Politik Pejabat

26 03 2010

Bidang politik memang cukup menarik minat saya. Saya amat amat berminat menganalisis perkembangan politik semasa sama ada peringkat kebangsaan atau pun dunia. Penuh dengan warna dan drama menjadikan politik sebagai suatu subjek yang tidak membosankan. Yang paling saya suka ialah mempelajari corak pemikiran strategis dalam kotak pemikiran ahli politik.

Tafsiran mereka tidak sama seperti kebanyakan orang. Setiap jurus tindakan kadang kala mempunyai banyak sasaran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Retorik dalam politik cukup berseni hinggakan kita tidak menjangka ia akan berlaku dan juga sukar untuk meneka bagaimana pengakhirannya kelak. Musuh boleh jadi sahabat dan sahabat boleh jadi musuh. kadangkala sekelip mata! Menarik bukan?

Namun, saya tidak berminat untuk menceburi bidang politik. Mungkin suatu masa nanti akan tiba tetapi yang pastinya masih belum ada perancangan ke arah itu.

Itu politik secara umumnya tetapi apa yang ingin saya coret di sini ialah politik pada skop yang lebih kecil iaitu politik pejabat.

Sebelum graduasi di UUM dahulu, saya pernah dijemput oleh Sekolah Teknologi Maklumat UUM untuk menyampaikan ceramah dan tips kepada bakal peserta praktikum. Yang paling utama saya tekankan ketika itu ialah Jangan sesekali campurtangan dalam politik pejabat!

Pengalaman saya menyaksikan betapa hebatnya pergeseran dalam politik pejabat ketika membuatkan saya banyak merenung kembali perjalanan yang bakal saya tempuh kelak. Itulah kerenah manusia. Tidak pernah puas dengan apa yang ada. Saya hanya memerhati dan tidak mahu campur tangan  walaupun ada pihak yang mahu menarik saya memihak kepada pihak tertentu. Jadi pengalaman ketika praktikal itu saya curahkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya ketika itu.

Masa berlalu…

Tiba alam pekerjaan, saya pasti setiap organisasi ada kisah yang tersendiri. Sehingga kini saya tetap dengan pendirian saya, tidak menyebelahi mana-mana pihak walaupun hakikatnya ia sedikit sebanyak menyukarkan perjalanan tugas saya. Lebih parah kalau orang atas ‘bertempur’, sudah pasti yang menjadi mangsa adalah orang bawahan. Ia memang cukup sukar.

Namun bagi saya, biarlah kita jalankan amanah yang diamanahkan dengan sebaik mungkin tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Kalau ada yang ingin mencatas, biarlah. Saya tetap yakin dengan rezeki Allah. Mungkin rezeki kita dalam bentuk yang lain. Andai kita ikhlas, tidak ada apa yang perlu ditakutkan.

Biarlah yang berperang itu terus ‘berperang’ dan kita doakan agar kedamaian menyusup dalam hati mereka agar segalanya menjadi lebih indah dan ceria. Bagi saya, saya tetap dengan pendirian saya…


Tindakan

Information

4 responses

26 03 2010
helmimajid

tuan ; praktikum itu apa?

politik pejabat ; saya punyai pandangan berbeza. setiap orang punyai agenda tersendiri. bak kata orang, usaha tangga kejayaan! cuma kena pandai2 bijak melaluinya, jika tidak kita ketinggalan! itu yang saya belajar dalam PR. merancang budi bicara sehingga mencapai matlamat! harap tuan faham

26 03 2010
basri

comel2 anak tuan

6 04 2010
Saiful Azrul

helmimajid,
Bagi saya, memang kita ada matlamat tersendiri tetapi andai ia salah dari segi moral dan etika, seeloknya kita jauhi. Saya percaya, rezeki Allah itu luas. Mungkin datang dalam bentuk yang lain…

basri,
terima kasih🙂

25 07 2010
zana

Aslmkm… Siapa-siapa yang menjadi pemimpin tertinggi pejabat/organisasi ingatlah! Hati-hati dengan orang bawahan yang ingin bermain politik di pejabat untuk kesenangan peribadi. Selama 25 tahun bekerja, tanpa bermain politik, mendedahkan saya kepada pelbagai kesukaran kerana tidak memihak kepada sesiapa kecuali yang benar. Memang banyak cubaan untuk menjatuhkan atau menutup peluang, tapi ingatlah, Allah Maha Kuasa – satu peluang kita ditutup, 10 peluang lain Allah buka! Selama 25 tahun ini juga, saya juga menyaksikan kejatuhan dan kesukaran yang dihadapi oleh ketua-ketua saya dek onar penyokong-penyokong politiknya. Itulah yang dinamakan, sokong membawa rebah!!! Hati-hati bermain politik!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: