Safirul Pulak Dah!

21 05 2017

Alhamdulillah sekali lagi saya diundang ke Scoreboard Extra Time TV9 untuk membicarakan perihal perlawanan Akhir Piala FA 2017 di antara Kedah menentang Pahang. (Kedah Menang 3-2!) 

Terima kasih kepada pengurusan Media Prima Berhad terutama Tabah Syazwan yang memberi ruang dan peluang kepada saya bergandingan dengan Saudara Rezal Zamberi Yahya yang kini menjadi Timbalan Presiden PFAM.

Yang menjadi usikan kawan kawan ialah nama saya dipanggil Safirul pulak. Hehehe… Gara gara sedikit kesilapan komunikasi dengan krew tetapi itu cuma perkara kecil. Yang penting apa yang hendak disampaikan dapat disampaikan dan lebih penting, KEDAH JUARA LAGI šŸ™‚





Saya Di Media

20 11 2016

Alhamdulillah, apabila Kedah layak ke Final Piala Malaysia, mencurah curah permintaan untuk tampil di Media media bagi menghangatkan lagi suasana Final Piala Malaysia 2016 dan Alhamdulillah, Kedah berjaya menjulang Kejuaraan buat kali kelima!

juarapialamalaysia2016

KEDAH JUARA PIALA MALAYSIA 2016

 

scoreboard17092016

Scoreboard Extratime TV9 17/10/2016

mhi28102016

MHI TV3 28/10/2016

astroawani28102016

Astro Awani 28/10/2016

scoreboard14112016

Scoreboard Extratime TV9 14/11/2016 (Mengulas AFF Cup 2016)