Di Tengah Kota

27 03 2017

Kadang kala terasa penat cabaran di kota ini. Cukup bersesuaian dengan lirik lagu ini…

 

Di Tengah Kota

Penat berjalan di tengah kota
Mencari teman bukannya mudah
Kalau tak tahu cara bertanya
Kau akan tenggelam

Dibawa arus kesibukan kota
Yang tiada henti dari perubahan
Hidup ini penuh cabaran
Moga dapat bertahan

Kita manusia tiada berkuasa
Untuk menghalang dunia berputar
Hanya usaha untuk sejahtera
Kita harus mencuba

Memang sengsara jika hidup sendiri
Bagaikan hidup tanpa matahari
Oh dari itu jangan keterlaluan
Pentingkan diri sendiri nanti kau dipulaukan

ALLYCATS

 

Advertisements




Derma2u.com

22 03 2017

Saya telah melancarkan portal derma2u.com sebagai satu inisiatif persendirian untuk menjadi salah satu wadah bagi insan insan yang ingin melakukan amal jariah menyumbang kepada pihak yang memerlukan. Juga kepada organisasi yang memerlukan sumbangan dapat memberikan info untuk sumbangan disalurkan.

 

>> Derma2u.com <<<

Saya akan tambah baik lagi portal ini dari semasa ke sama. Mohon sokongan yang lain. Terima kasih

Wassalam





Sumbangan Wakaf Masjid Al Arifin

10 03 2017

Bank Islam

020-110-100-569-43

MASJID AL ARIFIN





Undangan Walimatul Urus

1 02 2017

 

Dijemput semua untuk hadir ke Walimatul Urus Adik bongsu saya pada 04hb Februari 2017 di B8 Taman Derga Jaya, Jalan Datuk Kumbar, 05300 Alor Setar Kedah.

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan akan menambah seri dan keberkatan majlis, InsyaAllah.

 





Tip Didik Anak Gaya Nabi

31 01 2017

Tip Didik Anak Gaya Nabi berdasarkan buku oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki. Diedit dalam bentuk visual oleh isteri saya. Untuk tip penuh, dapatkan buku dalam pasaran.

 





Tinjaun Rambang: Siapa Pilihan Presiden FAM yang baru?

24 01 2017
Tinjauan Rambang suka suka…
 
Siapa Pilihan Anda? 

https://my.toluna.com/Js/JsEmbed?width=500&height=418&contentId=KFBvbGxfNjAzODQyNik%3d&preview=0

 





Suci Dalam Debu

17 01 2017

Saya biasanya mengisi minyak di Sebuah Stesen Minyak di Jalan Cheras.

Beberapa minggu lepas, saya perasan seorang lelaki agak selekeh menjual keropok lekor di tepi laluan Stesen minyak tersebut. Timbul rasa kasihan tetapi saya tak rasa nak beli keropok lekor tersebut. Jadi setelah membeli sedikit barang, saya beli lah sebotol air teh sejuk dan berikan kepada beliau. Beliau amat terkejut dan mengucapkan banyak banyak terima kasih kepada saya.

Lega rasanya melihatkan beliau dapat menikmati sedikit kesenangan walaupun sementara. Setiap kali saya lalu di stesen minyak tersebut, beliau akan melambai mesra kepada saya sehinggakan semalam, beliau menyekat saya dan ingin memberi sedikit keropok lekor kepada anak saya. Terpaksa saya menolak sebab saya tak sampai hati nak terima bukan kerana saya tak suka tetapi nilai yang hendak diberikan itu, terlalu besar bagi diri beliau. 

Nyata, beliau hendak membalas jasa saya yang tak seberapa itu dengan sesuatu yang amat bernilai bagi beliau. Sememangnya saya tabik kepada beliau. Dalam kesusahan tetapi masih mampu hendak sedekah dan berbuat kebaikan! Ia banyak menyedarkan diri saya agar lebih banyak memberi.

Sesungguhnya, saya kagum dengan beliau, InsyaAllah saya akan terus membantu beliau.

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………