Dilema Seorang Guru

13 03 2011

Saya masih ingat zaman saya belajar dahulu. Abah dah pesan kepada Cikgu, kalau saya lakukan kesalahan, jangan segan hukum dan rotan saya. Teringat juga kisah seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah saya yang cukup dikenali ramai, Miss Siaw. Kegarangannya menjadikan ramai yang berjaya. Saya sendiri pernah dirotan di tapak tangan kerana tulisan cakar ayam. Tu baru bab tulisan cakar ayam, yang tak bawak buku, tak buat kerja lagi teruk kena tetapi mak bapak tetap memberi sokongan kepada guru.

Sekarang, zaman dah berubah…

Kelmarin, saya dapat SMS dari isteri saya tertekan apabila ada ibu bapa yang telefon memarahi beliau kerana isteri saya marah anaknya. Ada juga nota pesanan ditinggalkan ibu bapa suruh telefon semula ke kompleks mahkamah (mungkin kerja kat mahkamah dan nak takutkan isteri saya). Hmmm… Isteri saya terangkan, yang dia cuma rotan dengan pembaris tanpa tinggalkan kesan kerana tak bawak buku ke sekolah. Itu sahaja. Setakat yang marah tak buat apa-apa pun kena ‘serang’ dengan mak bapak murid jugak.

Siap kata kepada isteri saya, “apa perasaan ustazah kalau anak Ustazah kena macam anak saya?”. Nak sahaja isteri saya jawab, “Tak kisah kalau betul-betul buat salah”.

Kalau zaman saya dulu, kalau kita mengadu kena hukuman dengan cikgu, mak bapak akan mai sekolah suruh cikgu tambah lagi hukuman!

Kalau amaran kecul macam tu pun tak dapat diterima, macam mana nak displinkan anak bangsa? Bukannya sampai tinggalkan kesan fizikal. Cuma sekadar untuk mendidik. Kadangkala sikap terlalu memanjakan anak sebegini menjadikan anak mengambil kesempatan. Di depan mak bapak cukup baik tetapi di belakang, bukan main lagi. Sebab itu la ni, sikit-sikit nak saman. Bila guru tak dihormati, macam mana nak dapat keberkatan ilmu?

Memang tertekan isteri saya, sampaikan dia kata, “lepas ni biarlah jadi anakku sazali lah…”

Itulah salah satu dilema seorang guru dengan sikap ibu bapa zaman kini.


Tindakan

Information

4 responses

14 03 2011
wani

agreed! saya pun dah pernah kena.. mak bapak manjakan anak ni bkn kat bandar je, yg dok kg, keje kg ni pun kerek kemain lg.. mmg last2 saya biarkan je anak dia.. dia yg buat pilihan utk anak dia jd mcm tu…terpaksa la biarkan..

15 03 2011
Saiful

Wani,
Biaq pi kat depa… Yang mana bagi komitmen kita bantu. Yang lain tu, sat lagi kita pulak kena naik mahkamah…

17 03 2011
Mohd Sufri

Seorang adik saya yang bekerja sebagai Cikgu Sandaran, dia pernah berkata..

“Biarlah dia berkokok-kokok di sana”

25 05 2011
Ariep

Kalau saya, xlayan dah murid macam tu..biarkan je..geram

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: