hingga ke zaman kamera digital. Saya tak pernah berpeluang memilikinya. Saya bukanlah orang yang rajin bergambar dan suka bergambar. Saya bukannya teruja sangat dengan kamera.

Tetapi wife saya cukup sukakan kamera dan selalu minta saya tangkap gambar pada waktu waktu tertentu sampaikan kena pinjam dari kawan-kawan atau saudara mara. Serba salah jadinya saya.

Balik raya hari tu, beraya di Kedah. Famili saya memang kalau hari raya, bergambar sefamili bukanlah satu kebiasaan. Biasalah orang susah. Hehehe… Dulu abah cuma ada kamera usang yang bila kami beli kodak bubh dan tangkap gambaq, gambaq rosak. Hehehe… Lepas tu Shaukhi yang beli digital kamera barulah bermula sikit minat kepada bidang fotografi ni.

Jadi, saya pun dah plan dengan wife dan Alhamdulillah kami dah pun memiliki sebuah kamera digital baru iaitu Olympus mju 1040. La ni tengah dok explore fungsi-fungsi yang ada. Yang tu saya tugaskan kepada wife saya yang cukup ciwi dengan kamera tu. Hehehe…

My First Digital Camera
My First Digital Camera

Kira ia masih baru lagi dalam pasaran. Keluar dari kilang 25 Ogos 2008 dan masuk pasaran Malaysia September 2008 dan saya beli pertengahan Oktober 2008. Buat masa ini, ia adalah kategori 10 Megapixel yang termurah dalam pasaran untuk kamera yang berjenama.





Rezeki

22 10 2008

Assalamualaikum…

Kita buka bicara dengan sepotong kata-kata ini

“No one can predict to what heights you can soar. Even you will not know until you spread your wings!”

Oklah…

Alhamdulillah… Ketika ini rezeki saya melimpah ruah hinggakan saya terasa sedikit takut kerana ia juga adalah ujian-Nya. Sebelum ini memang agak perit berhadapan dengan situasi kewangan yang agak menghimpit apatah lagi hidup di kota kosmopolitan yang cukup mencengkam ditambah pula dengan kenaikan harga barang. Ia ternyata menjadikan saya begitu konservatif dalam pengurusan kewangan. Apa pun Alhamdulillah ia semakin pulih.

Rezeki melimpah ruah pulak la ni. Syukur kepada Allah atas segala kurniaan-Nya. Apa pun saya perlu beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Sentuh bab rezeki, teringat pulak anak saya, Syasya Hana yang sedang mengekori saya sewaktu saya bayar harga makanan yang saya dan famili makan. Tiba-tiba seorang makcik anggota RELA mai bagi duit raya RM10 kat Syasya. Terkedu jugak saya waktu tu. Alhamdulillah rezeki…





Java Server Faces Part 1

16 10 2008

Java Server Faces @ JSF @ Faces merupakan satu standard baru untuk ruangkerja (framework) Java untuk membangunkan antaramuka untuk aplikasi web.

Kelebihan utamanya ialah ia memudahkan pembangunan antaramuka yang biasanya merupakan satu tugas yang cukup sukar untuk dibangunkan dalam aplikasi web.

Bagi sesiapa yang sudah biasa membangunkan antaramuka menggunakan komponen seperti servlet dan Java Server Page (JSP) pasti mengakui hakikat bahawa ia akan berdepan dengan masalah penyelenggaraan (maintenance) dan juga pelbagai masalah lain terutamanya anatarmuka yang kompleks dengan kehendak pengguna.

JSF membantu para pembangun aplikasi web dengan menawarkan satu kaedah pembangunan yang lebih pantas (Robust), dan dibangunkan berdasarkan pengalaman pembangun yang mempunyai banyak pengalaman membangunkan antaramuka dalam aplikasi web.

JSF diilhamkan melalui Java Community Process (JCP) oleh sekumpulan peneraju teknologi yang dianggotai oleh Sun Microsystems, Oracle, Borland, BEA dan IBM serta sekumpulan pakar Java dan pakar pembangun web.

Idea asal untuk membangunkan JSF ini dimulakan pada tahun 2001 di mana Amy Fowler bertindak sebagai peneraju untuk merintis jalan ke arah JSF yang ada kini. Pada tahun 2002 peranan meneraju spesifikasi JSF telah diambilalih oleh Ed Burns dan Craig McClanahan.

JSF direkabentuk untuk memudahkan antaramuka pembangunan aplikasi web java melalui:-

1.   Menyediakan komponen terasing, pembangunan antaramuka web yang bebas client yang memudahkan pembangunan aplikasi web.

<!2.  Memudahkan capaian dan pengurusan data dari antaramuka web pengguna.

<!3. Mengawal antaramuka secara automatik menangani pelbagai permintaan (request) dan pelbagai client secara teratur dan mudah.

<!4.   Menyediakan pelbagai ruangkerja (framework) yang mesra untuk pelbagai latar dan kemahiran pembangun.

Selain daripada itu ia juga menggabungkan pelbagai elemen yang dikutip dari pengalaman pembangun kepada satu standard pembangunan antaramuka aplikasi web yang komprehensif. Lebih menarik ia langsung tidak menjejaskan pembangunan aplikasi.

Hmmm… Saya la ni dok sibuk explore Jdev11G Release 1. So saya nak review balik, saya tulis semula input yang saya baca menerusi The Complete Reference Java Server Faces oleh Chris Schalk dan Ed Burns Terbitan McGraw Hill.

Selamat Menambah ilmu!