Lewat

10 02 2009

Hmmm… Pagi ni saya dah turun awal untuk ke pejabat tetapi bila tengok keadaan motor yang tak guna double stand, saya dah agak ada masalah sebab malam tadi hujan lebat. Saya memang gunakan double stand tapi rasanya ada yang ubah sebab nak keluar kot. Tempat parking motor di Apartmen saya memang sesak, jadi perkara biasalah kalau alihakn motor orang nak keluar.

Cuma bila pakai tongkat biasa, air akan masuk dalam kerburetor. Adoi, memang ambik masa sebab air dah bercampur dengan minyak. Kalau ada pemutar skru, saya senang ja nak buang air tu tapi dengan Syasya lagi, memang payah. Saya ambik masa 20 minit nak panaskan semula enjin. Lepas 20 minit baru semuanya jadi OK.

Saya dah tanya pomen dan dimaklumkan ni memang masalah biasa Honda EX5 lama. Apa nak buat motor tu dah berjasa banyak dah. Keluaran tahun 1996 lagi dan masuk tahun ni dah cecah 13 tahun dah usianya!

Last sekali sampai lewat ke pejabat walaupun hanya 7 minit lewat!





Lewat

23 01 2009

Kebelakangan ni, saya beberapa kali lewat ke pejabat. Hmmm… Semuanya gara-gara nak kena hantar Syasya ke Tadika dulu. Kalau dulu 7.45 gerak dari rumah, sebelum pukul 8 dah sampai pejabat dah. Rileks ja. Tapi kali ni bila Syasya dah masuk tadika, keadaan jadi kelam kabut. Walaupun keluar jam 7.30 pagi, tapi agak susah sebab Syasya nak main-main dulu sebelum masuk kelas. Adoi!

Ada sekali tu, dia nak jalan-jalan dulu dekat kedai-kedai dekat tadika dia baru dia nak masuk tadika. Yang tu waktu awal dulu. Sekarang ni dia nak naik motor duduk di belakang! Kalau dah besar saya benarkan tapi memandangkan usianya baru dua tahun lima bulan, lebih baik duduk di hadapan agar mudah saya kawal. Selalu sangat dia minta nak duduk belakang, nak pujuk dia satu hal yang mengambil masa.

Apa pun dia memang suka ke Tadika. Alhamdulillah… 

Cuma tadika dia mula jam 9 pagi. Dan tadika dibuka dalam jam 7.30 pagi. Kalau cikgu-cikgu dia lewat, maknanya sampailah saya lewat ke pejabat. Lewat ke pejabat pun selalunya still terkawal, sebab selalunya bawah  5 minit tapi rasa macam tak best.

Rasa macam nak kena awal lagi tapi Syasya satu ja masalahnya, nak bangun pagi agak liat. Kesian pulak nak gerak anak semuda itu awal-awal pada ketika dia perlukan tidur yang cukup. Jalan yang saya nampak ialah nak kena ajak dia tidur awal. Tapi masalahnya, saya dan isteri memang ada kerja yang perlu disiapkan sebelum tidur. Jadi kalau kami tak tidur lagi, dia pun sama lah kecuali di terlalu penat.

Apa pun, saya kena fikir jalan lain agar win win situation saya dan Syasya…





Lewat

28 11 2008

Hmmm… Malam tadi terasa sakit belakang. Bila tidoq rasa macam tak selesa. Terjaga pulak waktu sebelum Subuh. Mandi dan kemudian solat Subuh dahulu. Selepas solat terus sambung tidoq. Kunci jam 7.15 pagi sebab hari ni tak cuti. Selalunya saya akan bertolak dalam jam 7.45 dari rumah dan biasanya akan sampai dalam jam 7.55-8.00 ke pejabat kecuali kalau ada apa-apa perkara kecil maybe akan terlewat dalam 2-3 minit. Contohnya kalau Lif lambat sangat.

Tadi, saya seperti biasa bertolak dalam 7.45 pagi, saya bawak motor pun rileks sahaja. Di lampu isyarat berhampiran Plaza Dwitasik tu, saya tersangkut. Macam biasa tunggu ja lah. Elok hijau ja terus saya pecut tapi nampak kon kon, mulanya ingat depa dah tak bagi staff di Plaza Dwitasik parking di situ tapi bila jengok lagi ke depan, rupanya jalan ditutup! Kena buat U-turn. Adoi!

Kena lalu jalan satu lagi. Memang dah diagak jalan agak sesak sebab satu laluan tu ja.  Saya lalu ikut jalan belakang Tasik Permaisuri barulah ternampak dari situ papan makluman Jalan ditutup sehingga 16 Jan 2009. Lama tu! Tinggal satu jalan ja la ni. Jalan lain ada tapi jauh.

Hmmm… Last sekali terlewat 15 minit ke pejabat. Sangkut kat Lampu Isyarat yang asyik merah ja. Adoi. Hmmm… Lepas ni kalau waktu hujan lebat, saya kena cari alternatif jalan untuk balik rumah dari Bandar Tun Razak sebab jalan yang boleh dilalui la ni selalunya tenggelam bila hujan lebat. Hmmm… Untuk tempoh dua bulan ni kena lah lalui lagi pun dengarnya nak buat lencongan jalan yang lebih selesa di situ…