Apabila Orang Berbuat Baik Kepada Kita

12 01 2011

Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan apa yang saya lalui selama ini. Sepanjang perjalanan kehidupan saya, saya sentiasa mempunyai sahabat-sahabat yang sentiasa membantu apabila dalam keadaan kesusahan dan memerlukan. Bukan sahaja dalam ketika susah, dalam ketika senang pun kadangkala ada yang membantu hinggakan saya tidak tahu nak kata apa dan naik segan.

Hendak dibalas dengan wang ringgit, saya bukanlah jutawan.

Hendak dibalas dengan apa yang mereka berikan, saya tak termampu.

Jadi, sejak dahulu lagi, apa yang saya buat ialah saya sentiasa doakan orang yang membantu saya dimurahkan rezeki dan diredhaai Allah sentiasa. Hanya itu sahaja yang saya mampu.

Terima Kasih semua!