Belasungkawa: Muhammad Ali The Greatest

4 06 2016

Catatan Ringkas

muhammadaliSelepas Kejohanan Badminton Ampang Jaya Badminton Club Championship, saya terus ke kedai jiran saya untuk makan tengahari. Sebelum makan, saya sempat membelek berita dunia menerusi telefon saya. Alngkah terkejutnya apabila mendapat berita pemergian seorang insan yang amat saya kagumi, MUHAMMAD ALI.

Saya tidak lahir pada zaman kegemilangan beliau. Pada zaman saya Abdul Malik Tyson aka Mike Tyson yang sedang berada di puncak. Biasalah anak lelaki minat bab bab tinju ni. Tetapi pada waktu tu, liputan media agak terhad tak seperti sekarang, maklumat bersepah di hujung jari. Taip sedikit sahaja, berjuta info keluar.

Apabila saya mengkagumi Mike Tyson, ayah saya bercerita tentang kehebatan Muhammad Ali yang katanya jauh lebih hebat. Mike Tyson memang saya kagumi sebab baru beberapa das tumbukan dah TKO! Tetapi sebenarnya Muhammad Ali jauh lebih hebat kata ayah saya. Sengaja dia tidak mahu menang terlalu pantas bagi menghiburkan peminatnya.

Selepas zaman internet baru lah puas saya lihat dokumentari dan kisah hidup beliau…

Walaupun beliau bercakap besar tetapi itulah salah satu karektor Muhammad Ali yang dikagumi ramai kerana beliau membuktikannya. Popularitinya membuatkan ia diminati segenap lapisan masyarakat dunia ketika itu sehingga kan ketika Muhammad Ali bertarung, penjenayah pun berhenti daripada melakukan jenayah semata mata hendak menyaksi kehebatan Muhammad Ali! Wow!

Kemudian penglibatan sebagai tokoh yang berusaha mendamaikan Perang Teluk… Muhammad Ali juga menderita dengan Sindrom PArkinson yang membuatkan beliau tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa

Kemudian yang paling saya ingat pada Sukan Olimpik Atlanta 1996, Muhammad Ali secara mengejut dipilih sebagai penyala obor Sukan Olimpik setelah satu dunia tertanya tanya siapakah yang bakal mendapat penghormatan tersebut.

Sehinggalah mendapat berita pemergian beliau sebentar tadi.

Al-Fatihah…

Damailah Engkau di sana

p/s: Sekadar catatan ringkas

 

Advertisements




KADAR ZAKAT FITRAH DI MALAYSIA 2015 / RAMADHAN 1436H

23 06 2015

KADAR ZAKAT FITRAH DI MALAYSIA 2015 / RAMADHAN 1436H

NEGERI KADAR (RM)
Kelantan 7.00
Terengganu* 4.60, 6.80, 7.40
Pahang 7.00
Perlis 6.50
Kedah 7.00
Pulau Pinang 7.00
Perak 7.00
Selangor 7.00
Negeri Sembilan 6.50
Melaka 6.70
Johor* 5.00 & 8.00
Sarawak 7.00
Sabah 7.00
Wilayah Persekutuan 7.00

 

* Mengikut Gred Beras





Berita: Penentuan Ramadhan 2015

14 06 2015

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah Selasa 16 Jun ini bersamaan 29 Syaaban 1436 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tempat melihat anak bulan pada malam hari tersebut adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Bukit Jugra, Banting (Selangor); Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak).

Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah); Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Geliga, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian, Besut (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu); Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai (Kelantan).

Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan); Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak); Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya); dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Menurut kenyataan itu Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen,” kata kenyataan itu.

– Bernama –




MH17 Sekalung Takziah

18 07 2014

Malaysia-Airlines-crash

Berita pesawat MH17 yang ditembak di sempadan Ukraine/Russia ternyata memberi kejutan buat kita semua apatah lagi misteri kehilangan MH370 masih lagi belum terungkai. Adalah amat malang sekiranya benar ia ditembak jatuh dan tindakan terhadap dalang yang bertanggungjawab seharusnya diambil walau apa pun cara.

MAS1Itulah natijahnya peperangan. Peperangan wujud hasil daripada sikap tamak manusia sehingga mencipta kemusnahan di bumi sendiri. Pergolakan dunia berlaku saban hari menyaksikan kita begitu resah menyaksikan kesan kesan yang telah/sedang dan akan berlaku. Namun masih ramai yang sedang leka dalam hiburan yang melampau sehinggakan tidak dapat merasai apa yang berlaku di sekeliling dunia.

Dan sudah pasti apabila tumpuan dunia beralih ke MH17, Israel Zionis pula semakin rancak menyerang warga Palestin. Terbaru melalui darat menggempur Gaza yang sememangnya sudah terkepung. Sama-sama kita doakan rejim Yahudi Laknatullah ini tewas dalam kebangkitan rakyat Palestin untuk menuntut hak mereka.

Hasbunallahu Wa ni’imal wakeel…

Sesungguhnya Allah tempat kita berserah

MAS2MAS3(Gambar gambar adalah daripada Mirror UK)

Kembali kepada MH17, sama samalah kita memanjatkan doa agar kejadian ini adalah yang terakhir dalam sejarah penerbangan dunia. Pihak yang tidak terlibat dalam perang tidak seharusnya dijadikan mangsa. Peperangan di seluruh dunia seharusnya tidak berlaku lagi (walaupun memang mustahil).

Al-Fatihah dan Salam Takziah dari saya.

#Pray4MH17





Putar Belit Israel

10 07 2014

IsraelCodeAlertIsraelCodeAlert2

Di saat kita meratapi dan bersedih melihat kekejaman Israel terhadap warga Palestin di Semenanjung Gaza, Israel yang sudah menguasai media antarabangsa memainkan isu ini dari sudut pandang yang lain. Atas sebab itu sokongan masyarakat dunia terhadap Israel tetap ada dan ramai warga dunia yang melihat isu ini bertentangan dengan apa yang kita lihat.

Israel2Israel3

Israel5

Mereka (warga dunia) terus menyalahkan Palestin atas kekejaman yang kononnya dilakukan hingga menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat awam Israel. Menerusi media media yang mereka kuasai, mereka terus mencanangkan detik detik cemas warga Israel hingga menimbulkan rasa simpati warga dunia. Tidak hairanlah mengapa ramai yang mengisytiharkan sokongan padu kepada Israel.

Israel4

Israel1

Itu mudah dilakukan apabila media media di bawah penguasaan Yahudi Zionis telah melalaikan umat manusia dengan pelbagai hiburan yang mengasyikkan hingga langsung tidak menyedari hakikat sebenar suatu isu terutamanya isu Israel Palestin.

Lalu ketakutan itu diputarkan sepanjang masa sehingga warga dunia melihatnya sebagai benar. Itulah putar belit Israel.

Justeru apabila kita lihat ramai yang menyuarakan sokongan terhadap Israel, Jangan Hairan tetapi Semaklah diri kita!





Al-Fatihah…

21 05 2014

TunkuAnuar

KENYATAAN MEDIA

Teks Pengumuman Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman

Bismillah Hirrahmanirrohim

Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, telah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada pukul 12.20 pagi, hari Rabu, 21 haribulan Mei 2014 Masihi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan dimakamkan di Makam Di Raja Langgar selepas solat Asar pada hari ini, Rabu, 21 Mei 2014 Masehi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Bendera Negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan pada separuh tiang selama tiga hari mulai 21 Mei 2014. Tempoh perkabungan adalah selama tiga hari mulai 21 Mei 2014 sehingga 23 Mei 2014. Sepanjang tempoh tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini, Rabu, 21 Mei 2014, diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga roh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan solihin.

DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh : 21 Mei 2014





Al-Fatihah… Ustaz Azizan Razak Meninggal Dunia

26 09 2013

Berita yang baru saya terima daripada sahabat sahabat di Kedah memaklumkan pemergian Ustaz Azizan Razak, jam 11.10 pagi tadi.

Kelu lidah jadinya… Pemergian yang amat dirasai.

Al-Fatihah…

 

Sumber gambar Malaysiakini.com