Coin Deposit Machine

17 11 2016

Saya tertarik untuk memberikan pendapat tentang Coin Deposit Machine (Mesin Deposit Syiling).cdm

Apabila anak anak saya nak beli apa yang mereka hajati, bermakna mereka perlu menggunakan wang mereka sendiri sebab Walid depa la ni tengah ‘kering’. Hehehe… Jadi depa setuju… Depa pun keluarkanlah duit tabung depa bagi kat saya. Alamak! Majoriti duit syiling!

Mujur saya teringat tentang Coin Deposit Machine yang diletakkan di cawangan cawangan bank terpilih. Dan saya semak, yang terdekat dengan rumah saya adalah di CIMB Taman Mutiara. Sebelum ini, saya biasanya ke bank dan bawak ke kaunter untuk deposit. Kemudian float period adalah selama seminggu. Dengan CDM ini, floating periodnya adalah DUA (2) hari sahaja tetapi berdasarkan pengalaman saya, cuma dua jam sahaja, dah dikreditkan ke dalam akaun saya. Memang mudah.

resitcdm2

Antara sebab diperkenalkan Coin Deposit Machine ni ialah selain memudahkan, Bank Negara mahukan kitaran duit syiling ini kembali dalam kitaran perbankan kerana sebelum ini duit syiling hanya terperap dalam tabung dan terkeluar daripada kitaran perbankan. Jadi Bank Negara terpaksa mengeluarkan kos untuk menghasilkan syiling tambahan untuk memastikan kitaran duit syiling stabil. Itu antara sebab kemudahan ini diperkenalkan.

Cuma masih ada beberapa kelemahan dalam interface Coin Deposit Machine ini yang dapat saya kenalpasti dan saya akan beri feedback kepada pihak CIMB untuk penambahbaikan. Satu lagi, biasanya mesin ini diletakkan dalam hall bank, jadi anda perlu hadir ke bank pada waktu pejabat bagi memudahkan urusan.

Selamat Mencuba!

 

Update!

Saya baru sahaja menghadapi situasi terpaksa menunggu lama untuk membayar barang di TESCO Taman Midah disebabkan pembeli di hadapan saya membayar RM41.70 menggunakan wang syiling! Penat cashier mengira. Rasanya jika mereka tahu adanya coin Deposit Machine ini, ia akan membantu…

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: