Sehari Yang Penuh Cerita

17 06 2010

Sabtu lepas, saya bergerak dari Cameron Highlands ke rumah mertua di Sungai Bakap, Pulau Pinang saya setelah tamatnya kursus pengurusan stress. Setelah mengharungi liku-liku jalan Cameron – Simpang Pulai, saya masuk ke lebuharaya PLUS setelah menghantar sahabat saya Sya’hed di Tol Simpang Pulai. Apabila masuk ke lebuhraya, saya dapati ia cukup sesak tetapi perjalanan masih lagi lancar sambil sesekali menyaksikan beberapa kemalangan yang berlaku lantas saya berdoa agar perjalanan saya selamat sehingga sampai ke destinasi.

Walaupun terasa letih, saya masih lagi tidak mengantuk untuk memandu, jadi saya meneruskan perjalanan ke rumah mertua. Alhamdulillah selamat sampai.

Kemudian selepas Maghrib, saya sudah pun berjanji dengan sahabat saya, Ammar Yasser yang cukup lama saya tidak jumpa untuk menghadiri kenduri perkahwinan beliau di Tanjong di kawasan Lebuh Maqbul. Kali terakhir bertemu ketika graduasi beliau pada 2003. Sebelum bertolak, saya bertanya sama ada ia mengganggu atau tidak memandangkan waktu malam bagi pengantin adalah waktu yang …

Setelah beliau juga beria-ia ingin berjumpa, saya meneruskan perjalanan. Cuma kali ini setelah kereta saya bergerak, bunyi yang agak bising di bahagian bonet depan berterusan. Biasanya sekejap sahaja bunyi bising tersebut. Saya terus bergerak dan selepas melewati tol Bukit Tambun, saya merasakan kelainan pada kereta saya. Tiba-tiba ada bunyi seperti meletup dan kereta saya bergegar seketika. Saya sangka tayar kereta saya meletup tetapi saya lihat, kereta saya masih lagi stabil dan tiada tanda-tanda seperti kereta pecah.

Saya tertanya-tanya, apakah yang berlaku tetapi masih lagi meneruskan perjalanan sambil cuba meneka apa yang berlaku. Tiba-tiba, radio saya terhenti. Saya cuba on kan semula radio tetapi tetap senyap. Aik, apa sudah jadi dan tiba-tiba saya perasan lampu kereta saya tidak menyala. Aik!

Berdebar-debar perasaan saya ketika itu seketika kemudian, saya dapati kereta saya suah tidak berkuasa lagi walaupun saya cuba menekan pedal minyak serapat mungkin. Alamak, apa dah jadi dan dengan pantas saya memberi signal ke kiri dan Alhamdulillah tiada motor di sebelah kiri dan cukup cantik lagi, saya dapat berhenti betul-betul di penghujung pengadang besi PLUS dan ada sedikit kawasan lapang. Alhamdulillah juga, saya sememangnya bergerak di laluan kiri dan kereta di belakang tidak menghentam kereta saya ketika kereta saya sudah tidak berkuasa.

Kemudian, saya cuba menghidupkan enjin namun gagal. Saya syak bateri saya bermasalah. Dalam keadaan yang agak gelap, saya memasang lampu kecemasan. Saya terfikir, kalau lampu kecemasan masih menyala, bateri masih lagi ok. Mungkin masalah lain. Lalu saya melihat kepada punca bunyi bising sebelum ini terus saya lihat tali alternator yang rupa-rupanya putus. Adoi!

Terus, saya berhubung dengan seorang rakan yang abag iparnya merupakan bos PLUS Jawi untuk bantuan PLUS namun usaha saya dan rakan gagal menghubungi abang iparnya. Hmmm… dan tiba-tiba ada seorang lelaki bermotor dari laluan bertentangan melintas dan bertanyakan saya apa masalahnya. Lalu saya memaklumkan bahawa alternator belt putus. Lalu dia menghubungi rakannya seorang mekanik untuk membantu.

Ketika menanti, rakannya tiba, saya terfikir juga tentang suasana yang agak gelap di kawasan tersebut dna cukup risau jika ada motor yang tidak perasan kereta saya dan merempuh kereta saya. Ketika ini baru terfikir tentang alatan kecemasan yang perlu ada. Mujurlah ada lampu suluh hamba Allah tadi. Lalu kami mengawal dengan memberi isyarat kepada motor yang masuk dalam laluan kecemasan agar mengelak dari kami.

Namun, kami nyaris dilanggar!

Yang paling mengejutkan ia dari arah bertentangan. Ada sebuah motor yang melawan arus tetapi bergerak dengan cukup laju hampir melanggar kami. Berdegup kencang jantung saya! Jadi kami lebih berhati-hati. Dan selepas itu rakannya seorang mekanik datang dan melihat masalah kereta saya. Lalu saya maklumkan bahawa alternator belt tu putus.

“Benda ni ta dak nak putuih kalau tak dak pasai!” Kata pomen tersebut.
“Sebelum ni memang agak bising sikit bunyinya tapi sat ja. Lepaih dua tiga minit, dia tak bunyi dah” Kata saya menjelaskan keadaan.

Lalu dia melihat kepada kenderaan saya. Setelah diperiksa, dia mendapati bahawa alternator saya bermasalah. Dia mendapati pusingan pada alternator tersebut amat berat, jadi tali alternator tu tak selari dengan tali di depan lalu akhirnya bila sampai tahap maksimum, ia putus.  Bila ia putus, alternator dah tak berfungsi dan sebab itu radio dan lampu kereta saya terjejas. Mujur beliau ada bawak alternator. Terpaksalah saya ganti. Hmmm… Terbang duit…

Ketika itu abang ipar saya sampai memberikan pertolongan dan rakan saya Ammar dah telefon, kenapa tak sampai lagi, lalu saya maklumkan bahawa kereta saya rosak dan dia sanggup menanti cuma, dia nak keluar sekejap ke Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas untuk mengambil barang.

Setelah lama dibaiki, dan bila dah nak siap, barulah kereta peronda PLUS sampai. Tetapi waktu tu semuanya dah selesai.

Lalu, saya perlu ke mesin ATM di tol juru untuk membayar kos pembaikan. Oleh kerana, saya mengguna touch n go, saya agak bermasalah untuk masuk ke kiri jalan yang sibuk untuk ke Stesen Minyak Shell. Saya bergerak dengan perlahan dan apabila mendapat ruang, saya terus pecut untuk ke sebelah kiri tetapi tiba-tiba ada kereta yang melakukan U-Turn di depan saya dan nyaris terlanggar. Alhamdulillah selamat.

Selepas selesaikan pembayaran, saya bergerak dan berhenti untuk menelefon Ammar di hentian R&R Juru. Oleh kerana kereta agak banyak, saya terpaksa berhenti di kawasan yang agak gelap di penghujung R&R tersebut. Kereta saya parking betul-betul di belakang sebuah Proton Iswara yang saya lihat dah lama parkir di situ. Elok sahaja saya parkir di situ, tiba-tiba saya nampak suasana kelam kabut dalam kereta tersebut dan dengan jelas saya nampak sepasang kekasih sedang gelabah memakai pakaian mereka. Ya Rabbi! Tak lama kemudian mereka beredar dengan pantas. Hmmm…

Setelah menelefon Ammar, saya pun bergerak ke rumah beliau, namun saya tersilap jalan apabila termasuk ke Jalan Sungai Pinang. Kemudian saya terus nak pusing balik tetapi sekali lagi tersilap ambil jalan ke Jelutong. Akhirnya saya nak kembali ke jalan menghala Georgetown tetapi saya dihimpit oleh sebuah kereta yang dipandu secara bahaya. Akhirnya saya tersalah masuk lorong di depan TESCO lalu terpaksa berpusing balik menerusi jalan Gelugor/USM. Akhirnya saya sampai juga ke rumah sahabat saya tetapi jam dah 11.45 malam.

Waktu itu, Ammar dan isterinya masih lagi di Kompleks Tabung Haji dan saya dijamu terlebih dahulu oleh orang tua ammar yang memang saya kenali. Terasa begitu lazat setelah bermacam perkara berlaku dan begitu lapar. Hehehe… Alhamdulillah, kira-kira 12.30 malam, Ammar tiba di rumah. Dah lama tak jumpa tetapi saya tak mampu nak berbual lama disebabkan penat dan dah larut malam. Cuma kerinduan untuk bertemu seorang sahabat terubat setelah tujuh tahun tidak bertemu. Ammar kini bertugas di Sarawak, jadi sukar nak jumpa.

Jam 1.15 pagi saya beredar tetapi saya cukup kagum dengan penduduk kawasan tu yang begitu pakar parking kereta dalam keadaan yang amat sempit laluannya. Memang mengkagumkan!

Apa pun, memang hari itu akan saya kenang…


Tindakan

Information

5 responses

21 06 2010
mat tiara

salam, pasangan yang beromen kat R&R tu memang berani yek..hhahhaa

29 07 2010
Saiful Azrul

mat tiara,
Tu lah… terkejut bila terlihat tapi buat selamba ja…

14 08 2013
Hazeman Huzir

Memang susah ada Waja ni. Kereta Waja saya baru buat hal. Dia punya wiring ngan dia punya fuel pump buat hal kali ketiga. Saya pun baru list down beberapa item pasal kereta Waja and masalah berulang dan cara penyelesaian mudah:

http://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/08/kereta-tak-boleh-start-apa-kena-buat.html

31 08 2015
basri

Kereta wira belt alternator kerap putusnk jln mna pn takut. Belt putus betri pn habis stereng pn jd keras. Nk jln jauh pn x brani

31 08 2015
Saiful Azrul

Kenapa kerap putus?

Tinggalkan Jawapan kepada Saiful Azrul Batal balasan