Puisi Pilihan: Duri Dan Api

18 06 2011

Entah mengapa tiba-tiba sahaja saya teringat Sajak Usman Awang ini. Mungkin sebab ada banyak perkara yang berlaku beberapa hari ini… Menarik bila saya renung kembali dengan menukarkannya dalam konteks diri saya…

Duri Dan Api

 

Kawan-kawanku yang dikasihi
semalam kita bertemu kembali memadu
ketika matari tersangkut di bumbung Utusan
kita tidak menerima apa yang ada
yang dinyanyikan dari hati berani
dengan tangan erat pada keyakinan terpahat.

Lagu kita telah mulai terpancar
ah, anak-anak manisnya menjenguk keluar
di luar udara basah dalam matari bersinar
semua antara kita lagunya seluruh sedar.

Apakah ini derita diri dalam mimpi
atau kenyataan pahit menjepit
pada lena yang membunuh kehidupan manusia
sama-sama kita rangkul menguji diri.

Kawan-kawanku yang dikasihi
di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
di mana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.

Oleh: Usman Awang.

 


Tindakan

Information

2 responses

18 06 2011
Fakur

cuba lihat rangkap demi rangkap. dalam berpuisi usman gemar mengekalkan semangat & harmoni pantun tetapi dalam masa yg sama telah melonggarkan beberapa ikatan yg konvensional.

puisi itu berkaitan tentang perjuangan di utusan. malangnya sekarang perjuangan itu diselewengkan.

21 06 2011
Saiful

Tuan, Benar… Satu lagi keistimewaan pada puisi SN Usman Awang ialah ayat yang digunapakai adalah ayat biasa tetapi diadunkan dengan penuh ketelitian dan akhirnya menjadi cukup indah dan mendalam maksudnya.

Al-Fatihah Buat Arwah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: