Tahniah Sayang

28 02 2009

Alhamdulillah, isteri saya sudah diperakukan untuk jawatn tetap. Maknanya interview di Putrajaya tempohari berjaya. Alhamdulillah…

Semoga selepas ini dapat mendidik lebih ramai anak nusa berjaya di dunia dan akhirat, InsyaAllah…

Tahniah sayang…





Selamat Hari Lahir Sayang

25 12 2008

Hari ni 25 Disember 2008.

Jatuhnya hari Krismas tetapi ia istimewa untuk isteri saya kerana ia merupakan hari ulangtahunnya yang ke-26. Siap dia boleh melawak lagi yang birthday beliau, beliau beri cuti kepada satu dunia. Hehehe…

birthday26huda

Selamat Hari Lahir Sayang. Tak banyak yang dapat saya berikan. Cuma sebuah telefon bimbit Philips 392 sahaja yang dapat saya hadiahkan dan juga sebuah kek Secret Recipee yang beliau amat gemari.

Syasya pun berjaga sampai detik 12 tengah malam. Selepas doa ringkas terus Syasya yang paling excited nak tiup lilin. Macam birthday dia pulak. Satu lagi, dia pun pandai nyanyi lagu “Happy Birthday”. Ni mesti dari kartun Magic English yang dia dok selalu tengok.

syasyajaga

Selamat Hari Lahir Sayang…

Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki dan dipereratkan kasih dalam Keberkatan dan Keredhaan Allah, InsyaAllah…





Tahniah Sayang

24 11 2008

Alhamdulillah,  18 November lalu, isteri saya yang tersayang selamat berkonvokesyen bagi Kursus KPLI JQAF Ambilan Januari 2007 dan memperolehi keputusan Cemerlang. Alhamdulillah segala kesibukan yang dilalui kini berkurang sedikit. Kalau tidak, cuti sekolah ja memang kena masuk Maktab. Hari Sekolah memang kena mengajaq. Tu tak termasuk kena berkursus lagi. edit-konvo-copy

Memang banyak cabaran yang harus dilalui dan kadang kala memang rasa cukup perit tetapi segalanya berbaloi dengan segulung sijil yang dikecapi. Untuk berjaya, bukan sedikit pengorbanan yang harus dilalui. Semuanya harus ditempuhi dengan penuh ketabahan.

Sekarang tumpuan lebih banyak boleh diberikan kepada mendidik anak bangsa dan keluarga. Alhamdulillah Tahniah dari abang. Teruskan kejayaan dalam pengajaran pulak!

Semoga menjadi seorang Pendidik yang Berdedikasi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara, InsyaAllah…

Abang doakan…