Salah Sangka

18 07 2009

Malam tadi selepas main futsal bersama rakan, saya terus ke Pusat Komuniti Bandar Tun Razak untuk makan malam bersama keluarga. Selepas menjamah makanan, kami sekeluarga terus pulang dan ketika sampai di rumah, saya lihat ada dua missed call pada telefon bimbit saya.

Bila dibelek, rupanya rakan sekolah lama, rakan perempuan. Saya memang kenal dan baru sahaja berSMS minggu lepas sewaktu seorang lagi rakan sekolah yang ayahnya terpaksa dimasukkan di salah sebuah wad di tempat saya bekerja. Kebetulan rakan perempuan saya ini bertugas sebagai jururawat dan saya bertanyakan kepadanya wad beliau bertugas kerana mungkin boleh membantu rakan saya yang ayahnya dimasukkan ke wad.

Kebetulan dalam mesej tersebut, saya sentuh tentang seorang rakan sekolah yang menjadi doktor di tempat kerja saya.

Selepas mandi, terus saya telefon semula rakan saya tersebut lalu beliau berkata suaminya mahu bercakap dengan saya.

Alamak! Seram sejuk jugak saya dibuatnya! Saya pun tiada masalah dan terus bercakap dengan suaminya.

“Assalamualaikum,” sapa suaminya.
“Wa’alaikumussalam,” balas saya.
“Siapa Saiful sebenarnya?” Gulp! Saya dah mula syak sesuatu.
“Siapa macam mana tu?” Balas saya
“Hubungan Saiful dengan *****?”

“Oh, ***** adalah rakan sekolah saya kat MRSM dahulu. Dia kelas sebelah saya,”
“Ooo… Begitu,” Kata suaminya.
“Kebetulan, saya satu tempat kerja dengan *****, Boleh lah datang ke pejabat saya kalau ada apa-apa, InsyaAllah kita boleh bincang. Saya minta maaf kalau ada apa-apa,”  balas saya.

“Saya pun minta maaf, mungkin sebab saya penat balik kerja, saya salah sangka mesej Saiful,” balas suaminya.
“Saya pun minta maaf sebab mungkin ada salah saya,” balas saya.

Itu adalah antara dialog yang berlaku. Saya lega kerana salah faham itu sudah dileraikan dan berharap ia dileraikan selamanya. Lepas insiden tu, saya dah jadi risau nak hantar mesej kat rakan perempuan yang dah kahwin. Apa pun, yang penting niat kita ikhlas dan tidak terpesong dari landasan yang sepatutnya.

Saya tak salahkan sesiapa dalam kisah ini. Beliau berhak cemburu dan saya juga bersalah kerana tak pi kenduri rakan saya ini, jadi tak sempat nak berkenalan dengan suami beliau.

Apa pun Alhamdulillah ia sudah selesai dan saya harap selesai selamanya…

Advertisements




Salah Sangka

31 12 2008

Semalam, saya memang dah bercadnag nak renew Lesen memandu saya. Seingat saya mati pada 30 Disember. Saya pun tak begitu ambil peduli sangat. Sekali bila di pejabat saya perhatikan, rupanya Lesen saya tamat pada 29 Disember 2008! Alamak!

Silap rupanya. Nak tak nak kena segera ke JPJ di Bandar Sri Permaisuri yang kebetulan depan sahaja Apartmen saya. Saya turun dari pejabat dengan penuh debar mengharapkan tiada road block oleh Polis atau JPJ memandangkan Lesen Memandu saya dah tamat. Memang berdebar tetapi saya yakin laluan saya memang jarang ada polis trafik lakukan road block.

Saya pun terus menyusuri laluan di Tasik Permaisuri dan secara tiba-tiba penglihatan saya tertumpu kepada dua lelaki berpakaian seragam Polis Trafik. Alamak! Waktu macam ni lah depa nak ada. Saya berdoa macam-macam dalam hati sambil memikirkan alasan-alasan yang dikira munasabah untuk diberi. Hehehe… Kecut perut.

Saya pun terus lalu melewati mereka yang menahan seorang penunggang motorsikal untuk pemeriksaan. Gelabah jugak sebab nombor plate motor saya pecah. Kalau depa nak saman yang tu pun boleh. Adoi! Saya buat seperti biasa dan terus menunggang motor hingga ke pejabat JPJ.

Alhamdulillah rasanya dah selamat. Tu la cuai lagi. Hehehe…

Bila sampai di JPJ kena tunggu 43 pelanggan baru boleh saya berurusan. Elok sahaja sampai giliran saya, dengan confident saya serahkan Mykad saya dan wang RM30 kepada satf JPJ bertugas di kaunter 6. Hmmm… Terkejut staf tersebut.

“Encik Nak buat apa?”
“Renew Lesen,” jawab saya selamba.
“Kita tak Renew Lesen guna Mykad Encik”
“Saya dah guna Mykad ni sebagai lesen saya. Saya dah update dengan Jabatan Pendaftaran Negara maklumat Lesen saya dalam Mykad saya ni,” Jawab saya sambil tercengang.

“Tak Encik, kalau nak renew kita masih perlukan slip dan Lesen memandu biasa. Untuk Mykad, saya cuma updatekan maklumat ke dalamnya,” Terang beliau.

“Oh begitu ka? Nasib baik saya tak buang lagi Lesen saya yang lama tu,” Kata saya sambil menghulurkan lesen Memandu saya.

Adoi… Saya ingat bila dah pakai Mykad, terus guna Mykad di mana-mana sahaja. Dah silap rupanya saya ni… Nasib baik saya masih simpan Kad Lesen Memandu Lama. Kalau tidka dah plan nak bagi Syasya main. hehehe…

Kemudian dapat satu call… Jeng… Bersambung dalam Entry lain pulak. Hehehe…