Sudah Bayar Zakat Fitrah?

29 08 2011

Kalau ikutkan kiraan dan ramalan banyak pihak termasuk kiraan ahli Falak, dijangkakan hari ini merupakan hari terakhir Umat Islam di Malaysia berpuasa. Jadi dalam keriangan untuk menyambut kemeriahan Syawal dan hari kemenangan, adakah anda sudah menunaikan Zakat Fitrah? Jangan asyik sibuk membeli belah keperluan raya sehingga kita terlupa kewajipan ini.

Zakat Fitrah berbeza daripada Zakat Pendapatan, Zakat Fitrah ada penyuci dan pelengkap kepada mereka yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan ia digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan (asnaf) bagi menghadapi 01 Syawal. Justeru ia mempunyai tempoh-tempoh tertentu untuk mengeluarkannya iaitu:

1. Waktu Wajib – Apabali terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Afdhal – Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

3. Waktu Sunat – Sepanjang Bulan Ramadhan.

4. Waktu Makruh – Selepas Solat Sunat Aidilfitri sehingga terbenamnya matahari 01 Syawal.

5. Waktu Haram – Selepas terbenamnya matahari 01 Syawal.

Berikut adalah maklumat kadar zakat bagi setiap negeri bagi tahun 2011.

Kredit kepada Kosmo

Jadi bagi sesiapa yang masih beluam menunaikan Zakat Fitrah, cepat-cepatlah tunaikannya sebelum terlambat. Jangan buat-buat lupa😉

p/s: Saya pun tak tunaikannya lagi, baru nak keluar tunaikannya…🙂


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: