Bahana Silap SMS

30 11 2010

Ahad lepas, setelah pulang dari Taman Negara Pahang dan Jerantut, saya terus memunggah barangan ke dalam rumah dan terus ke pejabat untuk selesaikan persiapan pelaksanaan sistem aplikasi hospital fasa 2. Kebetulan, adik saya nak datang rumah saya dan minta tolong saya hantar dia dan kawannya ke Stesen Bas sementara di Bukit Jalil. Jadi keadaan sebegini memang agak kelam kabut bagi saya.

Ditambah pula dengan banyak perkara yang perlu saya fikirkan, saya berkomunikasi melalui SMS dengan adik saya. Cuma saya tersilap SMS ke nombor lama adik saya. SMS saya berbunyi begini, “Pukul 9 boleh tak abang ambil”.

Selepas mengirim SMS berkenaan saya pun terus melakukan kerja saya dan tak lama kemudian, ada panggilan dari no. adik saya tersebut tetapi saya tak sempat angkat. Lalu saya membuat panggilan dan diangkat oleh seorang perempuan yang bertanya kepada saya, nak bercakap dengan siapa. Saya yang menyedari bahawa nombor tersebut dah digunapakai oleh orang lain, terus meminta maaf.

Aduh, awat la terlupa delete nombor tu!

Ingat kan dah selesai babak tu, tiba-tiba ada satu nombor tak dikenali menghubungi saya dan saya angkat. Dengan nada yang agak marah dia bertanya, “Kamu ni siapa? Apa yang kamu cakap dengan orang rumah saya?”

Alamak, saya agak terkejut dengan situasi yang tak dijangka itu lalu menerangkan dengan sebaik mungkin bahawa saya berniat menghubungi adik saya tetapi saya terlupa yang nombor berkenaan sudah tidak digunakan oleh adik saya. Alhamdulillah akhirnya dia faham dan saya meminta maaf sekali lagi…

Legaaaaa….


Tindakan

Information

4 responses

30 11 2010
strengenge

kadang2, saya pun penah tersilap…hehehe

mujur dia tak marah yer…

30 11 2010
Saiful Azrul

Strengenge,
Dia marah tapi Alhamdulillah dia terima penerangan saya…

2 12 2010
Mohd Sufri

Saya pun pernah dapat SMS yang bermacam-macam semasa beli SimCard DiGi
Masa beli SimCard tu punya la mahal, sebab nombornya cantik.
Sekali dapat SimCard recycle, lepas dari tu memang SimCard tu tak aktif la..

6 12 2010
Saiful Azrul

Sufri,
No Celcom yang saya guna sejak 2004 pun dok mai macam-macam SMS. Bila dah recycle, macam nilah nasibnya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: