Syafi dan Lembu

1 05 2011

Biasalah kalau dah duduk di kotaraya, kalau nampak ayam pun dah perak. Ya lah, di kota batu macma ni mana ada orang bela ayam kan… Syasya waktu kecik kecik dulu pun macam tu. Bila balik kampung nampak ayam terus terpa dan rasa teruja. Siap buat bunyi ayam lagi dan boleh sebut ayam.

Syafi Hana pulak lebih takjub kepada lembu sampaikan dalam TV nampak kuda pun masih lagi disebut lembu. Yang paling menarik bila balik rumah Tok Nek di Pendang, Syafi pasti akan teruja dengan lembu. Apatah lagi di rumah Tok Nek menakan, Syafi boleh masuk dalam kandang lembu sampai boleh pegang lembu lagi.

Hmmm… Bagi saya, lembu, ayam dan sebagainya adalah biasa. Tetapi apabila berada di kota, barulah betul-betul sedar betapa berbezanya hidup di kota dan kampung. Sebab itulah waktu dulu bila dengaq cerita orang KL perak tengok pacat dan sanggup tangkap bawak balik, saya dan kawan-kawan rasa cukup geli hati. Hehehe… Kini giliran anak saya pulak🙂


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: