Detik Hitam Bolasepak Malaysia: UAE 10 Malaysia 0

4 09 2015

Mungkin akan ada yang anggap saya tidak patriotik apabila mengeluh, kesal dan mengkritik bolasepak Malaysia. Namun percayalah di sudut hati paling dalam, kecintaan saya terhadap bolasepak negara tetap utuh. Siapa yang mampu tersenyum dengan situasi sekarang?

Segalanya tampak seperti tiada harapan. Tiada kesudahan. Episod malang bolasepak Malaysia berterusan bagai tiada titik noktah. Malaysia sebenarnya ramai tokoh yang hebat dalam bolasepak, namun kelibat mereka sentiasa ‘dipancung’ gara gara dilihat sebagai ancaman kepada pihak yang berkuasa. Contoh paling klasik ialah Arwah Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil (DAB).

Kini, pada pemerhatian saya tokoh yang paling sesuai dalam keadaan sekarang.

Saya tak berselera nak mengulas panjang. Dalam media sosial dah jadi bahan jenaka tak terkawal.

BERUBAHLAH FAM

 

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2018/PIALA ASIA 2019: UAE 10 MALAYSIA 0

 

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya tewas 10-0 kepada UAE pada perlawanan ketiga Kumpulan A saingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, malam tadi.

UAE mendahului 4-0 pada 25 minit pertama permainan menerusi jaringan Mohanad Salem pada minit ke-16, Ali Mabkhout (m-22), Ahmed Khalil (m-23) dan Habib Al Fardan (m-25).

Jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh kemudian membawa keluar penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat dan memasukkan Zamir Selamat pada minit ke-29.

Namun ia tetap tidak dapat menghalang UAE kendalian Mahdi Ali menambah tiga lagi gol menerusi jaringan kedua peribadi Khalil dan Mabkhout pada minit ke-29 dan ke-33 serta jaringan Mohamed Ahmed, minit ke-39.

Kedudukan separuh masa pertama, UAE mendahului 7-0.

Babak kedua bersambung, Malaysia cuba menguji benteng pertahanan UAE, namun percubaan Junior Eldstal pada minit ke-51 sedikit tersasar manakala rembatan Amri Yahyah tiga minit kemudian tepat ke arah penjaga gol UAE, Ali Khasif.

Dollah kemudian terpaksa memasukkan penjaga gol ketiga, Khairul Azhan Khalid pada minit ke-62 selepas Zamir mengalami kecederaan.

Gawang Malaysia terus dibolosi apabila Khalil dan Mabkhout masing-masing melengkapkan hatrik menerusi jaringan minit ke-70 dan ke-75 untuk kedudukan 9-0.

Khalil melengkapkan jaringan keempat peribadinya menerusi gol ke-10 UAE pada minit ke-78.

Seterusnya, Malaysia akan menanti kunjungan Arab Saudi yang membelasah Timor Leste 7-0 di laman sendiri malam tadi, untuk perlawanan keempat di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

KOMEN JURULATIH MALAYSIA, DOLLAH SALLEH

“Saya tak tahu apa terjadi malam ini terutama bahagian pertahanan. Kami beri gol-gol mudah. Tiga atau empat gol boleh dianggap gol mudah dan semuanya membawa kepada kemusnahan kepada pasukan kami.

 “UAE juga mempamerkan persembahan cukup baik terutama Omar Abdulrahman (pemain No 10), seorang pemain cukup hebat dan dia ternyata ‘membunuh’ setiap pemain kami.

 “Saya tak jangka boleh kena sampai 10 gol. Memang saya tahu bukan mudah nak menang di sini dan sebab itulah saya letak sasaran mahu seri. Tapi dengan cara UAE bermain dan pemain kami pula saya tak tahu apa jadi kepada mereka, segalanya musnah.

 “Seperti yang saya katakan, persiapan kami hanya tiga ke empat hari. Bukan mudah nak main macam UAE yang saya katakan mereka pasukan terbaik di Asia. Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE.

 “(Ditanya adakah dirinya akan meletak jawatan) Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini.”

UAE: 1-Ali Khasif (K); 18-Mohammed Fawzi (19-Ismail Ahmed 32′), 6-Mohanad Salem, 23-Mohamed Ahmed, 3-Walid Abbas; 10-Omar Abdulrahman, 4-Habib Fardan (15-Ismail Al Hammadi 64′), 5-Amer Abdulrahman, 8-Majed Hassan; 7-Ali Mabkhout, 11-Ahmed Khalil (2-Mohamed Al Akbari 79′).

MALAYSIA: 22-Khairul Fahmi Che Mat (1-Zamir Selamat 29′) (23-Khairul Azhan Khalid 62′); 16-S Kunanlan, 2-Afif Amiruddin, 15-Junior Eldstal, 6-Amirizdwan Taj Tajuddin (13-Razman Roslan 37′), 21-Zubir Azmi; 19-Wan Zack Haikal Wan Nor, 8-Safiq Rahim (K), 13-Nasir Basharudin, 12-Ahmad Hazwan Bakri; 17-Amri Yahyah.

Pengadil: Abdulrahman Ibrahim Al Jassim (Qatar)

sumber: fam.org.my (04/09/2015)

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: