Aduhai Keretaku!

31 12 2008

Bersambung dari Entry Salah Sangka sebelum ni.

Bila habis urusan dengan JPJ, dapat call rupanya dari wife saya.

“Abang, kereta abang bocor, keluar air banyak ni. Macam mana ni?”
“Ha! Aik, macam mana boleh bocor?” 

“Mai la lekas tengok kat pondok pengawal ni”
“Semalam check Ok ja”

“sayang terlanggar divider kat Pondok Pengawal ni,” Kata wife saya dalam nada paling lembut.

“Adoi!” Dalam hati saya… Kena cepat pi sana. Nasib baik JPJ depan rumah ja, kalau tidak lagi kelam kabut. Terus saya berjalan dan membayangkan kereta saya dah kemek dan pecah sana sini.

Elok sahaja saya sampai, tengok kereta saya ok lagi. Nasib baik tak teruk, cuma tangki air wiper sahaja yang bocor. Nasib baik juga pengawal ni pandai bab kereta dan tolong check sama ada radiator saya turut bocor atau tidak. Alhamdulilah cuma tangki air wiper sahaja yang bocor.

Nak marah pun tak boleh, sebab wife saya baru dapat lesen. Nak kena bagi dia confident dan belajar biasakan diri dengan jalanraya. Last week memang silap saya sebab agak risau bila lihat cara pemanduan wife. Maklumlah baru dapat lesen minggu lepas. Silap saya jugak bila bertindak begitu sampai wife sedikit terasa. Lepas tu dah dua kali ke sekolah, saya dah rasa cukup confident.

Bila jadi macam ni saya tak boleh nak kata apa. Kena bagi peluang. Macam sahabat saya Sufri kata, “Kereta Waja tu besar, dia kecik. Jadi dia rasa macam kereta tu bawak dia. Kalau dia naik kancil, baru dia rasa dia bawak kereta sebab sesuai dengan dia.”

Memang benar apa yang Sufri ungkapkan. Apa pun lepas ni kena siap duit nak repair. Maybe 01 Januari 2009 akan dibuka dengan terbangnya duit kepada mekanik. Hehehe…

Sebelum tu, saya nak tayang keadaan kereta saya sewaktu raya tahun lepas. Saya eksiden masa tu… La ni dah ketuk dan ok dah…

keretaeksiden

Bila ada masa nanti saya akan cerita tentang eksiden ni.

Advertisements




Salah Sangka

31 12 2008

Semalam, saya memang dah bercadnag nak renew Lesen memandu saya. Seingat saya mati pada 30 Disember. Saya pun tak begitu ambil peduli sangat. Sekali bila di pejabat saya perhatikan, rupanya Lesen saya tamat pada 29 Disember 2008! Alamak!

Silap rupanya. Nak tak nak kena segera ke JPJ di Bandar Sri Permaisuri yang kebetulan depan sahaja Apartmen saya. Saya turun dari pejabat dengan penuh debar mengharapkan tiada road block oleh Polis atau JPJ memandangkan Lesen Memandu saya dah tamat. Memang berdebar tetapi saya yakin laluan saya memang jarang ada polis trafik lakukan road block.

Saya pun terus menyusuri laluan di Tasik Permaisuri dan secara tiba-tiba penglihatan saya tertumpu kepada dua lelaki berpakaian seragam Polis Trafik. Alamak! Waktu macam ni lah depa nak ada. Saya berdoa macam-macam dalam hati sambil memikirkan alasan-alasan yang dikira munasabah untuk diberi. Hehehe… Kecut perut.

Saya pun terus lalu melewati mereka yang menahan seorang penunggang motorsikal untuk pemeriksaan. Gelabah jugak sebab nombor plate motor saya pecah. Kalau depa nak saman yang tu pun boleh. Adoi! Saya buat seperti biasa dan terus menunggang motor hingga ke pejabat JPJ.

Alhamdulillah rasanya dah selamat. Tu la cuai lagi. Hehehe…

Bila sampai di JPJ kena tunggu 43 pelanggan baru boleh saya berurusan. Elok sahaja sampai giliran saya, dengan confident saya serahkan Mykad saya dan wang RM30 kepada satf JPJ bertugas di kaunter 6. Hmmm… Terkejut staf tersebut.

“Encik Nak buat apa?”
“Renew Lesen,” jawab saya selamba.
“Kita tak Renew Lesen guna Mykad Encik”
“Saya dah guna Mykad ni sebagai lesen saya. Saya dah update dengan Jabatan Pendaftaran Negara maklumat Lesen saya dalam Mykad saya ni,” Jawab saya sambil tercengang.

“Tak Encik, kalau nak renew kita masih perlukan slip dan Lesen memandu biasa. Untuk Mykad, saya cuma updatekan maklumat ke dalamnya,” Terang beliau.

“Oh begitu ka? Nasib baik saya tak buang lagi Lesen saya yang lama tu,” Kata saya sambil menghulurkan lesen Memandu saya.

Adoi… Saya ingat bila dah pakai Mykad, terus guna Mykad di mana-mana sahaja. Dah silap rupanya saya ni… Nasib baik saya masih simpan Kad Lesen Memandu Lama. Kalau tidka dah plan nak bagi Syasya main. hehehe…

Kemudian dapat satu call… Jeng… Bersambung dalam Entry lain pulak. Hehehe…





Gaza, Palestine Disember 2008: Ulangan Kisah Sabra dan Shatila

30 12 2008

Saat saya menulis catatan ini ia sudah begitu lambat sebenarnya bagi saya sebagai respon atas pembunuhan kejam saudara kita di Palestine. Mungkin ia adalah cubaan untuk melakukan pembunuhan etnik sekaligus meluaskan lagi wilayah haram Israel.

Mengapa Israel begitu berani? Jawapannya mudah, ia disebabkan negara Islam masih lagi terperangkap dalam kelompok Asabiyah yang menebal. Pendek kata, Umat Islam tidak bersatu padu. Masing masing dengan kepentingan sendiri. 

Jika ditilik pada sudut geografi, kita boleh lihat betapa Israel cuma sebuah negara kecil yang dikelilingi oleh negara-negara Islam tetapi yang besar sudah jadi Pengecut! Apabila Umat Islam berpecah belah dan tidak bersatu, ini antara musibah yang perlu ditanggung.

Israel sudah mendapat pengalaman dari kisah Sabra dan Shatila kira-kira gaza126 tahun lepas. Mereka cukup yakin bahawa mereka tidak akan disanggah oleh kuasa-kuasa besar, cuma suara-suara kecil sahaja yang akan terkehadapan melaung bantahan. Itu pun tidak sepadu mana. Tidak sehebat mana. Apa Umat Islam seluruh dunia boleh buat? Hahaha… Mungkin itu yang dikertawakan oleh pemimpin Israel.

Mereka melihat Hamas sebagai satu entiti yang harus dibendung. Mereka tidak mahu kebangkitan yang disemarakkan oleh Hamas terus meresapi sanubari setiap warga Palestin. Mereka menggunakan alasan Hamas sebagai cara menghalalkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Mereka berkomplot dengan Fatah yang mudah disogok dengan habuan dunia.

gaza3

Lihatlah bagaimana jika tidak ada perpaduan di kalangan Umat Islam, kita akan mudah dirobek-robekkan. Tambah buruk jika kita hanya sekadar melihat begitu sahaja saudara kita dibunuh sebebasnya! Langsung tidak terasa dalam hati kita kesengsaraan yang dirasa oleh saudara kita. Saudara apakah kita ini?

gaza2

Sekurang-kurangnya kita harus melakukan sesuatu tidak kiralah dengan apa cara sekalipun sedaya yang kita mampu. Tak ramai yang prihatin dengan situasi ini. Kalau ada akhbar pun, berita saudara kita yang bermandi darah di Palestine akan ditinggalkan, lebih lagi kita menjenguk ruangan Hiburan untuk mengetahui gossip gossip artis.

PALESTINIANS-ISRAELApakah apabila melihat suadara kita dibunuh kejam, kanak-kanak dan wanita tidak berdosa dihujani peluru ia langsung tidak merenggut hati kita yang paling kecil? Kadangkala saya terasa malu kepada mereka yang bukan Islam tetapi mempunyai rasa dan tindakan yang lebih bermakna daripada kita. Saya masih belum habis membaca Buku “Dari Beirut Ke Jerusalem: Sebuah kisah benar” tulisan Dr. Ang Swee Chai tetapi secara peribadi, saya berasa begitu malu dengan beliau yang jauh lebih terkehadapan membantu saudara kita di sana.

Seperti yang kita sudah jangka US di bawah pimpinan George W Bush sudah pasti berlembut dengan tindakan Israel. gaza5Itu sudah digambarkan oleh jurucakap White House dan Obama pula bila diasak wartawan tentang pendapatnya, ia terus mengalihkannya kepada pentadbiran Bush. Kalau dilihat dari respon awal Obama, rasanya tiga minggu lagi setelah beliau memasuki White House, polisi Amerika di Timur Tengah nampaknya tidak jauh berubah. Seperti sebuah harapan palsu yang dijelmakan beliau. Mungkin ramai yang meminati Obama tetapi pada saya, saya tetap prejudis terhadap beliau apatah lagi melihatkan betapa janji beliau kepada pelobi Yahudi semasa kempen beliau.

gaza7

Kembali kepada Isu di Gaza, ketika ini berlangsung sidang pemimpin teluk di Muscat, Oman. Saya sudah boleh menjangkakan apa yang bakal mereka simpulkan. gaza81Setakat mengutuk keras kematian lebih 350 warga palestin tanpa ada tindakan konkrit. Beranikah negara-negara Arab mencantas hubungan diplomatik dan lain-lain dengan Israel? Ia sekadar kenyataan untuk mengabui rakyat mereka. Sekadar kenyataan untuk melepaskan diri. Sebab itu Muammar Gadafi melabelkan pemimpin pemimpin Arab sebagai pengecut!

Saudara-saudaraku sekalian, marilah kita menginsafi setiap apa yang terjadi agar kita mampu menggerakkan dunia. Israel cuma secebis sahaja dalam dunia ini tapi mempu menggoncang dunia kerana mereka bersatu padu dan membudayakan ilmu.

Mungkin perjalanan kita akan memakan masa yang lama untuk sampai ke matlamat yang dihajati tetapi adalah malang bagi kita jika sekadar berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa.

Ulangan kisah Sabra dan Shatila mengakhiri Akhir dan Awal Tahun Hijrah! Sesungguhnya ia cukup menyedihkan…

gaza121





Keputusan Pakaian Beragam

30 12 2008

syasya1

Hmmm… Nampaknya ada yang lebih baik daripada syasya2Syasya dalam pertandingan pakaian beragam kelmarin. Semuanya dah ok cuma ada yang sama konsep dengan Syasya iaitu bertemakan ‘Angel‘. Dan pesaing Syasya pula lebih lengkap dari segi costume di mana pesaing Syasya memakai pakain lengkap siap bergincu dan boh pipi merah lagi. Hehehe…

syasya3syasya4

Syasya kalau boh gincu sat ja hilang. Apa pun bukannya kemenangan yang dicari. Cuma nak bina keyakinan diri Syasya bila berhadapan dengan orang ramai dan keyakinan untuk dia mencuba.

syasya91

Kalau ikutkan Syasya adalah peserta kedua termuda dalam pertandingan kali ni. Baru dua tahun dan dari segi fizikal pun nampak Syasya antara paling kecil. Hmmm… syasya5Syasya pun nampaknya enjoy cuma awal-awal tu Syasya kaku sikit sebab baru bangun tidur, bila dah cergas, memang susah nak control. Hehehe…

InsyaAllah nanti Umi dan Walid akan beri Syasya lebih banyak pendedahan lagi dalam pelbagai bidang. Kita akan cuba lagi! Apa pun Tahniah Umi dan Walid ucapkan kepada Syasya yang cukup sporting…

Hari keluarga Apartmen semalam memang meriah walaupun sambutan sederhana sahaja tetapi memang sudah cukup. Saya pulak tidaklah begitu aktif dalam Persatuan Penduduk kerana saya plan berpindah ke kediaman baru pada pertengahan tahun depan. InsyaAllah di rumah tetap, saya akan aktif sebagai ahli persatuan penduduk.

syasya6

Majlis ditutup oleh Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pelajaran Bandar Tun Razak. Mr. YK Chew yang turut menyumbang RM1k kepada Persatuan Penduduk.

syasya10

Syasya… Next time we will try again!





Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430

29 12 2008
maalhijrah1430

Credit to iluvislam.com





Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430

29 12 2008
maalhijrah1430

Credit to iluvislam.com





Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1430

29 12 2008
maalhijrah1430

Credit to iluvislam.com