Tips IT: Pubu Ebook

14 01 2017

Saya tertarik untuk mengulas mengenai satu apps yang baru saya jumpa iaitu Pubu ebook. Walaupun ketika ini agak banyak bahan bacaan dalam Bahasa Cina (saya tak pasti mandarin, kantonis atau yang lain) tetapi banyak juga dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Aplikasi ini pastinya amat menarik bagi kaki buku yang suka membaca kerana terdapat banyak Majalah, Akhbar dan buku disediakan scara digital. Contohnya akhbar Berita Harian, Harian Metro, New StraitsTimes, Majalah Hijab, Wanita, Mastika, URTV, Al-Islam dan juga buku seperti Nabi Ayub AS Dengan Ujian Iblis, Mengurus Waktu Kerja dan banyak lagi. Kandungannya sentiasa ditambah dari semasa ke semasa.

Apa yang menariknya, yuran langganannya hanya RM10 sebulan. Jadi ia ama amat berbaloi.

Cuma buat masa ini langganannya adalah menerusi bil telefon dan hanya Celcom sahaja. Saya dimaklumkan, ia akan diperluaskan lagi dari masa ke masa.

Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah mendapatkannya…

 

 

 

 

Advertisements




Tips: Hentikan Langganan Gameszone.com.my

7 01 2017

Hari pertama bekerja di tahun 2017, saya tiba tiba dikejutkan dengan satu mesej SMS yang mengucapkan selamat datang atas langganan ke atas http://www.gameszone.com.my dan saya akan dikenakan caj sebanyak RM2 seminggu! Amboi! Tiba tiba sahaja… Saya tak pasti macamana boleh dapat mesej tersebut sedangkan saya tak pernah melanggan atau hantar SMS langganan. Ini sudah lebih!

Lalu saya call Celcom Sutomer service dengan mendail 1111 (Bagi pelanggan Celcom) dan mereka mengatakan ada banyak cara langganan boleh dilakukan dan ini adalah pihak ketiga dan mereka tidak boleh berbuat apa apa. Apa lagi, memang benganglah saya sebab tak pernah pun langgan apa apa atau hantar apa apa SMS. Ni cara nak curi duit. Saya dinasihatkan agar menghantar mesej STOP ALL kepada nombor tersebut yang mana saya lakukan.

 

Tetapi saya tidak puas hati, terus saya hantar emel ke support@gameszone.com.my untuk minta mereka hentikan langganan ‘HARAM‘ tersebut. Alhamdulillah mendapat respon yang baik. Saya akan tunggu 10hb ini sama ada ia berkesan atau tidak. Jika tidak, saya akan buat tindakan selanjutnya. Saya akan kemaskini di sini nanti hasilnya…

KEMASKINI

Alhamdulillah saya dah tak terima apa apa SMS dari gameszone.com.my lagi dah selepas 10hb Januari 2017





Ciri Baru Keselamatan Maybank2u

30 03 2011

Buat anda yang masih belum log in maybank2u.com sejak 27 Mac lepas, pasti anda akan terkejut jika diminta untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan akaun perbankan internet anda. Sebenarnya tiada apa yang perlu anda takutkan kerana ia adalah untuk keselamatan anda.

Anda cuma perlu klik Register dan lakukan pilihan imej yang anda berkenan. Contohnya seperti di bawah.

Katalah anda pilih penyapu dan tulislah dalam ruang kosong itu “Penyapu” atau apa sahaja yang anda ingin tulis.

Kemudian selepas anda submit, anda perlu menetapkan TIGA soalan keselamatan dan jawapannya sekali untuk keselamatan. Pilihlah dengan teliti dan ingat jawapan anda kerana ia akan ditanya sekiranya berlaku perkara-perkara yang mungkin menjejaskan keselamatan akaun anda.

Jadi selepas selesai anda boleh gunakan seperti biasa akaun perbankan internet anda.

Apa kelebihannya?

Pertama sekali, ia dapat membantu anda mengenali sama ada ia Phishing site atau tidak. Jika anda log in, pastikan imej yang anda pilih terpapar. Jika tidak, bermakna anda bukan berada pada Laman Web Maybank yang sebenar. Ini kerana terlalu ramai pengguna yang cuma klik pautan yang diberikan dan terus log in. Sebenarnya ini suatu perangkap! Jangan klik mana-mana pautan dari email atau link yang diberikan oleh orang lain melainkan anda taip sendiri http://www.maybank2u.com.my untuk lebih selamat. Jika tidak, mungkin sahaja dalam masa sekelip mata akaun anda akan berkurang!





Berpada-pada Lah Dalam Tindakan

21 10 2010

Suka saya mengingatkan semua termasuk juga diri saya bahawa dalam setiap perlakuan kita haruslah ada batasnya kerana jika kita bersikap melampau ia mungkin memakan diri suatu hari nanti. Kebejatan sosial kini cukup parah dan kian menghakis jatidiri kita sebagai seorang muslim.

Kebanjiran klip-klip lucah yang menyajikan aksi memualkan yang seharusnya dari segi adab tidak patut didedahkan menjadi begitu serius dan semakin membimbangkan. Ada yang terpaksa dan ada yang suka-suka dan kononnya untuk kenangan sendiri. Nasihat saya, jauhilah perkara sebegitu. Jagalah adab dan tatasusila kita.

Ada yang tidak menyangka rakaman atau gambar terlampau mereka yang dirakam secara suka-suka tersebar tanpa pengetahuan mereka. Lalu akhirnya perasaan malu yang teramat sangat menjengah diri hingga ada yang tidak mampu mengawalnya lalu mengambil keputusan mudah untuk membunuh diri.

Kata mereka, mereka tidak pernah menyebarkannya kepada sesiapa tetapi bagaimana ia berlaku? Mari saya terangkan dengan sedikit sebanyak pengetahuan yang saya ada.

1. Telefon/komputer/notebook dicuri dan segala isi panas di dalamnya akan menjadi modal insan yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakan demi kepentingan peribadi.

2.  Virus yang akan menyebarkannya ke merata tempat di alam maya.

3.  Trade In Telefon/komputer/notebook. Biasanya kalau anda trade in barangan ini, anda akan delete/format kesemua kandungannya. Tetapi sebenarnya ia tetap ada dalam cakera keras anda. Yang dibuang hanyalah pointer kepada lokasi tersebut. Bila anda trade in terutamanya telefon, tauke-tauke telefon bimbit akan menggunakan satu perisian khas untuk mendapatkan semula kandungan di dalamnya. Jika ada kandungan panas, maka tersenyum lebarlah tauke-tauke ini kerana ia bermakna mereka menemui lubuk wang.

Itu cuma beberapa sebab dan sebab ketiga itulah yang ramai tidak menyedarinya.

Pesanan saya, tiada faedahnya merakamkan sesuatu yang di luar tatasusila kita dan ditegah Islam. Berfikirlah secara waras dan jika ada apa-apa permasalahan, kembalilah kepada ajaran yang dianjurkan oleh Islam.

Berpada-pada lah dalam tindakan!





Tips Komputer: Meningkatkan Prestasi Jdeveloper 11G

15 05 2009

Kahmis lepas, setelah dapat beretmu dengan Lim Boon Jien dari Oracle Singapore, saya rasa teruja bertemu beliau yang cukup pakar dalam architecture J2EE dan Jdeveloper. Memang banyak petua yang dapat saya pelajari. Bagi anda yang menggunakan Jdeveloper 11G, sudah pasti akan merasai isu performance PC. Bila anda run Jdeveloper 11G, anda kaan terasa PC anda begitu perlahan memproses dan progress Jdeveloper menjadi amat perlahan sehinggakan anda boleh pergi minum atau buat kerja lain dahulu. Ini merupakan salah satu faktor yang membuatkan saya bencikan Jdeveloper 11G.

Bila diajukan masalah tersebut kepada Boon Jien, beliau memberi tips berikut:-

1. Buka direktori berikut:  G:\Oracle\Middleware\jdeveloper\ide\bin (Terpulang kepada anda, di mana anda install Jdeveloper 11G anda. Dalam kes saya, saya install dalam Drive G)
2. Buka fail ide.conf menggunakan Word Pad @ notepad
3. Kemudian ubah parameter berikut:-

AddVMOption  -Xmx512M (default/nilai lalai) tukar kepada AddVMOption -Xmx999M atau apa-apa nilai mengikut kemampuan memori PC kita.

4. Save file tersebut dan guna Jdeveloper 11G anda. Anda akan rasa sedikit  Jdeveloper anda bertindak dengan lebih laju.

Apa pun, saya dah dapat PC baru yang lebih berkuasa untuk run Jdeveloper 11G ini. Lega sikit nak mula explore Jdeveloper 11G ni…

Oklah entri kali ni khas untuk sesiapa yang menggunakan Jdeveloper 11G sahaja !

Sebelum saya tutup entri saya marilah kita renungi kata-kata ini, “You’ve got to get up every morning with Determination if you’re going to bed with satisfaction” (Anda perlu bangun setiap pagi dengan keazaman jika anda mahu masuk tidur dengan kepuasan.)





Masalah Dalam Microsoft Excel 2007

20 01 2009

Sebenarnya masalah ini wujud sejak tahun 2007 lagi dan pihak Microsoft sudah diberitahu mengenainya.

Microsoft Excel 2007 mempunyai masalah untuk menyelesaikan masalah darab (multiply) yang berakhir dengan jawapan 65,535.

Apabila pengiraan darab yang memberi jawapan 65,535, Microsoft Excel 2007 akan memberi jawapan default 100,000.

Masalah ini sudah disampaikan kepada pihak Microsoft dan mereka berjanji untuk menyelesaikannya.

Malang sehingga ke hari ini, masalah ini masih tiada jalan penyelesaian dari pihak Microsoft dan mungkin juga dari Texas Instrument.

Cuba kita selesaikan masalah darab dibawah dengan menggunakan Microsoft Excel 2007, pasti jawapannya akan menjadi 100,000

=850*77.1
=5.1*12850
=10.2*6425
=20.4*3212.5
=40.8*1606.25
=77.1*850
=154.2*425
=212.5*308.4
=308.4*212.5
=425*154.2

Jadi, kepada sesiapa yang mengunakan Microsoft excel 2007 untuk membuat account, sila semak semula account anda.

Sumber: http://www.rahsiakomputer.com/2009/01/14/masalah-dalam-microsoft-excel-2007/ (20/01/2009)





8 Trik Menjadikan Firefox Secepat Kilat

7 11 2008

Secara umum Firefox sendiri sudah memiliki kuasa  yang melampaui IE, tetapi dengan sedikit sentuhan dan penetapan yang tepat anda bosa membuatnya 2x lebih cepat lagi hanya dalam waktu 5 minit saja. Ikutilah trik-trik di bawah ini.

1. Aktifkan Pipelining

Biasanya browser bekerja dengan mengirimkan permintaan kepada server dan menunggu respon sebelum melanjutkan proses. Pipelining adalah sebuah teknik lebih agresif yang memungkinkan browser untuk mengirimkan beberapa permintaan sekaligus sebelum menerima respon apapun untuk mengurangi waktu yang diperlukan untuk memaparkan isi halaman. Untuk mengaktifkan fungsi ini taip “about:config” pada kotak alamat, klik dua kali pada “network.http.pipelining” dan “network.http.proxy.pipelining” supaya nilainya berubah menjadi “true” kemudian klik-dua kali pada “network.http.pipelining.maxrequest” dan jadikan nilainya “8“.

Perlu diingat bahawa beberapa server tidak melayani pipelining. Jadi, ada kemungkinan kalau penetapan ini boleh memperlahankan firefox anda. Atur kembali semuanya seperti penetapan awal jika memang terjadi masalah.

2. Render dengan Cepat

Laman web yang besar dan rumit boleh memakan masa untuk dipaparkan. Firefox tidak ingin membuat anda menunggu, jadi dengan pengaturan standart Firefox akan menampilkan apa yang ia terima setiap 0,12 saat. Walaupun hal ini membuat browser terkesan lebih cepat, rendering secara berulang yang dilakukan terus menerus meningkatkan waktu keseluruhan yang diperlukan untuk menampilkan halaman, kita dapat mengurangi jumlah rendering ini untuk meningkatkan kelajuannya.

Taip “about:config” dan tekan [ENTER], kemudian klik kanan pada tetingkap utama dan kemudian pilih “New > Integer“. Taip “content.notify.interval” sebagai nama preferensi anda, klik “ok“, masukkan “500000” (500 ribu) dan klik “ok” kembali.

Klik kanan lagi pada tampilan dan pilih “New > Boolean“. Kali ini buat nilai disebut “content.notify.ontimer” dan atur menjadi “True” untuk menyelesaikan tugas anda.

3. Loading Lebih Cepat

Jika anda tidak menggerakkan tetikus atau menyentuh keyboard selama 0,75 detik, Firefox akan masuk ke dalam mode “low frequency interrupt” yang artinya interface-nya menjadi kurang responsif tetapi bisa me-load halaman lebih cepat.

Ketik “about:config” dan tekan [ENTER], klik kanan pada tampilan dan pilih “New > Integer”. Ketik “content.switch.threshold”, klik “ok”, masukkan “250000″ (seperempat detik) dan klik “ok” untuk menyelesaikan.

4. Tidak Ada Interupsi

Anda boleh melakukan langkah lebih jauh dengan memberitahu Firefox untuk sama sekali mengabaikan user interface events sampai halaman selesai dipaparkan. Memang cara ini agak ekstrim kerana Firefox boleh menjadi tidak responsif selama beberapa waktu, tetapi tidak ada salahnya untuk dicuba apakah kesannya positif atau tidak untuk anda.

Taip “about:config“, tekan [ENTER] dan klik kanan, pilih “New > Boolean“. Taip “content.interrupt.parsing“, klik “ok“, atur nilainya menjadi “False” dan klik “ok“.

5. Blokir Flash

Animasi flash yang mengganggu terdapat di mana-mana, muncul pada halaman web yang ingin anda baca atau lihat dan memlambatkan browsing. Namun ada penyelesaian yang sangat mudah. Install  “Flashblock” (flashblock.mozdev.org) dan ia akan memblocksemua aplikasi Flash ketika loading agar laman web ditampilkan lebih cepat. Jika anda menemui paparan Flash ingin anda lihat cukup sekadar klik pada tempatnya untuk download dan melihat tampilannya dengan normal.

6. Tingkatkan Ukuran Cache

Ketika melancarkan Firefox akan menyimpan gambar dan skrip pada memory cache local di mana anda boleh mempercepat pengambilan data jika mengunjungi laman web yang sama kembali. Jika anda memiliki RAM yang besar (2GB atau lebih), biarkan Firefox berjalan lebih lama sehingga mengunjungi kembali halaman-halaman web akan lebih cepat, terutama dengan cache yang besar.

Taip “about:config” dan tekan [ENTER], kemudian klik kanan dan pilih “New > Integer“. Taip “browser.cache.memory.capacity“, klik “ok“, masukkan “65536” dan klik “ok“, kemudian “restartbrowser untuk mendapatkan cache yang baru dan lebih besar.

7. Aktifkan TraceMonkey

TraceMonkey adalah engine Javascript baru dari Mozilla yang super cepat, dalam beberapa benchmark bahkan mencetak nilai 40x lebih besar dibandingkan versi saat ini. Tracemonkey mungkin saat ini memang dalam tahap pengembangan dan masih sedikit buggy, tetapi jika anda keberatan menggunakan perisian dalam tahap pengembangan, dapatkan nightly build terbaru dari (ftp://ftp.mozilla.org/pub/firefox/nightly/latest-trunk/). Versi beta pertama Firefox 3.1 juga dijadualkan untuk dikeluarkan bulan ini juga.

Ketik “about:config” pada kotak alamat dan tekan [ENTER]. Ketik “JIT” pada kotak filter, dan klik dua kali “javascript.options.jit.chrome” dan “javascript.options.jit.content” untuk mengubah nilainya menjadi “true“. Selamat!, kini anda telah menggunakan engine Javascript mutakhir Firefox.

8. Kompres Data

Jika anda memiliki akses internet lambat, mungkin anda merasa bahawa Firefox tidak berkerja dengan baik. Itu tidak sepenuhnya benar! Install toonel.net dan aplikasi Java ini akan mengambil alih trafik internet anda melalui server-nya sendiri. Semua data yang melalui server Toonel lalu dikompres sehingga data yang perlu dipaparkan browser lebih sedikit.

Bahkan, Toonel juga boleh mengkompres gambar JPEG, tetapi tentunya berlaku penurunan kualiti gambar. Tips ini berguna untuk mempercepatkan jumlah data yang dikirimkan, bermanfaat jika memiliki akaun internet yang terbatas atau saat menggunakan sambungan internet yang lambat seperti GPRS.

Untuk sumber artikel, silakan klik di sini.

Artikel ini saya petik dari http://www.rahsiakomputer.com/2008/10/28/8-trik-menjadikan-firefox-secepat-kilat/

Saya sendiri dah mencuba dan terbukti berkesan…

Saya syorkan anda kerap mengunjungi Rahsia Komputer ini untuk mendapatkan input-input menarik tentang dunia IT. Kadang kala anda berpeluang memenangi hadiah peraduan yang dianjurkan. Baru-baru ni saya dah menang e-books yang dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh Rahsia Komputer. Alhamdulillah … Rezeki.

Yang penting sama-sama kita berkongsi ilmu…