Malang Tak Berbau

14 04 2011

Dua minggu lepas, saya ke rumah kakak di Flora Damansara.

Kemudian saya parking di bahagian yang agak berbukit. semuanya OK ketika itu. Namun selepas saya nak balik selepas Solat Asar tiba-tiba saya dikejutkan dengan keadaan kereta saya yang dah kemek dilanggar sebuah kereta Proton Wira. Memang saya cukup ‘panas’ waktu tu melihatkan situasi sedemikian.

Kebetulan di situ ada penjual durian  yang berniaga memaklumkan kereta tersebut meluncur laju dari kawasan atas dan melanggar kereta saya. Bila dilihat ke dalam kereta, kereta tersebut tidak menarik brek tangan keretanya. Dah lah letak di kawasan berbukit, sendal lah dengan batu atau apa-apa. Akhirnya kereta saya menjadi mangsa.

Semua orang tak tahu siapa pemilik kereta tersebut. Bila tanya guard, guard kata perkara biasa. Aduh… Perlanggaran tersebut mengakibatkan saya mengalami kesukaran untuk membuka dan menutup bonet belakang. Setelah menanti selama 45 minit, saya pun mengambil keputusan untuk menulis nota memaklumkan saya akan membuat satu laporan polis tentang insiden tersebut. Saya juga tinggalkan no telefon saya sekiranya beliau mahu berbincang.

Kemudian saya buat satu laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara dan kemudian berurusan lanjut di Unit Trafik Balai Polis Seksyen 8 Petaling Jaya. Tujuan saya adalah sebagi pengajaran kepada pemilik kereta tersebut agar jangan ambil mudah untuk parking. tak perlulah parking berlapis kalau masih banyak tempat kosong. Jalanlah kaki sikit. Cuma bila saya tanya pegawai Trafik yang mengendalikan kes ini, beliau memaklumkan sekiranya pemilik kereta tersebut tidak membuat report, saman berjumlah RM600 akan dikeluarkan. kesian pulak bila saya dengar tetapi bila dah buat laporan polis, bukan boleh tarik balik sesuka hati.

Apa pun, kereta saya sudah selamat dibaiki. Terbang juga RM… Hmmm….


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: