Selamat Hari Lahir Mak

30 06 2011

Alhamdulillah hari ini jatuh hari Lahir Mak yang ke-55.

Semoga dilimpahkan kesihatan berpanjangan, keberkatan rezeki, kegembiraan hidup dan ketenangan dunia akhirat.

Terima Kasih mak atas segalanya.

p/s: Syasya tanya bila nak mai rumah?





Sambutan Hari Lahir ke-31

12 06 2011

Sedikit sambungan bab hari Lahir. Alhamdulillah saya sempat samb tetapi lebih awal disebabkan pada 06 Jun malam ada perlawanan Liga Super antara Kedah dan Felda United di Stadium MBPJ. Dan lebih bermakna apabila Kedah berjaya menewaskan Felda United 2-1.

 

[nggallery id=4]





Alhamdulillah… Genap 31

6 06 2011

Alhamdulillah, hari ini genap 31 tahun umur saya. Semakin dipanjat usia walaupun ada yang kata masih muda. Hehehe… Tetapi anak dah tiga, jadi kena sentiasa beringat. Masih banyak perkara yang perlu dicapai dan masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan.

Terima kasih sayang iaitu isteri saya yang menghadiahkan Nano Can sempena hari lahir saya yang ke-31 ini.

Apa itu Nano Can?

Nano Water Can adalah sejenis bekas air berteknologi Nano dan F.I.R (Pancaran Infra Merah jauh) Yang mampu memecahkan molekul air hingga ke skala terhalus. Ia membolehkan air tersebut ia diserap dengan lebih cepat oleh badan kita. Bekas Nano Water Can yang ringan dan tidak berkarat dihasilkan dari Titanium dan Stainless Stell. Air ini juga boleh menghilangkan rasa ngantuk, keletihan dan sengal-sengal badan dan

Nano Water Can ini membantu Meningkatkan:

-Sistem metabolisma tubuh dan Peredaran darah. Tubuh akan lebih sihat, terasa segar dan aktif.

-Sistem hormon, Saraf, otot dan tulang. Boleh membuat kulit lebih halus. Penampilan lebih cantik dan awet muda

-Sistem Pertumbuhan janin dan produksi. Mempercepatkan proses pembuangan toksin dalam badan.

Beberapa keistimewaan Dan Manafaat F.I.R Untuk BadanF.I.R Sama dengan cahaya tetapi mampu dipancarkan terus kepada Objek. Membuat Pengaturan semula molekul air.F.I.R mempunyai daya resapan yang sangat kuat, mampu meresap jauh ke dalam jaringan di bawah kulit manusia, menghangatkan tubuh badan dari dalam dan mengaktifkan sel-sel. Melancarkan peredaran darah, menghasilkan Stamina tubuh dan menghancurkan bakteria dan Virus.

Apa faeadahnya?Untuk pengetahuan anda sepanjang produk kesihatan anda perlu berulang-ulang beli dan beli. Tetapi dengan Nano Water Can iatiada tarikh luput, boleh diguna seumur hidupbekasnya tiada karat. Warranty seumur hidup iaitu jikalau kemek boleh ganti kecuali penutup sahaja tidak boleh diganti.

Cara penggunaannya adalah dengan memasukkan air suam kedalam Nano Can tersebut dan biarkan selama 2 minit atau biarkan sahaja. Setelah itu air terbut boleh diminum direct pada bekas tersebut atau dituang kedalam bekas lain. Peringatan. Nano Can ini tidak boleh dimasukkan air lain iaitu berperisa iaitu gula atau garam. INi adalah kerana ia akan merosakkan bekas tersebut.

Terima Kasih Sayang atas hadiah ini…





Selamat Hari Lahir

18 02 2011

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada adik saya, Mohd Shukri dan juga anak saudara saya iaitu Irdina Qasrina mohd Shaukhi atas ulangtahun kelahiran hari ini.

Semoga panjang umur, murah rezeki, InsyaAllah…

p/s: InsyaAllah, saya akan kembali update blog ni setelah menghadapi jadual yang amat padat…





Selamat Hari Lahir Adik Din

26 12 2010

Selang sehari ja dengan isteri saya, hari ni hari lahir adik bongsu saya pulak. Selamat Hari Lahir buat Adik Din. Moga dapat buat yang terbaik dalam pengajian. Kena rajin belajaq. Jangan dok malas-malas. Dah besaq dah. Dah nak kahwin dah tak lama lagi…

Semoga panjang umur dan murah rezeki, InsyaAllah…





Selamat Hari Lahir Sayang

25 12 2010

Selamat Hari Lahir Sayang !

Selamat Hari Lahir Sayang

Dari Saiful-Syasya-Syafi-Syaza

Terima Kasih atas segalanya dan melahirkan zuriat kita. Hanya hadiah tak seberapa ini yang mampu abang hadiahkan untuk kali ini…

Nokia C3

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG KHAS BUAT ISTERIKU TERCINTA…





Happy Birthday My Wife In Advance

18 12 2010

Disebabkan isteri saya menjangkakan yang beliau akan bersalin dalam masa yang terdekat, saya cuma sempat meraikan hari lahirnya dalam keadaan serba sederhana dan memenuhkan keinginan beliau nak makan Kek Secret Recipe. Hari lahir isteri saya ialah pada 25 Disember.

[nggallery id=3]

Selamat Hari Lahir Sayang !