Tenang

27 01 2011

N05 DUN Tenang.

Jika anda mencari maklumat tentang Pilihanraya Kecil N05 DUN Tenang, maaf ia bukanlah apa yang anda cari kerana saya ingin mencoret sesuatu yang lain dari pilihanraya DUN Tenang yang berkait dengan perkataan “TENANG”. Bagaimanapun, saya ingin mengucapkan selamat mengundi kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang agar bertindak bijak memilih yang terbaik. Pilihlah dari segenap aspek termasuk aspek Kerohanian dan keagamaan yang sebenarnya adalah teras paling utama dan kemudian barulah aspek lain. Bertindaklah dengan bijak!

Kembali kepada apa yang ingin saya coretkan… Kalau tengok falsafah hidup yang saya ingin capai ialah ketenangan hati. Boleh rujuk motto yang ada di atas blog saya iaitu Keredhaan Allah & Ketenangan Hati: Impian Abadi. Jadi, banyak perkara saya akan cuba juruskan kepada dua matlamat tersebut. Ketenangan hati ini bila dipecahkan akan mencakupi banyak aspek dan salah satunya aspek kewangan.

Dalam keadaan semasa, berlakunya pelbagai kenaikan harga barang. Eh bukan kenaikan tetapi penyelarasan🙂, saya perlu merancang kewangan dengan penuh displin dan teliti. Banyak pembacaan dilakukan disamping menjadualkan semula beberapa aspek kewangan serta cuba menambahkan pendapatan agar kedudukan kewangan keluarga menjadi kukuh sekaligus ia mampu memberikan ketenangan hati kepada saya.

Hidup di kota kosmpolitan ini, ternyata cukup menguji. Kalimah syukur harus sentiasa tersemat di hati ketika kita tidak mampu mencapai beberapa perkara kerana ia adalah penawar. Walaupun kita tidak mendapat apa yang diidamkan tetapi kita wajib bersyukur kerana apa yang kita ada , ada orang lain tak mampu memilikinya. Sebab itulah dalam konsep bersyukur, saya teringat pesan Ustaz dan Ustazah agar melihat orang yang kurang bernasib baik daripada kita. Contohnya bila kita berkereta kita jangan lihat orang yang ada kapal layar/helikopter/jet peribadi tetapi kita lihat orang yang hanya bermotorsikal. Jika kita bermotorsikal, kita jangan lihat orang yang berkereta tetapi melihat orang yang berbasikal. Dan jika kita hanya mampu berbasikal jangan lihat orang yang mampu menggunakan motorsikal tetapi renunglah kepada orang yang hanya mampu berjalan. Jika anda hanya mampu berjalan janganlah pandang kepada orang yang mampu bermotorsikal tetapi pandanglah kepada insan-insan tiada kaki untuk berjalan. Kepada orang yang tiada kaki untuk berjalan janganlah lihat kepada mereka yang ada kaki dan mampu berjalan tetapi lihatlah kepada jasad yang tidak bernyawa yang tidak mampu berjalan. Begitulah seharusnya diterapkan konsep bersyukur terhadap apa yang kita miliki dan kita harus yakin bahawa semakin kita bersyukur, semakin banyak ganjaran yang Allah akan berikan kepada kita. Cuma pesan Ustaz dan Ustazah konsep itu janganlah pula kita terapkan dalam aspek usaha kita kerana sikap cukup dengan apa yang ada tidak akan mengubah diri kita kepada yang lebih baik.

Hmmm… Bila memikirkan ketenangan dari aspek kewangan saya terjumpa sebuah buku yang berjudul,”HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG” tulisan Shamsuddin Kadir di Laman PTS. Proses pembelian secara online cukup mudah dan pantas. Cuma apabila saya terima buku tersebut, saya tidak berkesempatan membacanya. Dua hari lepas setelah hampir sepuluh hari saya terima, saya mula membaca buku tersebut namun saya dapati ada kecacatan iaitu lebihkurang 12 halaman kosong. Lalu saya terus menghantar maklumbalas kepada PTS.

Saya menjangkakan mungkin berlaku kerumitan untuk saya mendapatkan naskhah yang sempurna namun sangkaan saya meleset kerana tidak sampai 30 minit, saya sudah dihubungi oleh pihak PTS dan mereka dengan penuh tanggungjawab meminta maaf dan menawarkan naskhah ganti tanpa sebarang caj! Terima Kasih! Saya sungguh teruja dengan pengalaman khidmat pelanggan yang begitu efektif dan menyenangkan. Jadi saya dengan hati yang gembira mencadangkan anda berurusan dengan pihak PTS. Di bawah saya sertakan sekali email yang saya terima daripada pihak PTS.

Assalamualaikum Tuan Saiful Azrul,

Terima kasih kerana memilih dan membaca buku terbitan kami.

Dengan rasa takzim, kami pohon maaf atas ralat cetakan pada naskah yang diperolehi berkenaan.

Sudah menjadi keutamaan kami untuk mengutamakan kepuasan membaca para pembaca. Namun, atas sebab isu hakcipta, bahagian softcopy tidak dapat kami emelkan. Kami pohon maaf atas kesulitan ini dan juga ralat terhadap buku yang Tuan terima itu.

Sebagai alternatif, kami akan menggantikan naskah yang rosak berkenaan secara percuma, dan kos penghantaran akan ditanggung oleh kami. Untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan logistik ,kami memerlukan maklumat yang berikut;

1. Nama pengirim
2. Nombor untuk dihubungi,
3. Alamat penghantaran, dan
4. judul dan kuantiti buku yang rosak.

Sekali lagi, terima kasih kerana membaca buku-buku terbitan kami. Semoga insiden ini tidak menjejaskan keyakinan Tuan terhadap produk-produk terbitan kami di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Assalamualaikum Tuan Saiful Azrul,

Terima kasih kerana memilih dan membaca buku terbitan kami.

Dengan rasa takzim, kami pohon maaf atas ralat cetakan pada naskah yang diperolehi berkenaan.

Sudah menjadi keutamaan kami untuk mengutamakan kepuasan membaca para pembaca. Namun, atas sebab isu hakcipta, bahagian softcopy tidak dapat kami emelkan. Kami pohon maaf atas kesulitan ini dan juga ralat terhadap buku yang Tuan terima itu.

Sebagai alternatif, kami akan menggantikan naskah yang rosak berkenaan secara percuma, dan kos penghantaran akan ditanggung oleh kami. Untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan logistik ,kami memerlukan maklumat yang berikut;

1. Nama pengirim2. Nombor untuk dihubungi,3. Alamat penghantaran, dan4. judul dan kuantiti buku yang rosak.

Sekali lagi, terima kasih kerana membaca buku-buku terbitan kami. Semoga insiden ini tidak menjejaskan keyakinan Tuan terhadap produk-produk terbitan kami di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Sebenarnya saya pernah hadapi kes lebih kurang begini dua tahun lepas. Pernah saya tulis di sini.


Tindakan

Information

2 responses

28 01 2011
kelisa

saya pernah baca buku shamsuddin kadir tajuknya buat duit dengan rumah. tapi saya beli di MPH. bukan online.😀

15 03 2011
Saiful

kelisa,
Ada buku baru yang saya beli tapi ni tulisan pakdi. nanti saya buat review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: